·1· awal mula

167 16 6
                                        

.
.
.
2015
5:15 p.m
Hari Martin seperti biasa , pada waktu petang itu , rumah nya heboh kerana kedatangan tetamu , Martin yang tidak akrab dengan tetamu  pun keluar pergi ke taman permainan menaiki basikal , rumahnya dengan taman itu tidak terlalu jauh

setelah sampai ke taman permainan, Martin melihat budak seusianya bermain bola , Martin dengan kesedaran penuh , mendekati mereka untuk bermain sekali, tetapi sayangnya budak seusianya itu tidak menyukai nya , mereka bahkan membaling bola kearah Martin sehingga terkena kepalanya, Martin yang mempunyai kesabaran senipis tisu itu pun marah, dia mengambil bola itu lalu membaling bola itu ke tempat tajam sehingga bola itu pecah

Budak seusianya marah kerana bola yang dilempar oleh Martin itu adalah bola mahal , mereka mengejar Martin kerana ingin memukuli nya , Martin lari seperti anak ayam yang di kejar musang

----------------------------------------+----------------
.
.

Disisi lain pula , James yang bosan dirumah , keluar dari rumah tanpa meminta izin ibunya , James pergi ke taman menaiki basikal buruknya itu, taman itu agak jauh dari rumah James,
tetapi dia tidak peduli , asalkan dirinya  dapat mengisi kekosongan nya

James yang sudah datang di taman hairan , kenapa tiada seorang pun budak bermain bola, dirinya hanya melihat budak bermain gelongsor dan lain-lain, dirinya mendengar pergaduhan di tempat pembuangan sampah, James mendekati tempat tersebut , dirinya terkejut apabila melihat budak seusianya itu membuli Martin

James yang melihat itu pun menyuruh mereka berhenti , mereka melihat kearah James , James melihat Martin yang  masih menangis ketakutan, James cuba menolong Martin dengan cara melawan budak-budak itu, pada awal nya , James tidak kalah saing dengan budak itu , sehingga lah seorang budak mengambil kayu lalu memukul ke kepala James , akibat dari pukulan itu , James terjatuh dan kepalanya  berdarah , budak-budak itu takut kerana melihat James yang tidak bergerak, mereka lari menyelamatkan diri , Martin ketakutan apabila melihat James tidak bergerak, dirinya berlari mencari bantuan

---------------------------------------------------------
.
.  8:30 p.m

Diruang koridor , Martin dan ibunya menunggu kehadiran ibu bapa James , martin sangat risau akan keadaan James , beberapa minit kemudian, ibunya James datang , dirinya bersalaman dengan ibunya Martin, ibu James duduk disebelah ibu Martin . Raut wajah ibunya James terlihat risau dan ketakutan, tidak berselang lama , doktor datang menghampiri ibunya James ,

"Kamu ibunya James?"  tanya sang doktor dengan keadaan tenang

"Ya, saya ibunya James , bagaimana dengan anak saya doktor?" tanya ibunya dalam keadaan gugup

"Anak puan dalam keadaan baik, anak puan hanya berdarah dikepala , dan kami tidak menjumpai sebarang kecederaan otak, puan boleh melihat nya sekarang di bilik 17" doktor itu lalu pergi meninggalkan mereka

Ibu Martin dan ibunya James memasuki biliknya James , James yang masih terbaring dengan kepala yang dibaluti kain, ibunya duduk di kerusi, memegang tangan anak kecil itu dengan erat, ibunya kelihatan sedih melihat anak nya terbaring lemas ,

ibu Martin pergi ke tandas , Martin yang melihat, ibunya James bersedih pun berniat untuk membeli kan minuman untuknya , dirinya pergi mencari mesin minuman , apabila dirinya melihat mesin minuman , dirinya cepat-cepat mendatangi mesin tersebut , ketika sedang memilih , Martin melihat seorang lelaki berJas hitam mendatangi biliknya James , setelah melihat lelaki tersebut, Martin memilih untuk membeli minuman mineral untuk ibunya James , setelah membeli , Martin pergi ke bilik James,

ketika Martin ingin membuka pintu dia mendengar keributan didalam bilik itu , Martin mengintai dari luar, dirinya dapat melihat lelaki berJas hitam itu memarahi ibunya James

"Ini anak kita Jason, dan kau bapaknya , kau harus ada tanggungjawab menjaganya meskipun kau membenci nya, James itu anak kecil , dia perlukan bapak nya juga" kata ibunya dalam keadaan marah dan sedih

"Anak kita? Haha aku tak ada anak lembik macam dia ni , baru kena kayu dah jatuh , dia tu perlu belajar jadi macam abang-abang dia, keras bukan lembik , dia cuma memalukan aku , John dan Jeff  saja yang aku boleh harapkan , anak ni cuma bawa nasib malang" kata bapaknya James. Dirinya kelihatan bangga dengan ucapannya itu , dirinya tidak berasa salah mahupun sedih dengan keadaan anak kecil nya itu

Ibu James terdiam mendengar perkataan yang dilontarkan oleh bapanya James , Martin yang melihat dan mendengar semuanya merasa sedih kepada James , Martin melangkah kebelakang, dirinya tidak mampu mendengar perkataan dari mulut bapanya James, ibu Martin memanggil kerana mereka akan pulang, Martin berlari ke arah ibu nya , mereka berjalan berdua

---------------------------------------------------------

Ketika sedang memandu,  ibunya Martin melihat kearah nya , ibunya pelik kenapa Martin hanya diam sejak pulang dari hospital

"Martin... kenapa senyap je ni, selalunya kalau pergi mana-mana, mulut tak boleh tutup , eh sekarang ni senyap pulak , ada masalah ke?" Tanya ibunya dalam keadaan risau

"Eh...mana ada masalah bu, Mar cuma penat je sebab tu diam" jawab Martin , dia melihat muka ibunya sudah tidak risau membuat nya sedikit puas , di dalam kepalanya, dia masih tidak boleh lupa dengan perkataan bapak James , perkataan itu benar menusuk ke hati Martin, Martin menutup mata, dirinya cuba untuk melupakan perkara yang dia lihat 

---------------------------------------------------------

This is my first time making a fanfic

Pertama sekali kalau ada salah bahasa atau typo sorry ye , saya still belajar , and I hope korang semua enjoy , I making this for fun , so kalau ada perkara yang sensitif saya akan cuba untuk membaiki

Anyways , Stan Cortis for a better life🙂‍↕️

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 24, 2025 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

THE BEST PERSON Stories to obsess over. Discover now