Prolog

12 0 0
                                        

2 tahun yang lalu....

"Kau masuk pukul 11",aku membaca pesanan yang dihantar kawan baik aku. Ya, aku gembira sebab finally aku dapat kerja sampingan. Ya, tempat aku tinggal ni tidak mudah untuk mencari kerja sampingan untuk budak bawah umur. Jadi siapa je tak gembira, lagi-lagi aku akhirnya dapat pegang dan guna duit sendiri.

Melangkah saja ke tempat kerja sampingan tu, kawan baik aku iaitu Wawa, ajar aku macam mana kerja yang harus aku lakukan. Mudah je kerjanya. Angkat pinggan, lap meja dan asungkan sisa.

Walaupun penat, I was satisfied with the outcome. RM 54 per day. Since aku masih lagi budak sekolah, jadi aku pilih untuk masuk hari sabtu dan ahad je. At least, adalah duit untuk seminggu.

Tapi suatu hari. aku tak kenal pun dia siapa. Tapi cara dia buat aku fikir....

Dia lelaki yang baik.

Dia tolong aku angkat barang berat, dia tolong aku angkat kerusi dan dia punya senyuman nampak comel. Dia berhenti seketika, dia keluarkan telefon dari poket belakang seluarnya, lalu dia menjawab panggilan. Dia tersenyum hingga ke telinga. Mungkin tu girlfriend dia. Tapi aku tak fikir apa-apa pun sebab .....

Dia ex kawan aku. 

Aku terukkan? Suka ex kawan aku. Tapi kawan baik aku tu dah ada boyfriend dah. But I still choose to like him. Tapi tak sangka akhirnya aku di cop tikam belakang.

Tanpa sedar aku pilih untuk bergurau dengan dia. Kenapa? Sebab dia panggil aku bisu. Aku tak suka bercakap dengan otrang tapi dengan dia aku berani nak cuba.

" Jom lah Aiene, kita makan KFC. Hafiq baru dapat gaji tu.", sepupu Hafiq mengajak aku dengan nada bergurau. 

At first, I thought it was a joke. Tapi tak.

Hafiq mesej aku. Disebabkan hari tu dia syif pagi, jadi dia dah balik awal lagi. Tapi aku dapat syif petang. So, agak lewat waktu aku balik.

" Hello, siapa ni?", aku tergelak baca mesej dia.

" Dia yang chat, lepastu dia yang tanya kita siapa?", aku balas.

Setelah beberapa minit aku berbalas mesej dengan dia. Akhirnya dia sampaikan tujuan dia.

" Awak nak balik sekali tak?",

Dan jawapan aku adalah tidak. Aku tak biasa naik berdua dengan lelaki. Bukan tak biasa tapi tak pernah. 

" Takpelah, kita jumpa malam nanti. Saya ambil awak.",

And that is when I realize it wasn't a joke. Tanpa aku sedar aku sendiri pilih untuk hancurkan diri aku sendiri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 10, 2025 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Surat yang tak terbalasStories to obsess over. Discover now