Allysha memandang batu nisan yang mempunyai nama anak-anaknya yang gugur di dalam kandungan dengan perasaan yang penuh hiba dan sayu sebelum dia mencium batu nisan tersebut lama.
" Assalamualaikum anak-anak mama . Tengku Akalil , Tengku Akhas, Tengku Akhdan dan Tengku Akhir. Sekiranya kamu berempat hidup lagi, hari ini akan menjadi hari lahir korang berempat. Mama rindu sangat dengan korang semua." Luah Allysha.
" Mesti korang semua tengah bahagia dengan pakngah kan? Tolong peluk dia untuk mama tau." Sambungnya.
"Baby.." Allysha menoleh tatkala mendengar dirinya dipanggil.
" A.. Abang? Bukan abang sibuk dengan kerja ke sekarang ni? " Tanya Allysha.
" Abang habis kerja awal dan bila teringat yang baby cakap baby nak pergi ziarah kubur anak-anak pada hari ini, abang terus datang sini."Jawab Adrian.
"Abang.. baby rindu diaorang. Rasa terkilan sangat sebab tak mampu selamatkan diaorang untuk terus bertahan di dalam kandungan." Kata Allysha.
" Baby, kita kehilangan mereka bukan disebabkan salah baby tetapi itu tandanya kita belum lagi mempunyai rezeki untuk berikan adik-adik kepada Idris, Uthman, Ilyas dan Nuh . Walaupun mereka tidak sempat lahir tetapi diaorang tetap anak-anak kita , baby. Hasil dari cinta kita dan adik-adik kepada Idris, Uthman, Ilyas dengan Nuh. Walaupun diaorang dah tak ada dekat dunia ni tapi diaorang tetap dekat sini iaitu hati kita. Diaorang tak pernah hilang cuma diaorang tunggu kita dekat tempat yang lebih indah. " Ujar Adrian sambil meletakkan tapak tangannya di dada Allysha.
Allysha mencebikkan bibirnya seakan-akan ingin menangis namun sempat diseka oleh Adrian.
" Janganlah menangis , baby. Kalau baby menangis sebab rindukan quads 2.0 tu abang terima tetapi kalau baby menangis sebab abang, abang rasa hati abang terbakar lebih teruk daripada kebakaran hutan." Usik Adrian.
"Eee! Abang ni sempat pula buat lawak dekat sini." Bidas Allysha lalu diikuti dengan tawa Adrian.
CITEȘTI
DIPLOMATIC LOVE OF A FIREFIGHTER 2
Dragostesila baca DLOAF revamp edition terlebih dahulu ~
