PROLOG

17 1 0
                                        

     "Lebih baik kau dan aku berhenti setakat ni saja, kau perlu 'move on' dari aku", kata jejaka kepada gadis yang masih terkejut dengan kata-kata itu.

Malam di depan sekolah itu masih berbau hujan deras, seolah-olah hujan yang tiada henti bagai tirai yang melindung dirinya, menyembunyikan rahsia kelam yang tidak sanggup ungkapkan kepada dunia.

'Aku kenal muka penipu itu, takkan dia nak tinggalkan aku', getus gadis itu.

" Awak main-mainkan, awak tak akan tinggalkan saya kan. Awak tak ada sebab untuk tinggalkan saya kan, saya tahu harini habis SPM awak saja ja kan nak suprisekan saya", bertalu-talu gadis itu menyoalnya.

"Perpisahan itu perlu, Khawla. Kadang-kadang... itu permulaan yang kau tak pernah sangka akan ada", kata jejaka itu lalu dia melangkah pergi meninggalkan gadis bernama Khawla itu. Ayat itu membunuhku perlahan-lahan.

Dulu, lelaki yang memilih untuk meluah daripada memendam. Tetapi sekarang, yang berdiri di depannya seperti dia tidak mengenali lelaki tersebut. Segalanya seperti sudah ditelan oleh waktu yang menyakitkan.

'Kenapa... kenapa awak buat macam ni, awak tahu kan saya ada awak ja... ' bermulalah hari itu tiada lagi bayang lelaki itu, dia pun bertekad untuk melupakan lelaki itu dan tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu.

THE COFFEEWhere stories live. Discover now