BAB 1

7 1 0
                                        

"Darliene bangun... dah pukul 9 dah ni kamu masih tidur ke dekat dalam?", jerit satu suara keibuan dari luar bilik sambil ketuk pintu berkali-kali.

"HAH? DAH PUKUL 9!! WEI AKU DAH LAMBAT!", badan Darliene dari terbaring terus terduduk. Terus dia memusingkan kepalanya melihat jam di sebelah. Matanya membesar saat melihat jarum panjang jam tu betul-betul tepat di angka 9. Tanpa lengah dia terus ambil tuala mandi dan berlari ke bilik air. Dia mandi ayam saja. Mahu tak nya dia dah lambat. Ini semua punca malam semalam. Nak sangat marathon filem k-drama lagi sekarang kau sendiri yang kena marathon. Padan muka.

Jam tu pun satu kenapa masa masa ni lah nak mati. Lain kali nak mati pun cuba bagitahu awal-awal tak ada nya aku jadi masa sekarang.

"AKU DAH LAMBAT, AKU DAH LAMBAT, DAH LAMBAT....", kata Darliene berulang kali. Tapi tangannya masih lincah ambil barang-barang skincare. Lambat tak lambat skincare wajib ye kalau tak nampak tua nanti muka aku. Aku ni nak kekal awek muda. Selepas itu, dia mula beralih ke bahagian make up pula. Ditepek foundation, blusher, eyeshadow pinky pinky, eyelier tajam, kening kasi on point, loose powder dan akhir sekali lipstick. Tak cukup satu lipstick dia ambil dua lipstick. Nak jadikan ombre katanya. Ok done!

"DAH LAMBAT DAH LAMBAT....", kata Darliene banyak kali. Tangannya memakaikan apple watch di sebelah tangan kanan. Tidak lupa perfume disembur satu badan. Bau satu bilik terus. Disemburnya pada mukanya setting spray supaya make up nya kekal lama. Dia terus bersiap dengan memakai tudung shawl putih. Dililit lilit bagi kemas. Dan siap! Lantak lah orang nak cakap apa lilit macam roti canai pun ada aku kisah.

Dia terus berlari ambil handbang nya dan telefon dan mula turun satu persatu anak tangga ke bawah.

"Morning Ibu, Morning Ayah.", sapa Darliene kepada kedua-dua orang tuanya. Matanya sedang melilau melihat makanan yang sedap di atas meja.

"Meh duduk sini meh, harini ibu goreng bihun singapore.", kata Dahlia Raihana ibu kepada Darliene sambil menepuk kerusi kosong disebelahnya.

"Tak apa lah ibu, Darliene dah lambat. Lain kali je lah.", kata Darliene dengan kalut. Dia bersalam saja tangan ibunya dan tangan nya bertukar bersalam dengan ayahnya. Dia mencium dahi kedua-dua orang tuanya. Sempat dia mencuri dua keping roti yang baru siap dibakar dan terus berlari keluar rumah.

"Haisyh tengok lah anak awak tu, kalau tak lambat bukan Darliene lah. Nasib saya kejut dia tadi kalau tak memang jasad dia tak sedar.", bebel Dahlia Raihana melihat anaknya yanb terburu-buru. Dari kecil sampai ke besar tak habis-habis lambat. Macam mana lah kalau dia ada suami nanti.

Dizhar Tariq, ayah Darliene sengih sambil menggeleng kepala berkali-kali.
"Anak kita lah sayang. Alah dia ikut peragai ibunya lah tu. Perempuan biasalah lambat bersiap. Macam kita dulu-dulu. Abang pernah tunggu awak bersiap 2 jam tau.", kata Dizhar Tariq tanpa rasa bersalah.

"Ewah ewah mengata kita ye. Saya merajuk kang baru tahu.", kata Dahlia Raihana sambil menarik muka.

"Mana ada mengata cuma gurau manjah aja. Tak payah lah risaukan dia, dia dah besar. Baik bincang pasal kita. Mana tahu kita boleh tambah lagi satu, boleh bagi Darliene adik.", kata Dizhar Tariq dengan angkat kening sebelah.

"Mula dah merepek dia ni... nampak senduk ni ada juga saya lempar kang. Tengsukur abang nanti. Dah tua-tua bangka ni ada hati nak tambah. Baik kita cari pasangan terus untuk Darliene. Sejuk juga mata saya ni kalau dapat menantu handsome, kaya raya. Boleh tambah ahli keluarga kita ni.", jawab Dahlia Raihana dengan berani.

Sahifah Si Kaya Miskin 2 [OG]Geschichten, die süchtig machen. Entdecke jetzt