----
Bagi Dahlia Evelyn Lynara, cinta pertamanya bersama Iskandar Ezryel Luqman adalah segalanya. Mereka bertemu di universiti di Itali, membina impian dan janji bersama, percaya bahawa cinta itu akan kekal selamanya. Namun, realiti tidak seindah bayangan. Tekanan, perbezaan dunia, dan ketakutan masa depan memaksa mereka melepaskan satu sama lain pada satu malam hujan yang takkan pernah Dahlia lupakan.
Lima tahun berlalu. Dahlia kembali menjalani hidup di sisi keluarga Aurelio, pewaris empayar hotel dan restoran mewah di Itali. Di sebalik senyumannya, hati Dahlia masih menyimpan nama yang dia cuba lupakan. Dia tidak pernah tahu bahawa di sisi lain dunia, Iskandar Ezryel Luqman terpaksa menghadapi kehilangan lebih besar — kedua ibu bapanya pergi dalam satu kemalangan tragis, meninggalkannya sendirian dengan kenangan cinta yang tak pernah padam.
Apabila takdir menemukan mereka semula di bawah bumbung yang sama, luka lama mula berdarah kembali. Antara rindu yang masih hidup dan masa lalu yang menyakitkan, mampukah cinta pertama mereka diberi peluang kedua? Atau adakah cinta itu sepatutnya kekal… di masa lalu yang mereka tinggalkan?
---
ESTÁS LEYENDO
THE LOVE WE LEFT BEHIND
Romance🌸 Story Description: Mereka pernah percaya cinta pertama itu selamanya. Dahlia Evelyn Lynara dan Iskandar Ezryel Luqman bertemu di universiti, menjadikan hari-hari mereka penuh dengan tawa, mimpi, dan janji yang terasa takkan pernah berakhir. Namun...
