Pohon bidara di bawah hujan.

10 0 0
                                        

Hari itu pada paginya tidaklah aku sangka akan turun hujan lebat nanti petangnya. Sedang leka berniaga di pasar warung, di tengah keramaian yang tidak mengenal surut melainkan pada malam hari itu, datanglah Kundeng menjengulkan kepala. Nasib tidak tertembus jarum kain di jari nan kasapku ini.

"Mak Hesbin jatuh berhampiran telaga, kepala buku lalinya tersenggong!" ujarnya kewalahan.

Mengingatkan suatu ketika dahulu, emak pernah dikhabari tabib bahawa tulang putihnya bukan seperti tulang orang kebiasaan, agak 'manja'. Bahaya kalau jatuh atau terhimpit, pantas aku menutup warung, meninggalkan pelangan terpinga-pinga lantas berlari sekencangnya ke rumah.

Bengkak sungguh buku lali emak. Aku tahu sejarah emak bagaimana, kalau tidak, tidaklah kalut aku berlari. Bengkaknya seperti busut kecil. Seperti jambu air. Merah, licin kalau dipegang.

Saat itu, terngianglah suara Guru Jilani yang berkahak ditelinga— "Kalau bengkak seliuhan, apa bahan rumusnya, Betari?" Sudah tahu siapa pelajar yang keseringan cuai saat latihan, ditanya pula aku.

"Daun kehijauan, dilumur atau dicelur bersama air." Dileter atau tidak, aku asal menjawab.

"Lagi-lagi Betari kita. Buat aku ragu mengajarnya ilmu tabib. Mudahnya kamu itu pergi ke sawah, bercucuk-tanam menghirik padi. Sudah kuulang beberapa kali. Bengkak, susutnya dengan daun, namun cara yang berhaba!"

Nah, begitulah sabab-musabab aku, di kala hujan ini, menumpang teduh sang pohon bidara. Rawan memikirkan emak di rumah, tetapi lebatnya hujan seperti tidak membenarkan aku menggerak kaki dari bawah dahan pohon ini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 27 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MILIK & HAKWhere stories live. Discover now