Langit senja di pantai kecil itu sentiasa membuat Pond Naravit Rasa tenang,seolah dunia rasa berhenti berputar. Setiap kali dia menekan butang kamera, dia cuba menangkap bukan sekadar warna jingga yang melimpah, tetapi perasaan yang bersembunyi di balik awan. Hari itu tidak berbeza kecuali ada seseorang di atas batu besar, duduk melukis dengan penuh khusyuk.
Gadis itu memegang kanvas, namun tidak menoleh walau angin menghembus rambutnya ke muka. Pond, yang biasanya tidak peduli dengan orang lain, tertarik
Dengan ketenangan gadis itu.Dia menurunkan kameranya perlahan dan mendekati.
"Kau melukis senja?" Soalnya,sekadar mahu bicara.Gadis itu menoleh.Senyuman yang dilemparkan tidak lebar,tapi cukup untuk menyentuh jiwa.
"Ya,tapi aku tak pernah nampak warns senja"Jawabnya tenang.
Pond mengerut dahi."Apa maksud awak?"
"Aku buta warna.Aku cuma teka warna berdasarkan rasa" Katanya sambil tertawa kecil.
"Namaku Phuwin"
Itu kali pertama pertama Pond berasa keliru seorang pelukis buta warna?Tapi lukisan dihadapanya memancarkan emosiyang pelik.warna yang tidak tepat,tapi menyentuh jiwa.
"Aku Pond"balasnya ringkas.
"Nama yang tenang"
Diam yang menyelubungi mereka beberapa saat.Hanya bunyi ombak dan bisikan angin menemani.Tanpa sedar,Pond duduk di atas pasir,kamera masih tergantung di lehernya.Hari itu,senja turun perlahan.Dan di bawah langit senja itu,dua insan yang berbeza dunia memulakan kisah akan mengubah hidup mereka selamanya
-------------BERSAMBUNG---------------
YOU ARE READING
BAWAH LANGIT SENJA
RomanceDia buta warna,tapi hatinya penuh rasa Dia pendiam,tapi cintanya dalam diam bergelora Bersama,mereka belajar mencintai meski tahu,tak semua cerita akan berakhir bahagia...
