Sejak tadi matanya ralit memandang raut wajah itu. Matanya masih galak mahu pandang. Masih gatal melirik. Masih belum puas mahu memerhati. Biar wajah itu terpahat di minda dan hatinya. Biar dia tidak lupa pada raut itu. Biar dia ingat. Biar dia tidak rindu dan biar dia tidak sedih jika terkenang nanti. Kerana raut itu sudah disematkan di mata dan hatinya ini.
"Kenapa pandang macam tu?" Suara garau itu menyoal.
Terus terhenti peel gatalnya dari mengintai anak teruna Pakcik Asmat itu.
"Takut, nanti lupa." Nai tayang senyum nipis.
"Takkan lupa. Dah bertahunkan pandang," Lelaki itu ikut tersenyum sama.
Manis senyuman lelaki itu sehingga Nai terpaut dan cinta separuh nyawa sekarang.
"Untuk hari-hari terakhir, biar la Nai pandang." Ujar Nai sedikit sendu.
"Mula la tu. Am pergi tiga tahun je, Nai. Nanti Am balik semula, sayang. Balik ke sisi awak." Pujuk Amriz lembut. Tahu wanita itu berat mahu melepaskannya, sama seakan dirinya. Tetapi cita-cita mereka masih jauh, dia masih mahu mengapai apa yang dirinya mahukan.
"Ye, faham. Tahu tu. Am pergi sebab belajar. Kita dah bual pasal ni." terus Nai benamkan rasa sedihnya semula. Perjalanan hidup mereka masih jauh.
"Tak mau sedih. Berat hati Am nak pergi nanti."
"Janji call selalu," pinta Nai lagi seperti hari sebelumnya.
"Janji, Am tak lupa. Tunggu Am balik." Poket Jeans diseluk. Cincin yang dibeli semalam Amriz ambil keluar.
"Am..." Nai terkedu melihat cincin itu.
"Sebab mak, abah tak benarkan kita bertunang sekarang. Am tinggalkan cincin ni, sebagai tanda Nai milik Am." Ujar Amriz sambil cincin belah rotan itu dihulurkan kepada Nai.
"Nanti mak, abah marah macam mana?" cincin itu Nai diambil, lalu diletakkan di atas telapak tangannya. Dipandang leka.
"Simpan la. Kalau mak abah tanya, cakap je Am kasi."
Sesekali matanya melirik gadis itu. Cantik, kerana raut wajahnya bujur sirih. Alis matanya lebat dan lentik. Hidungnya juga muncung, terletak cantik. Buatkan mata Amriz mahu memaku pada wajah Nai itu selalu.
Dari dia tingkatan dua, sehinggalah tamat peperiksaan sijil pelajaran Malaysia, hatinya masih ada pada Nailah. Kini usia sudah menginjak ke 19 tahun, masih hatinya pada gadis yang muda setahun daripadanya itu.
"Tak cakap pun beli cincin. Am guna duit simpanan Am ke? Kalau mahal ambil balik." Nai tahu lelaki itu bekerja keras mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara.
"Tak mahal. Setakat Am mampu je, sayang. Sarung dekat jari, Am nak tengok." pinta lembut, bibirnya terlorek senyuman manis. Leka memandang cincin dan jari runcing Nai. Kembang setaman hatinya kerana dia mampu belikan sesuatu sebagai tanda mengikat hati mereka sebelum berangkat esok.
"Cantik, pandai Am pilih." puji Nai bila cincin itu muat dijari manisnya.
"Sebab Am tahu saiz jari awak, sayang." tersenyum senang memandang permandangan itu.
"Nai mampu siapkan ini je. Sorry. Kalau moody atau tak ada motivasi, baca okey," lalu Nai serahkan sebalang origami berbagai bentuk yang dihias lawa.
"Sayangg.." Suara garaunya meleret, bibir pula terlorek senyuman lebar.
"Haip!! Jangan kuat, malu orang dengar." Nai menegah suara mendayu meleret lelaki itu. Risau orang sekeliling dengar, sudahlah mereka di gerai cendol sekarang.
"Am sukerr!" Tersenyum lebar bibirnya, satu origami diambil lalu dibuka lipatannya.
"Semoga Amriz bahagia dan selalu tenang walaupun keadaan jahat padanya." - Sepotong ayat itu dibaca Amriz dengan senyuman.
"Ada seratus, kalau sempat bacalah. Kalau tak, tak baca pun takpe. Am akan sibuk dengan jadual nanti." Bual Nai lembut, sesekali rambut yang berterbangan dibetulkan kerana ditiup angin.
"Insya-Allah Am baca. Thanks gigih buat benda ni. Sebab tu Am sayang." matanya dipaku pada wajah Nai lagi.
***
"Cakap dengan Nai, apa nak cakap. Mak abah tunggu dalam kereta." Ujar Pakcik Asmat.
"Ye..kejap, Abah." laung Amriz.
"Mak balik Nai. Nanti kamu balik ya." Makcik Salma pula mulai berlalu.
"Ye mak." Nai pandang langkah emaknya itu balik ke rumah mereka di selekoh sana.
"Naii..." panggil lelaki itu dengan suara berat.
"Janji call selalu." Nai pinta lembut walaupun birai matanya mahu bergenang.
"Janji, sayang. Tunggu Am balik. Jangan main cinta dengan orang lain. Ada mak abah tengokkan Nai untuk Am dekat sini." Lelaki itu berpesan lagi.
Nai yang mendengar sudah tersengih lebar.
"Awak tu yang jangan main cinta. Nai tunggu Am balik."
"Hati Am penuh dengan Nai je ni, kalau boleh nak peluk. Tapi bukan mahram." Gumam Amriz, berat hatinya mahu berlalu.
"Sabar la, balik semula dan pinang Nai. Dah janji kan? Nai tunggu cincin yang Am sarungkan ke jari manis Nai nanti." Bibirnya dipaksa tayang senyuman walaupun hatinya sarat, mahu meraung tangis.
"Am cepat sikit, lambat nanti." Laung Pakcik Asmat
"Am kena pergi dah. Tunggu Am balik. Nanti Am sendiri sarung cincin dekat jari Nai." Balas lelaki itu seakan berjanji
"Jaga diri Am." Ucap Nai
"Jaga diri Nai. Tunggu Am balik."
Keduanya berpamit dengan langkah berat. Mata belum berhenti bertaut walaupun lelaki itu sudah masuk ke dalam perut kereta. Masih melambai sehingga kereta yang membawa lelaki itu hilang dari pandangan mata Nai. Hilang yang lama, hampir bertahun untuk mata mereka bertaut semula.
P/s : sembang puitis 🗿
ANDA SEDANG MEMBACA
NAIHAD : KITA KAWAN (E-BOOK)
RomanceEIGHTH Nai- Wanita yang tampak keras kerana masa silamnya. Pintu hati, serta dirinya dikunci rapat. Membawa diri dan larut dengan pekerjaan kerana mahu mengubati luka di hati akibat janji dusta belahan jiwa yang membelah hatinya sehingga retak dan...
