Kakinya melangkah sendirian. Tangannya menatal skrin, ralit dengan media sosial.
"Jam segini kau sepatutnya dah pulang." Seseorang menegurnya. Terhinjut bahu Ramia dek terkejut. Dijeling sekilas. Menas.
Ramia menggulingkan bola matanya.
"Aku nak ke kedai runcit. Jangan kacau." Ramia ingin berjalan melepasi Menas, tetapi Menas menahannya.
"Kamu kenapa?!" Ramia rimas.
"Jom gi arked."
"Tak ingin aku!" Serta merta Ramia menanggalkan kasut tumit tinggi miliknya. Buat-buat pukul Menas. Mengada aje jantan ni.
Menas yang terhibur, tetap menghadang kerana risau Ramia berani buat betul-betul.
" Beep beep beep beep dengar itu henfon aku berbunyi. " Ramia bercanda. Kasut kembali disaut.
" nak tipu pon agak-agak ah .meh bagi gula kapas dulu." Menas main-main dengan dia.
" Bosan sangat ke time cuti ni? sabar takleh ke? lusa masuk kerja balik kan,"
Menas menggaru-garu keningnya.
"Ahh, malasnya!" Menas mendekati motor miliknya.
"Kau memang taknak balik, eh?" Menas mencebik tanpa memberi jawapan sepatah. Sah. Memang ini anak teruna degil benar. Mungkin berbalah dengan si kakak sudah.
"Aku cau dulu, ya? beras habis!" Ramia tak kuasa nak layan Menas lebih-lebih.
Menas hanya biarkan Ramia pergi selepas itu. Tapi dia tak mahu berganjak. Dia cuma mendongak pada dada langit yang tidak berbintang.
..
Ramia menilik-nilik beras yang ada untuk memilih yang mana patut dibeli. Selesai membuat pertimbangan, Ramia memikul seguni beras ke kaunter.
Apabila teringat gula di rumah sudah habis, dibawa pula sepaket gula ke kaunter.
Sedang Ramia mengira-ngira duit, fikirannya teralih kepada pertembungannya dengan Menas tadi.
Sepasang matanya meninjau-ninjau sekeliling kedai.
"Kak, gula-gula kapas ada?"
"Sini tak jual gula-gula kapas."
Ramia memutuskan untuk beli aiskrim sahaja untuk Menas. Tetapi, lama juga dia berkira-kira perisa mana yang patut dibelikan untuk jejaka itu.
....
Menas masih belum pulang. Derapan kasut membuatkan dia berhenti mendongak langit. Kelihatan Ramia sudah siap mendapatkan beras.
"Apa? Nak aku tolong?"
"Tak." Ramia menghulurkan plastik. Huluran aiskrim itu disambut oleh Menas.
"Hah? untuk aku?" Telunjuknya menuding diri sendiri, ingin mendapatkan pengesahan lalu diiyakan Ramia.
"Sorry.. takde gula-gula kapas."
Menas tergamam.
"Eh, kau serius?" Menas sebenarnya tak bermaksud nak mintak apa-apa. Tak sangka Ramia ambil serius permintaan dia.
"Aku balik dulu. Roger."
"Weh, nak aku tolong?" Alang-alang Ramia dah belikan aiskrim ni, tak baik la kalau tak balas jasa perempuan itu.
"Tak payah!"
Menas tak mahu mengalah. Dia menyamakan langkah mereka.
"Nak tolong, nak tolong, nak tolong." Menas mengulang-ulang ayatnya, tanda menekan. Bak budak kecil yang meminta-minta mak belikan mainan baharu.
"Baliklah!" Keras Ramia menolak.
Mengalah dengan tegahan Ramia, Menas menyahut dengan "Esok aku bayar ya aiskrim kau!"
Menas hanya melihat Ramia yang pulang dengan memikul guni beras dan menjinjit sepaket gula, sendirian.
Berat pula dada rasanya.
"Ramia, biar aku tolong!"
Takkan dia nak biar je Ramia ni perasan kuat!
...
Di dalam bakul motor, guni beras diletak. Menas menunggang motornya slow-slow . Taknak jauh dengan pemilik beras yang berjalan di sampingnya.
Ikutkan hati, Menas ingin Ramia naik atas motor. Ramia tak mahu.
Apabila dah selesai menghulurkan tangan, Menas beredar pulang, sesuai dengan arahan Ramia.
< 457 Words >
