Malam itu sunyi, tetapi bukan kedamaian yang menyelubungi hanya sepi yang melekat di dalam hati seseorang yang terbiasa berjuang sendirian.
Di dalam sebuah bilik kecil yang hanya diterangi cahaya skrin telefon, Nur Maisarah terbaring dengan tubuh yang semakin lemah. Sakit kepala yang mencengkam, perut kosong yang mendera, dan keletihan yang telah lama menjadi sebahagian daripada hidupnya. Keadaan tidak asing, namun kali ini terasa lebih berat. Dia penat. Penat berlawan dengan dirinya sendiri. Penat hadapi ujian kehidupan yang tidak henti-henti menyerangnya. Dia harus hentikan semua ini sebelum kawarasnya pila dipertaruhkan.
Di dunia yang lain. dunia yang jauh lebih rapi dan teratur, Tengku Fakhry Fawwaz menghabiskan malamnya dengan laporan perundangan dan keputusan yang tidak boleh salah. Tiada ruang untuk kelemahan, tiada tempat untuk kesilapan. Sebagai CEO FL Firm, dia terbiasa dengan tekanan, tetapi kesunyian yang mengiringi kejayaannya semakin terasa. Apa guna jika hidup ada semuanya namum terasa sepi terselit di jiwanya tidak dapat dibuang.
Dua individu. Dua kehidupan. Tidak pernah bertemu secara sengaja, tetapi takdir sedang menyulam benang yang akan merapatkan jarak antara mereka.
Dan seperti api yang membakar perlahan, takdir itu tidak akan datang tanpa sebuah pengorbanan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Falling Between The Line
RomanceNur Maisarah tidak pernah meminta lebih daripada apa yang dimilikinya. Hidup dalam keluarga yang selalu lebih mengutamakan abang dan adiknya, dia belajar sejak kecil bahawa harapan hanya akan membawa kekecewaan. Berada di negeri orang dan meneruskan...
