Chapter 1

2 0 0
                                        

Masa tu, aku tengah buat pembentangan di kelas B. Semua mata tertumpu pada aku, dan aku cuba untuk fokus, walaupun rasa gugup tu makin kuat. Aku pandang satu-satu pelajar yang ada depan aku, dan tiba-tiba mata aku berhenti pada seorang pelajar ni. Jantung aku berdegup laju, macam nak tercabut rasanya. First love ke ni? Tak sangka boleh rasa macam ni, walaupun cuma tengok dia dari jauh. Dia letakkan tangan di dagu, matanya fokus ke arah kami yang tengah pembentangan. Aku rasa macam dia tengok aku je. Waktu tu, dia pakai kemeja biru, dan aku tak dapat nak alihkan pandangan. Adakah ini permulaan kepada sesuatu yang baru?

Aku cuba untuk fokus semula pada pembentangan, tapi entah kenapa mata aku tetap tertumpu pada dia. Rasa macam dunia aku sekejap terhenti. Lepas tu, aku terpandang ke belakang, dan nampak roommate aku yang duduk di belakang. Aku tahu lepas ni aku mesti nak tanya dia pasal lelaki tu bila kami balik ke bilik. Aku yakin dia perasan gelagat aku yang tiba-tiba jadi malu-malu ni. Tapi tiba-tiba, dia juga nampak aku pandang dia. Dia terus keluarkan telefon dari beg dan ambil gambar aku, macam dia tengah ambil gambar candid. Aku hampir tergelak sebab malu, tapi tak boleh nak buat apa. Tengah-tengah pembentangan, dan dia nak ambil gambar aku. Nasib baik dia kawan aku, kalau tak malu gila la. Hahaha…

Setelah selesai pembentangan, group kami pun keluar dari kelas. Kebetulan, selepas sesi pembentangan, kelas kami ada sesi bergambar. Jadi, kami pun ambil gambar ramai-ramai, buat kenangan. Rasa macam lega sedikit, semua tekanan hilang. Tapi aku masih teringat-ingat lelaki tadi. Punya la tak fokus pada sesi bergambar.

Lepas tu, kami balik, dan aku tunggu roommate aku yang dari kelas B tu. Aku tahu dia pasti ada banyak cerita pasal kelas tadi. Bila dia sampai, aku terus serang dia. "Wei, siapa lelaki tinggi dalam kelas kau tu?" aku tanya tanpa segan. Rupa-rupanya, lelaki tu adalah kawan satu sekolah menengah dia dulu. Tak sangka, aku boleh dapat banyak info pasal dia dari roommate aku. Dia ceritakan macam-macam, dari hobi sampai ke kehidupan dia. Tiba-tiba aku rasa macam dunia ni kecil je. Siapa sangka, dalam satu kelas yang ramai, aku dapat tahu banyak tentang dia hanya dari satu perbualan dengan kawan baik aku.

Aku cuma senyum sendiri, tak tahu apa yang aku rasa sebenarnya. Hanya masa yang akan tentukan. Tapi kalau dia betul-betul seperti apa yang diceritakan oleh roommate aku, aku rasa mungkin ini permulaan sesuatu yang menarik.

Naabot mo na ang dulo ng mga na-publish na parte.

⏰ Huling update: Mar 03, 2025 ⏰

Idagdag ang kuwentong ito sa iyong Library para ma-notify tungkol sa mga bagong parte!

First loveTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon