Pandangannya berbalam-balam. Terasa dunianya berpusing-pusing. Hafiy melangkah dengan perlahan menuju ke keretanya. Namun, kakinya terasa longlai untuk melangkah. Badannya juga terasa lemah. Matanya terasa berat.
Hafiy tidak dapat menahan lagi. Badannya rebah menyembah permukaan bumi. Pandangannya mula bertukar gelap sebelum dunianya seakan berhenti berputar.
{HATI YANG TERIKAT}
Cahaya yang menusuk itu membuatkan Hafiy memejamkan matanya semula. Apabila kedengaran bunyi pintu terbuka dari luar, Hafiy tersentak. Matanya terbuka luas. Kelihatan seorang gadis memakai kot berwarna putih melangkah masuk sebelum menghampiri dirinya. Gadis itu melemparkan senyuman manis.
"Encik dah sedar?" Soal gadis itu secara profesional.
Hafiy sekadar mengangguk perlahan.
"Aku di mana sekarang? Siapa kau?" Hafiy menyoal bersama suara yang serak.
Gadis itu mencapai gelas yang tersedia di tepi katil sebelum menuangkan air mineral ke dalam gelas kaca itu. Kemudian, gelas itu dia hulurkan kepada Hafiy.
Hafiy menyambut huluran itu lalu minum dengan rakus setelah dia membetulkan kedudukan ya daripada baring kepada duduk.
Hafiy meletakkan gelas kaca itu di meja bersebelahan dengan katilnya. Dia memandang ke arah mata coklat cerah milk si gadis. Masih menantikan jawapan untuk soalannya sebentar tadi.
Gadis itu perasan, jadi dia bersuara.
"Nama saya ialah Eryna Anatasha. Saya merupakan doktor encik sepanjang encik menatap di hospital ini." Eryna memperkenalkan dirinya dengan sopan.
Melihatkan wajah Hafiy yang masih bingung itu dia menyambung.
"Sebenarnya sewaktu saya mahu pulang dari kerja, saya ternampak encik tak sedarkan diri. Jadi saya membuat keputusan untuk bawa encik ke hospital saya memandangkan hospital ini juga jaraknya tidak jauh." Eryna menerangkan apa yang berlaku sebentar tadi.
Terkejut dia apabila melihat seorang lelaki sedang terbaring di atas jalan tar kawasan parking itu. Terus dia membuat keputusan untuk membantu lelaki itu.
Hafiy mengangguk perlahan. Kini dia baru teringat. Akibat minuman arak yang diminum, dia berasa seperti tidak sedar. Sehinggalah dia pengsan sewaktu berjalan untuk ke keretanya.
"Bila aku boleh balik? Lagipun, aku tak sakit." Ujar Hafiy malas.
Bukanlah dia tidak biasa dengan minuman seperti itu sebelum ini. Jadi, mengapa dia harus menatap di hospital kan?
Eryna tersenyum.
"Maaf encik. Tetapi, saya perlu merawat encik terlebih dahulu. Lagi pula, kandungan arak dalam badan encik terlampau tinggi sehingga menyebabkan encik mengalami keracunan alkohol." Eryna berkata sambil membaca dokumen di tangan.
Hafiy kaku.
"What?" Soal Hafiy tidak percaya dengan kenyataan itu.
Namun, anggukan Eryna itu sudah terang lagi bersuluh yang Eryna tidak main-main. Lagipun, doktor mana yang menipu pesakitnya?
Hafiy mengeluh. Pasrah.
Jika mommy dan daddy ya dapat tahu akan hal ini, mesti teruk dia dimarah.
YOU ARE READING
Hati Yang Terikat
RomanceHafiy Eskandar, seorang CEO kepada E.S Company. Hafiy mengambil alih syarikat daddy oleh kerana umur daddnya yang sudah tua. Enyra Anatasha ialah seorang doktor yang menjaga bilik mayat dan akan mengambil alih wad-wad terpilih. Hafiy dan Enyra ber...
