MARZUKI BIN JUMALI anak muda lewat 20an bertekad untuk merantau keluar dari desa pendalaman di derah Jawa Tengah dengan azam untuk membantu keluarga nya yang masih bertarung dengan kemiskinan hidup di desa yang serba kekurangan dan jauh dari aspek kemodenan. Walau pun agak berat untuk melepaskan anak sulong nya pergi merantau kedua dua ibu bapanya tetap merestui hasrat dan pengorbanan anak lelaki nya itu dengan mendoakan dia berjaya mencapai cita cita nya.Berbekalkan pelajaran setakat SMA dan pengajian pondok anak muda yang lebih dikenali dengan panggilan JUKI itu turut membawa ilmu persilatan dan pengobatan tradisional terutama ilmu mengurut yang di pelajari dari ketua desa bersama sama rakan sebaya di kampung nya.Pesan ketua desa,ilmu ilmu itu bukan untuk menunjuk tapi sebagai bekalan membantu mencari rezeki di samping mempertahan diri dari sebarang ancaman ketika hiduo di perantaun dan jangan di salah gunakan .Itulah pegangan MArzuki disamping titipan nasihat ayah dan ibunya yang mengharapkan dia sebagai anak sulong dapat menjadi contoh kepada adik adik nya yang seramai 2 orang lagi iaitu Sutinah 15tahun dan Aminurashid 10 tahun.
Marzuki tidak memaklumkan kepada rakan dan saudara maranya akan hasrat dan rancangan nya itu hinggalah dia mendapat pengesahan dan tiket pengangkutan dari agensi yang akanmembawa nya ke Malaysia kerana khuathir fikiran nya bisa berubah dek kata kata atau desakan dari mereka mereka semua .Dia kini kekal fokus dengan tujuan dan matlamat asalk nya yang ada kalanya teruji dengan usiakn nafsu dan darah muda serta pengaruh rakan rakan sebaya yang masih mampu untuk bersuka ria tinggal di desa bersama keluarga.MArzuki juga berazam jika dia berjaya dan berpeluang nanti dia akan cuba membawa rakan rakan dan saudara mara yang lain untuk menurutinya dan biarlah dia menjadi peneroka membena laluan dan peluang .Dengan rembesan airmata dari pelukan kedua ayah dan ibu serta adik adik ,maka melangkah lah MArzuki menaiki kapal dagangan untuk menuju kepelabuhan Dumai sebelum menukar kek kapal yang akan membawa nya ke Pelabuhan Kelang.
Setibanya dipelabuhan Kelang dan selesai urusan Imigresen Marzuki bersama beberpa orang lain di sambut oleh dua orang wakil syarikat untuk di bawa terus ke kawasan ladang di mana mereka akan di tempatkan untuk bekerja sebagai buruh ladang kelapa sawit.Sepanjang perjalanan mereka di beri maklumat mengenai syarikat yang menjadi majikan mereka selama tempuh dua tahun dan boleh di perbaharui sekiranya prestasi mereka memuaskan dan tiada pelanggaran kontrak dan undang undang Imigresen.Agak jauh juga lokasi ladang dan mereka terpaksa berehat sebanyak dua kali dalam perjalanan dan tiba di ladang berkenaan pada jam 12 tengah malam.Mereka di tempatkan dalam sebuah rumah kongsi yang masih kosong untuk mereka berempat dan hanya yang ada ialah empat tilam nipis ,tuala dan keperluan mandi dan di rumah itu terdapat kemudahan memasak yang ringkas iaitu sebuah dapur gas yang dikongsi penggunaan nya.Selepas membersihkan diri di kamar mandi yang dikongsi bersama pekerja yang lain mereka pun terus tidur dalam keletihan .
Keesokan harinya mereka di bawa ke pejabat ladang untuk bertemu dengan Mandor Pak Dodi seoarang warga Indonesia yang bertanggungjawab merekrut mereka .Selepas bersarapan mereka pun di beri taklimat sekali lagi dan mengisi beberpa dokumen di samping menyerahkan pasport kepada Pal Dodi.Keempat empat mereka merupakan kumpulamn kedua ynag di ambil secara langsung oleh majikan mereka untuk ladang yang beri nama LADANG NUSANTARA yang kini memeiliki 50 ekar tanaman kelapa sawit yang sedang menanam semula sebahagian dariladang tersebut. MArzuki sempat berkenalan Jdenag tiga rakan yang lain yang kebetulan dari daerah yang sama iaitu Pak Dasuki ( 40 tahun ) sudah beristeri dan punya 3 orang anak,Pak Jaslan (35 tahun sudah beristri dan seoarang anak dan Abu NAim berusia 30 tahun dan masih bujang sama seperti MArzuki yang menjadi paling muda dalam kumpulan itu.Seterusnysa semasa waktu rehat mereka sempat berkenalan dengan beberpa orang pekerja lain yang datang dari seberang.Hanya beberpa orang pekerja tempatan yangbekerja sebagai pemandu, juruteknik dan juga pengawal keselamatan.Petang hari itu baru lahmereka berkesempatan untk bertemu dengan pemilik yang juga menjadi Pengurus Besar Ladang iaitu Tuab Bohari yang erusia lewat 40an seorang bekas jurutera kilang sawit dan pernah menjadi pengurus ladang sawit milikswasta lebih dari 10 tahun.
Pada Marzuki ,Tuan Bohari nampak baik dan berketerampilan menarik dan berbudi bahasa yang membuatnya dan rakan rakan rasa selesa. Terdapat seorang lagi mandor berbangsa India yang pernah bekerja bersama Tuan Bohari sebelum ini .Selepas waktu bekerja keempat empat mereka di bawa ke kedai runcit di luar kawasan ladanguntuk membeli keperluan dapur dan Pak Dasuki telah di minta menjadi ketua kumpulan mereka iaitu Kumpulan Nusantara 2.yang akanbergabung dengan KumpulanNusantara 1 untukmengerjakan lot tanaman yang telah di tentukan..
YOU ARE READING
C.71:Pak Marzuki @ Wak Juki
RomanceSeorang buruh yang berdagang dari negara seberang mula bekerja sebaGAI buruh ladang kelapa sawit ,kemudian nya di beri amanah untuk mengusahakan ternakan ayam telor dan tanaman kontan di tanah milik majikan .Dengan kepandaian nya mengurut,dia dapat...
