Radio

1 0 0
                                        

"Hai semua! Selamat datang ke saluran Radio Al. Pada kesempatan kali ini, saya akan menceritakan tentang satu kisah mistis. Kisahnya bermula..." Aku menekan butang off . Malas nak dengar cerita seram. Aku bukannya berani sangat. Serius. Dahlah aku tengah memandu dekat kawasan sunyi, tengah malam pula tu. Takut!

     Aku memandu dengan lebih laju. Berharap tak berjumpa dengan 'benda' lain. Siaran radio tadi sunggu membuat aku rasa seram sejuk. "Menyesal pulak aku buka siaran tadi."

     "Hmmm, kenapa macam pernah lalu sini eh?" Kataku sambil memandang sekeliling. Memanglah gelap, tapi aku ni bukan jenis yang senang sesat. Lagipun, jalan ni aku dah lalu berkali-kali dah. Sampaikan aku boleh buat simulasi. "Haish, harap tak jumpalah mereka."

     "Selepas itu, lelaki itu keluar dari kereta. Wajahnya menjadi pucat. Suara yang samar-samar itu menjadi semakin jelas." Radio aku terbuka secara tiba-tiba. Haduh, aku rasa tak sedap hati dah ni.

      Loaksneidnejadkj.... Bzzzz...

      "Dah kenapa pulak ni?" Aku ketuk radio kereta aku beberapa kali. "Rosak ke?"

     Bulu roma aku mula meremang. Perasaan aku mula mengatakan bahawa ada sesuatu yang menghampiri. Semak-samun di sekitar kawasan aku mula bergerak seperti ada yang melanggarnya. "Haduh, tolonglah bukan sekarang! Aku tak boleh hadapi seorang diri."

      "Nskdnwosoap.... Jangan bergerak...... Kekal di situ..... Mangsaku." Radio aku terus mati. Aku tak boleh bukanya lagi. Fikiran aku bercelaru.

     Aku terus masuk ke dalam kereta. Sementara enjin masih hidup, aku akan cuba lari dari sini. Siapa je yang nak duduk dekat sini? Orang gila pun tak nak!

     Aku cuba pandu salaju mungkin. Pedal minyak di pijak sekuat mungkin. Tolonglah, aku nak keluar dari sini.

     "Bzzzz.... Bzzzzz..... Kekal..... Di situ.... Jangan....LARI!!!!" Aku tak mempedulikan amaran daripada radio. Aku terus menekan pedal minyak. Pandangan aku semakin kabur. Segalanya menjadi semakin buram. Sudah seperti orang rabun. Badan aku mula mengeluarkan peluh dengan sangat banyak. Yang peliknya, baju aku tak basah langsung!

      Kereta aku perlahan secara tiba-tiba. "Aduh, masa ni la dia nak buat hal." Aku keluar dari kereta. Aku buka telefon pintar yang aku bawa. Cuba melihat sekeliling. Mengikut ingatan aku, aku sudah hampir tiba di simpang keluar. Aku membuka flashlight di telefon pintar. Aku menghalakan telefon aku ke pelbagai arah. Seketika, aku ternampak sebuah papan tanda. Aku tak nak pergi ke situ semata-mata untuk mengetahui tulisan di situ. Aku buka aplikasi kamera untuk menggunakan fungsi zoom jn. Aku melihat ke arah batu itu melalui kamera telefon.

     Bzzz... Bzzzz

     Layar telefon aku rosak secara tiba-tiba. Apabila aku mengalihkan arah telefon aku, barulah layar telefon aku baik semula. Aku mula merasa janggal. "Kenapa ni? Kenapa layar telefon aku rosak tiba-tiba?"

     Radio aku berbunyi semula. "Bzzzz... Aku kata.... Kekal... Di... Situ!!!" Aku mula berasa muak. Siapa yang bercakap ni? Kalau nak cakap apa-apa, cakap je la! Menyusahkan aku je.

     "Wey, kalau kau nak cakap apa-apa, cakap je lah! Menyusahkan aku je." Aku jerit sekuat hati.

     Radio aku tidak mengeluarkan apa-apa bunyi. Mungkin dah serik agaknya, itulah tanggapan aku. Selang beberapa minit, radio aku berbunyi lagi. Rupanya, tanggapan aku salah! Rasa menyesal pulak.

     "Aku #($+##, nak buat kesepakatan? Aku keluarkan kau dari sini tapi, kau perlu buat sesuatu untuk aku selepas itu."

     "Ceh, kau nak buat misteri ke hah?! Tak payahlah. Aku dah tak takut dah. Kau nak aku buat apa? Bunuh orang?" Kata aku dengan setengah berjenaka.

      "Tak, bukan bunuh. Itu rahasia. Kau mungkin dah tak takut tapi, di sini tiada makanan. Kau boleh mati. Macam mana?"

    Aku langsung tak berfikir tentang itu. Aku boleh mati kelaparan? Itu sangat menyeksakan! Tak nak. "Baiklah, aku terima. Tapi, kau kena beritahu apa yang kau nak aku buat dulu."

    "Kau ingat, kau siapa? Aku yang berkuasa di sini. Ini kawasan aku!"

     Aku benci betullah, apa salahnya beritahu dulu? "Ya, ya. Aku terima."

     Radio langsung tidak berbunyi setelah itu. Kereta aku hidup semula. Seperti tidak pernah rosak. Aku terus gunakan kesempatan ini untuk keluar dari situ. Aku tekan pedal minyak sekuat yang boleh. Mata aku samar-samar dapat melihat sesuatu. Simpang keluar! Akhirnya, aku berjaya keluar.

     "Fhfhfhfhfh, mangsa aku bertambah satu. Sekarang, askar patung aku dah cukup untuk membuat keributan. Tak sabarnya. Tarikh perjumpaan hampir tiba. Aku akan buktikan pada #+$-@$ tingkat atas bahawa aku ni lebih hebat daripada mereka. Fhfhfhfhfh!"

     "Serius la? Takde kerja lain ke? Mereka tidak pernah berubah. Dari dulu lagi, mereka hanya bergaduh demi menentukan siapa yang paling kuat dan berkuasa." Sang Pemandu geleng kepala melihat tingkah laku mereka dari laptop miliknya.

RufTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang