"Oi ! Kau dah kenapa panjat pokok? Mengidam nak jadi monyet ke!?" Leftenan Aiman Wafiq memanggil kawannya yang memanjat pokok mangga yang tinggi itu.
"Aku tak nak turun !" Captain Megat Louis Alexander merengek sambil memeluk batang pokok seerat-eratnya seperti monyet yang ingin mengambil pisang.
"Haih...budak ni buat perangai lagi... Sampai bila lah aku kena hadap perangai dia ni?" Leftenan Aiman mengeluh lalu memikirkan bagaimana caranya untuk membuat Megat Louis turun dengan sendirinya.
Selepas beberapa minit, Leftenan Izwan Zulkiflee pula mendatangi mereka. Dia melihat captainnya dengan muka yang hairan.
"Eh captain ! Captain buat apa kat atas tu? Turun sekarang! " Jerit Leftenan Izwan.
"Haih...aku dah lama pujuk dia turun tapi dia degil!" Kata Leftenan Aiman sambil menggeleng kepalanya...
"Kalau cara pujuk tak jalan, kita panggil Si Matthew" kata Izwan.
Megat Louis terkejut apabila mendengar nama Captain Matthew Anderson diseru oleh Leftenan Izwan. Megat Louis terus turun daripada pokok dan memeluk kaki Leftenan Izwan.
"Janganlah panggil Si Matthew tu, aku merayu sangat !" rayu Megat Louis...
