Awal tahun haritu , aku dah mula berhijrah ke tempat lain,aku terpaksa pindah ke bandar sebab tempat kerja lama aku di kampung ada masalah yang menyebabkan ramai staf kehilangan pekerjaan,Masa ni aku ingat nak cari rezeki di seberang tambak tapi di sebabkan masalah kewangan aku batalkan hasrat tersebut.Aku masih bujang dan tak fikir untuk mendirikan rumahtangga di sebabkan aku tahu nafsu aku lebih kepada lelaki,lebih tepat "lelaki gemuk".
Aku bernasib baik sebab kawan masa sekolah dulu ajak aku tinggal sekali , aku namakan dia "LAN". Lan tahu aku ada masalah berkenaan dengan kerja dan memang niat lan untuk ajak aku tinggal sekali dan aku pun macam tiada pilihan lagi selain terima dahulu peluang yang ada, nasib aku baik walaupun dah banyak juga interview yang aku hadir tapi hanya satu tempat yang call aku semula untuk bagitahu yang aku dapat kerja tersebut, "Service Technician".
Aku kerja shift di mana waktu kerja aku dengan lan amatlah berbeza sebab lan kerja kerajaan,biasalah kerja masuk pagi balik petang macam yang korang tahu,Lan ni pulak baru sahaja berkahwin tapi PJJ dengan isteri dia yang kerja kerajaan jugak,hampir setiap minggu lan mesti balik kampung untuk bersama dengan isteri dia dan akan datang semula pada hari bekerja selepas hujung minggu,kadang2 sahaja aku ada masa untuk lepak sekali dengan lan sebab kebanyakkan masa dia , akan pulang ke kampung.
Lupa nak bagitahu,rumah yang aku tinggal masa ni adalah rumah teres 2 tingkat, Lan duduk di master bedroom tingkat atas , aku pula di tingkat bawah,aku memang jenis malas nak naik tangga dengan badan yang gemuk,lebih selesa aku hanya tinggal di bilik bawah sahaja penat nak naik tangga.Selepas 3 bulan aku tinggal bersama dengan Lan,tiba-tiba rumah sebelah aku yang agak lama sunyi sebab tiada penghuni tiba-tiba bising sebab ada penyewa baru nak masuk,Masa ni lega jugaklah sebab aku kadang2 seram jugak bila masa tinggal seorang diri macam ada bunyi bising dekat sebelah padahal dah tahu rumah masih kosong.
Selang berapa hari,aku nampak ada sebuah lori sibuk punggah barang ke dalam rumah sebelah aku ni menandakan penyewa baru akan masuk bila-bila masa sahaja, Macam biasa hujung minggu pun tiba dan Lan akan balik ke kampung macam rutin dia sebelum2 ni cuma kali ni agak lama sebab isteri lan dah sarat mengandung, Biasa kalau hujung minggu kalau aku tak keluar,aku akan kemas2 apa yang patut, macam biasa pada hari tu aku sibuk basuh kereta dekat garaj luar. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang menyapa aku sambil berdiri di luar pagar.
"Aku terkedu " orang yang menyapa aku adalah Peza yang aku pernah kenal masa sekolah dulu, Aku bangun lalu menyapa semula salam peza, Lama betul ya kita tak jumpa ? kata aku. Haah memang lama kan , lepas pada sambung belajar terus senyap kan kita ni ? sambil dia tersenyum pada aku. Peza bagitahu yang dia pindah bersama dengan isterinya,dia baru sahaja di tukarkan dekat cawangan baru di bandar,disebabkan isteri dia pun sarat mengandung anak sulung,hanya dia sahaja yang datang untuk mengemas rumah bersama ahli keluarga yang lain.Aku cuma teringat kisah aku dengan dia masa sekolah dulu,aku ingat dia tak suka pada perempuan tapi tekaan aku mungkin salah,atau dia ada sebab tersendiri untuk berumah tangga.
"kau masih ingat masa kita sekolah dulu" ? . aku tiba-tiba macam imbas semula apa yang aku lalui dengan dia dulu , Takkan aku tak ingat pasal kita sama2 pergi mancing,mandi sungai semua kan Peza. Peza hanya tersenyum dan balas,bukan yang tu tapi yang kita sama2 buat kat rumah aku dulu ? , sebenarnya aku dah lama lupa pasal tu tapi bila peza tanya aku semula kes apa yang berlaku,aku jadi malu dan terus bagi alasan untuk masuk ke dalam rumah,masa ni aku memang rasa lain betul,macam tak boleh nak ingat semula kejadian tu sebab masa tu budak2,malu pulak.
Seminggu berlalu,Lan pun dah kembali semula ke rumah,Peza pun dah mula tinggal berjiran dengan aku,selepas apa yang aku berborak dengan peza haritu,aku banyak mengelak dengan dia,hanya bertegur biasa sahaja sebelum terus masuk ke dalam rumah.Masa ni dia dah bawak isteri dia ke rumah baru dia,aku tengok memang sarap sangat dah mungkin tunggu masa dia bersalin.
Satu malam tu shift aku habis lambat sebab aku perlu gantikan orang yang tiba-tiba EL,nak buat macam mana kan nama pun EL,sampai rumah pun agak lambat masa tu hampir tengah malam,Masa aku nak masuk rumah,tiba2 Peza menyapa aku macam biasa,tapi kali ni ajak aku sembang kat rumah dia sebab isteri dia dah balik kampung pagi tadi sebab dah sarap sangat.Kau kenapa tak teman dia balik sekali tanya aku? . Nak buat macam mana aku dah ambil cuti lama sangat haritu sekarang banyak kerja nak kena settle dulu sebelum aku uruskan hal bini aku tu. "Aku minta maaf" , aku takde niat nak ingatkan pasal kita dulu tapi bila aku tengok kau aritu aku memang teringat pasal tu jer kata Peza.Takpelah Zal nak buat macam mana aku pun ingat jugak sikit2 cuma malas nak fikir sangat pasal mende lepas.Tiba-tiba kepala aku rasa pening sangat,aku tumbang.
NAHHH ... AKU RASA MACAM SETAHUN LEBIH TAK TULIS PAPE CERITA DEKAT SINI , TAPI DI SEBAB KAN AKU TERJUMPA SEMULA KAWAN MASA SEKOLAH DULU, AKU RASA AKU PATUT SAMBUNG BALIK "ZAMAN SEKOLAH AKU" . SEBAB MASA NI BANYAK BENDA BERLAKU ANTARA AKU DENGAN DIA .... TAPI MUNGKIN DGN ORANG LAIN JUGAK ??? ... NANTI AKU SAMBUNG LAGI YER .. TAPI AKU TGK JUGAK PADA VOTE,KALAU ORANG TAK SUKA AKU TAK BOLEH NAK BUAT APA JUGAKKAN,SEBAB PENULISAN AKU MEMANG MACAM NI . TERIMA KASIH YANG DM AKU DULU,SAMPAIKAN DM TU DAH XBOLEH BUKAK MAYBE WATTPAD DAH DISABLE KE APA ENTAHLAH ... AKU BUKAN SAPE2 CUMA AKU NAK BERCERITA ITU SAJA,HARAP KORANG SUKA .... SABAR ERK NANTI AKU SAMBUNG
ANDA SEDANG MEMBACA
Zaman Sekolah Aku 2.0
RomanceAku ingat lepas dah bertahun tak jumpa dia , mungkin aku ni dah di takdirkan putus kawan dengan dia TAPI ..... "KAU TINGGAL SINI PULAK?" Sila Baca "ZAMAN SEKOLAH AKU" ada 3 part dekat situ baru korang akan faham.
