𝓗𝓲𝓭𝓭𝓮𝓷 𝓛𝓸𝓿𝓮 | 1

681 13 0
                                        

"THALIA cepat kita dah lambat dah ni"Farah Thalia menuruni tangga dengan pantas.Hampir tersadung kakinya.

"Kak kau ni lambat la!"Bahu adiknya ditumbuk.Falikh Irham mengadu kesakitan pada Puan Syira.

"Kau diam boleh tak? Bukan nak tolong aku kemas beg,harapkan ada adik lelaki je tapi tak berguna!"Bukannya nak tolong  kerjanya tau bebel je! Cuba jadi adik yang baik hati sikit tolong angkat kan luggagenya yang seberat pahala dia.

Jari tengah dikeluarkan."Ma tengok ni!"Giliran Thalia pula mengadu.

"Falikh dah-dah la tu.Tak padan dengan dah besar,cuba matang sikit"Falikh memamdangnya dengan jelingan.Eleh dengki la tu mama tak backup dia.Bluwerrkk.

"Ma mana orang yang akan ambik kita pergi airport? Thal tak nampak pun"

"Tu sebab kau ada kecacatan mata tu kau tak nampak"Bidas Falikh.Amboi masih rasa tak puas hati la tu.

"Kau nampak mata aku pandang kau ke? Tak kan? Jadi yang kau sibuk jawab persoalan aku asal.Ada yang makan kaki kang"Falikh memandang kaki Thalia.Huh kaki pun pendek!Thalia sudah tahu dengan pandangan itu.Bukan salah dia yang dia pendek,salah Falikh tinggi sangat.

Dia bukan tidak cuba minum susu cuma ketinggian dia hanya kekal 165cm manakala Falikh 174cm.

"Falikh tolong Abah angkat beg"Encik Ibrahim memanggil anak lelakinya untuk membatunya meletakkan luggage ke dalam bonet kereta.

"Kau bawak apa ni kak berat semacam luggage kau ni.Kau angkut sekali dengan dosa kau ke?"

"Kau diam"Thalia cuba untuk menjadi baik.Driver yang ambil dia sekeluarga nampak seperti ada rupa! Ada chance ni nak buat jadi suami.

Sepanjang perjalanan dia hanya fokuskan pada Iphonenya.Kejap-kejap buka camera untuk selfie.Dan Falikh? semestinya menjalankan tugas keduanya iaitu menjadi setan.Ada aja benda yang dia nak kacau Thalia.

"Kak,kak driver tu hensem tak?"Bisik Falikh.

"Asal kau tiba-tiba tanya aku?"

"Macam hensem kak tapi tak layak untuk jadi abang ipar aku"Falikh menggeleng perlahan kepalanya.Seperti mengjudge.

"Yang kau sibuk nak tentukan siapa layak tak layak ni asal.Sekarang ni bukannya misi mencari jodoh untuk aku"Awning tudung dibetulkan.Tah pape tah adik dia ni.Falikh hanya mendiamkan diri.Ceh nak buat gurau pun tak boleh.

"Encik dah sampai"Luggage diturunkan dari bonet kereta.Troli diambil untuk meletak Luggage.

"Ma mana orang lain.Thal tak nampak pun"

"Diorang semua dah dekat dalam la tu.Ni Ustaz suruh berkumpul dekat gate 5"Troli ditolak mengahala ke gate 5.

"Thal dengan Falikh tunggu sini mama dengan abah nak pergi jumpa ustaz"Thalia hanya menurut.Farrel melabuhkan bontotnya di kerusi.Haih lenguh piggangnya menganggkat luggage Thalia yang seberat batu.

"Kak"

"Hmm"

"Kak! kau dengar tak aku panggil kau"

"Nok gapo dio gak mung ni"Ha dah keluar dah Kelantan dia! Tapi yang kelantan sekarang Puan Syira bukannya Thalia.Ni mesti terikut-ikut mama ni.Kalau dengar macam kelantan takpa la jugak ni macam orang Thailand dah!

"Aku rasa lelaki tu pandang kau la kak"Thalia mengangkat kepalanya.Matanya tertancap pada seorang lelaki yang memakai sweater putih.Kulit sawo matang dan mempunyai parut jerawat di tepi pipi.Taik lalat yang berada di area situ membuatkan muka lelaki itu semakin .....

𝐇𝐢𝐝𝐝𝐞𝐧 𝐋𝐨𝐯𝐞 (OG)Stories to obsess over. Discover now