"HUAAA nak lelaki macam Thariq ni..." kata Husna sambil membaca novel kegemarannya. Melihat jam menunjukkan jam 3 petang. "Agaknya dia dah habis training ke belum ek?" Husna tertanya-tanya kerana sudah lama dia tidak menelefon sahabatnya. "Heh apa kesah call dia lepas asar lah" Husna sambung membaca novel miliknya.
"Commando rest right now!" Suara garau dengan kuat memberi arahan kepada anak-anak buah yang akan menjadi komando suatu hari nanti. "Kalau setiap kali korang buat kerja kena denda lebih baik tak payah jadi commando! Paham tak?!" Suara itu memekik lebih kuat. " Fahim, ambil alih kejap."
"Baik Tuan!" Fahim tunduk hormat pada lelaki itu lalu dia pergi ke tempat rehat dan membuka telefon. "Aku call Husna sekejap lah" lelaki itu medail nombor Husna lalu menelefonnya. "Ya assalamualaikum?" Suara perempuan kedengaran. "Waalaikumsalam, kau macam mana sekarang Husna" Tanya lelaki itu, " macam ni lah.. Mak tiri aku tak habis suruh aku kawin..haih penat lah"
Husna mengeluh kecil. "Kalau lah dapat suami macam Thariq kan Best." Kata Husna dengan harapan. Zaquan mengeluh, "kau ni tak habis-habis dengan Thariq kau tu. Ceh!" Zaquan memerli Husna. "EH sedap mulut mengata aku." Kata Husna dengan nada yang tidak puas hati.
"Macam aku kesah, dah lah. Aku nak end call dah bye " Zaquan mematikan panggilan. "Haih, aku harap bakal suami dia tu tak stress dengan sorang ni" Zaquan menyimpan telefonnya dan berlalu pergi
Zaquan berjalan ke arah Fahim. "Fahim, kamu ada nampak dimana Tuan Faris?" Zaquan bertanya. "Tuan Faris pergi ke dorm rasanya."
Kata Faris. "Baiklah kalau begitu, jaga mereka" kata Zaquan sambil memberi pandangan yang tajam kearah anak-anak buahnya.Zaquan pergi ke dorm dan akhirnya nampak si Faris. Zaquan perasan yang Faris kelihatan seperti menghadapi stress. "Kau dah kenapa Faris?" Zaquan duduk di tepi Faris. "Mak aku lah, nak aku kawin. Katanya takut aku takda jodoh." Kata Faris dengan nada tertekan lalu Zaquan tertawa. "Woi bukan nak simpati dekat aku!" Geram si Faris, Zaquan ada sahaja nak membahan.
"Aku ada member perempuan, kau nak tak?" Kata Zaquan mempromosi si Husna. "Aku tak nak perempuan sebarangan, tak pasal-pasal naya dekat aku" kata Faris menjeling tajam, kau ingat aku tak ada standard ke? "Jangan risau, aku kenal dia ni dah lama. No need to worry Faris" Faris mengeluh, lalu di hadapannya Zaquan memberi kertas dan ada nombor.
"Nombor apa ni?" Faris melihat kearah Zaquan. "Nombor si member perempuan aku lah, namanya Husna. Jangan risau dia perempuan baik." Kata zaqua dengan bangga, Faris melihatnya dengan mencurigakan. "Lain macam kau ni Zaq." Kata si Faris, "Eh! Tak ada lah. Mana ada aku lain, muka aku ni masih hensem tau!" Kata Zaq dan Faris membuat muka menyampah.
"Dah lah malas nak melayan kau ni, pangkat aja hampir macam aku. Tapi otak udang" perli si Faris selamba. "Eh kau jaga mulut tu sikit" kata Zaquan. "Hmmm." Malas Faris melayan.
Latihan komando sangat sibuk untuk satu hari. Pada malam hari selepas Faris baru membersihkan diri dan solat Isyak. Terlihat kertas yang diberi oleh Zaquan sewaktu petang tadi. "Patut tak aku cuba mesej perempuan tu?" Faris berkata pada dirinya lalu mengambil kertas tersebut dan mula mesej nombor tersebut.
Faris: Assalamualaikum, ini Husna ke?
Husna: Waalaikumsalam, ye kenapa?
"Esok aku balik untuk cuti 3 minggu sebab baru habis misi, bolehlah agaknya ajak jumpa" Faris berkata dengan dirinya sendiri lalu membalas mesej Husna.
Ni baru Prolog ye guys tak pelu kot panjang sangat, keep voting you all love readers❤️

ANDA SEDANG MEMBACA
COMMANDO'S | OG | LATE UPDATE |
RomanceHusna yang suka berangan ketika membaca novel dan salah satu kegemaran nya ialah Thariq Ridzuwan Commando's Treasure membuat dia berdoa kepada Allah menginginkan lelaki seperti thariq. "Nak lelaki macam dalam Novel Thariq Ridzuwan" -Husna dan secar...