PROLOG

6 0 0
                                        




𝓟𝓮𝓻𝓰𝓲 𝓽𝓪𝓷𝓹𝓪 𝓶𝓮𝓷𝓲𝓷𝓰𝓰𝓪𝓵𝓴𝓪𝓷 𝓪𝓵𝓪𝓼𝓪𝓷, 𝓚𝓲𝓷𝓲 𝓴𝓮𝓶𝓫𝓪𝓵𝓲 𝓶𝓮𝓶𝓫𝓪𝔀𝓪 𝓳𝓪𝓷𝓳𝓲 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓭𝓲𝓽𝓲𝓷𝓰𝓰𝓪𝓵𝓴𝓪𝓷.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"WHAT!!! Awak nak kita putus? Lepas semua benda yang kita lalui, yang kita hadapi bersama." Kata Mellissa dengan nada yang tenang tetapi bercampur terkejut.

    Dia tidak menyangka perkara ini akan berlaku dia berpikir dengan semangat dan kepercayaan yang ada mereka akan bahagia dan bersama suatu hari nanti kini semuanya hilang sekelip mata.

"I'm really sorry Nur, janji and perkara yang kita dah impikan tak dapat ditunaikan. Saya minta maaf sangat, kita memang terpaksa putus." Dengan nada sedih jejaka itu menahan tangisan yang menyebabkan matanya berkaca.

    Dia berasa tidak berguna kerana telah melukakan hati wanita yang dia sayang tetapi apakan daya dia tidak mampu mengubah takdir bahawa dia perlu putuskan hubungan dengan wanita yang ingin dia jadikan isteri suatu hari.

"Tapi kenapa, awak? Kenapa kita kena putus? Is something going on that I don't know about? Kalau ada beritahu saya, kita cuba selesaikan sama-sama, ya awak?." Soal Mellissa dengan nada yang tenang tetapi tanpa diduga matanya yang berkaca kini retak sambil melirik ke dalam mata jejaka yang berkaca itu.

    Setelah mendengar soalan demi soalan yang diberi oleh Mellissa. Dia berasa bersalah kerana gadis itu menyoalannya dengan nada yang tenang dan lembut tapi disebalik ketenangan itu adanya kesakitan dihatinya.

    Seorang gadis yang tenang tidak pernah menunjukkan sifat marah dah tidak sopan. Kadangkala dia berasa cemburu dengan gadis itu  bagaimana gadis itu boleh mengawal perasaannya walaupun dalam keadaan yang teruk seperti situasi yang mereka alami sekarang ini.

"Saya ada sebab saya sendiri dan sebab apa? itu saya tak dapat nak jelaskan dekat awak. Perkara ni kita tak boleh selesaikan bersama..saya tak nak awak terlibat biar saya sahaja yang hadap lagipun ia tiada kaitan dengan awak, Nur." balas jejaka itu sambil menunduk memandang pasir pantai.

"Kalau begitu, saya tak akan tanya lagi sebab apa kita perlu putus. Saya akan cuba faham dan paksa diri saya untuk faham,tapi saya nak awak buat sesuatu untuk saya kali terakhir ni" kata Mellissa dengan nada yang tenang diikuti esakkan nya yang dikawal.


"Beritahu pada saya apa sahaja yang awak nak untuk kali...terakhir ni. Insya-Allah saya akan cuba tunaikan walaupun susah" Kata jejaka itu sambil melepaskan keluhan yang berat.

"Kali terakhir? Kenapa terasa sakit sangat walaupun hanya perkataan tapi kenapa? Ouh sebab perkataan tu keluar dari mulut gadis yang aku cintai dan yang akan aku tinggalkan" bisik jejaka itu didalam hatinya.

"Saya nak awak pandang mata saya dan katakan pada saya yang haa.. yang kita dah tak ada apa-apa hubungan. Beritahu pada saya yang awak akan pergi, yang kita akan buat haluan masing-masing dan awak tak akan ada dengan saya lagi dah. Beritahu saya supaya saya sedar yang kita tak dapat bersama. Saya takut..haa saya akan tunggu awak saya takut ha..haa..saya takut saya berharap." Luah Mellissa sambil diikuti tangisan yang teresak-esak.

     Sungguh tak terduga bahawa dia meminta lelaki itu untuk mengatakan semuanya tetapi dia terpaksa kerana Mellissa takut akan ada sisa harapan yang tertinggal pada kenangan dan janji mereka dahulu.

    Alangkah terkejutnya jejaka itu apabila cinta hatinya meminta ia mengatakan itu. Sakit, pedih dan bersalah semuanya bercampur baur tetapi itu lah dugaan yang dia harus tanggani.

     Dengan perasaan terpaksa dan bercampur dia memberanikan diri lalu dia memandang mata Mellissa yang kemerahan di bahagian bola matanya disebabkan dirinya sendiri. Nafas diambil dan menghembus dengan perlahan.

"Sayangku, Mellissa walaupun saya akan katakan ini tapi tak bermaksud yang kita tak akan berjumpa dan bersama semula. Saya minta maaf, kita berdua akan putus, saya akan pergi jauh, mulai sekarang kita buat haluan masing-masing. Saya tak akan ada disisi awak untuk masa ni." Penjelasan dilontarkan kepada Mellissa dengan nada yang tenang tetapi sebaliknya hanya tangisan dan keperitan ditahannya.

      Setelah mengungkapkan maafnya kepada Mellissa dan melihat gadis itu menangis. Dia berpaling ke belakang dan menguatkan kakinya untuk melangkah meninggalkan gadis yang dia cintai begitu lama dan cinta pertamanya. Bersama Langkah dan tangisan di pipi dia semakin jauh dari tempat gadis itu berdiri.

      Sakit tetapi perlu dihadap kerana dia tidak mahu Mellissa terlibat dalam perkara yang dia akan hadap berseorangan.

       Pada malam yang indah tapi tidak pada Mellissa. Gadis itu berdiri sambil merasa hembusan angin yang bertiup diikuti bunyi hempasan ombak. Dia menutup mata dan melepaskan keluhan yang berat. Disini mereka mula berkenalan dan disini juga mereka mencipta kenangan.

      Kini, tempat dimana mereka meluangkan masa menjadi bukti bahawa jejaka yang dicintai Mellissa telah memutuskan untuk menamatkan hubungan mereka dan berlalu pergi meninggalkan dirinya.

     Mellissa kini ditinggalkan keseorangan di kawasan pantai berhadapan dengan resort mewah. Disitu jugalah kekasih yang pernah melamarnya untuk dijadikan fiancé pergi tanpa meninggalkan alasan. Betul lah kata orang kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan.

      Tangisan yang mengalir masih basah di pipinya. Mellissa merenung ombak pantai dia mengenang semula semasa jejaka itu memusingkan badanya dan melangkah pergi. Mellissa dapat melihat sosok tubuh jejaka itu pergi meninggalkannya dan dia juga mendengar tangisan yang di tahan jejaka itu. Ia juga menjadi bayangan terakhir Mellissa melihat cinta hatinya berlalu pergi dan menamatkan hubungan mereka.

"Bagaimana aku nak lupakan kau, Iss? Semudah itu kau pergi setelah bertahun kita kenal dan berjanji untuk bersama. Apa yang perlu aku beritahu dekat mama dan papa nanti? ha..ha..ha Nampaknya aku kena hadap perkara ni berseorangan dan kau juga hadap perkara yang menjadikan alasan untuk kita berpisah." ucap Mellissa dengan nada yang bergetar dilontarkan dihadapan pantai pada malam itu.

       Setelah dia mengesat air matanya dia berkata "HAAAAAAA...aku akan ikut kata kau Iss, aku akan mulakan hidup tanpa kau, aku akan...aku akan..aku..aku benci kau Iss..benci kau." Tanpa disedari air matanya mengalir semula.

      Rupanya untuk melupakan tidak semudah seperti memesan makanan di kedai mamak. Ia juga perlu ada kesabaran untuk menunggu kerana ramai customer sama juga dengan, dia perlu berusaha untuk melupakan bukan cepat melupakan.

      Mellissa berpikir bahawa dia seorang yang kuat menghadapi dugaan seperti yang selama ini dia lakukan dengan mengikuti perintah keluarganya yang tidak pernah bertanyakan pendapat nya sendiri tetapi yang ini berbeda karena dia terpaksa kehilangan orang yang ada sentiasa dengan nya disisi. Tidak pernah mengeluh, marah atau menaikan suara kepada nya.

      Tapi apabila dia mengingat kembali apa yang dikatakan jejaka itu, lelaki itu mengatakan "Walaupun saya akan katakan ini tapi tak bermaksud yang kita tak akan berjumpa dan bersama semula....Saya tak akan ada disisi awak buat masa ini." itu apa yang dikatakan oleh jejaka itu. sakit untuk diingat semula tetapi ia perlu memahami maksud jejaka itu.

Adakah dia akan datang semula kepadanya? adakah kami dapat bersama? adakah kam.......


"ME!!..MEL!!..MELL!!!"- menjerit seseorang kepadanya.

JANJI YANG DIKHIANATI CINTAStories to obsess over. Discover now