"Untuk apa saya buat semua itu dengan orang lain? Mereka bukan siapa-siapa pada saya. Awak lain Zahra. Awak isteri saya, isteri yang patut saya santuni dan kasihi. Rasulullah pun tidak segan untuk makan bekas makanan isterinya apatah lagi saya."

Zahra mengangguk perlahan.

"Benda-benda yang romantik semua ini saya hanya buat dengan isteri saya saja iaitu Zahra Delisha. Jangan risau dan jangan cemburu," ucap Tengku Ahnaf lalu mengelus lembut pipi Zahra.

"Janji tau, awak buat semua ini dengan saya saja?"

Zahra mengeluarkan jari kelingkingnya lalu dihalakan kepada Tengku Ahnaf.

"Ya isteri saya, janji."

Tengku Ahnaf menyatukan jari kelingking mereka berdua lalu dikucup penuh kasi jari mereka yang bercantum itu.

END FLASHBACK.

Terbang lamunan Zahra apabila suara anak kecil menangis menyapa pendengarannya. Terlalu jauh dia mengelamun. Tanpa sedar, keluhan keluar dari bibir indah milik Zahra.

"Ahnaf, saya rindukan awak," rintih Zahra dalam hati.

"Saya lebih rela tidur panjang dari terus-menerus menahan rindu seperti ini."

Air mata yang bertakung cuba ditahan dari mengalir ke pipi.

Dia tidak mahu ada sesiapa yang nampak dia sedang meratapi lelaki yang telah pergi dari hidupnya.

"Apa khabar?" sapa Tengku Ahnaf apabila figura yang dinanti tiba di hadapannya.

"Baik. Kau? Sihat?"

Tengku Ahnaf mengangguk kecil sebagai respon kepada pertanyaan tersebut.

"Kau macam mana? Okay ke handle company tu semenjak inek dan aunty tak ada?"

Tengku Ahnaf memandang raut wajah yang kelihatan agak cengkung sedikit di hadapannya itu.

Danny melepaskan senyuman hambar.

"Buat masa sekarang, aku anggap aku okay je lah uruskan company walaupun kadang-kadang hampir lost juga sebab inek dan aunty pergi mengejut," luah Danny perlahan.

Dalam sekelip mata, dia harus menguruskan semuanya. Hampir jatuh sakit juga dia kerana selalunya dia akan merujuk kepada dua wanita kesayangannya itu jika ada masalah. Stephanie dan Florance? Langsung tidak boleh diharap.

"Kalau ada masalah apa-apa, jangan segan-segan minta tolong dengan aku."

Tengku Ahnaf menepuk bahu Danny yang kelihatan penat itu.

"By the way, Stephanie tak ada turun padang tolong kau ke?"

Sekali lagi kedengaran keluhan kecil dilepaskan.

"Itu lagi seorang. Lately ni perangai dia pelik sangat-sangat. Kerja? Hampir hancur. Kalau ikut hati, aku rasa nak terminate je dia terus. Performance kerja memang out lepas tu selalu balik tengah malam," adu Danny dengan suara lemah.

Tengku Ahnaf pula hanya mendiamkan diri. Tidak mahu terlalu masuk campur urusan keluarga itu kerana mereka lebih mengenali Stephanie.

"Danny, aku nak minta izin untuk masuk pejabat inek sekejap boleh tak?" pinta Tengku Ahnaf.

"Sure, why not. Kau pergi dekat hujung sekali. Situ pejabat inek. Aku nak pergi bahagian production sekejap," balas Danny lalu berdiri mahu beredar dari situ.

Tanpa banyak soal, Danny membenarkan Tengku Ahnaf ke bilik Emelda memandangkan lelaki itu juga sering datang ke situ.

Tengku Ahnaf terus berjalan menuju ke pejabat Emelda. Matanya melilau melihat sekeliling sebelum masuk ke dalam.

HER SAVIOR [Slow Update]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ