" Jom?? Pergi mana?" soal Louis sambil memerhati Lycia yang sudah berada di hadapan pintu rumah. Nampak gaya gadis itu benar-benar nekad mahu membawanya ke sesuatu tempat.

" Pergi kedai gunting rambut. Nak buktikan yang awak tu Loius" kata Lycia dengan tegas. Kemudian mendekati Louis . Geram betul dia pada Loius yang tidak mahu berganjak dari meja makan itu. "Jomlah, Loius" menarik pergelangan tangan Louis. 

Louis berdiri. " Okay, saya ikut awak tapi saya nak tanya. Boleh, Alya?" soal Louis

"Hmm....."mengangguk perlahan.

"Awak ni sebenarnya siapa, Alya? Nama sebenar awak apa? Alya....atau-" kata-kata itu terpacul keluar dari mulut pemuda itu. 

'Tak boleh jadi. Sebelum identiti aku terbongkar....aku kena bongkarkan identiti kau dulu' ujar hatinya sambil memandang Louis.

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

"Uncle....saya pinjam barang uncle boleh tak,uncle?" tanya Lycia sebaik sahaja dia memasuki kedai itu. 

Tangannya memegang erat pergelangan tangan Louis. Dia tidak mahu Louis lari.  Louis hanya mengikut. Dia membiarkan sahaja tangannya dipegang gadis berambut blonde.

Pak cik yang sedang sibuk melayan pelanggan itu, mengangguk sahaja. "Terima kasih,uncle . Saya letak duit kat sini ye" mengeluarkan sejumlah wang kemudian di letakkan di atas kaunter pembayaran itu, ' Wow.....banyak duit dia. Mana dia dapat' 

"Cepatlah duduk" arah Lycia. Louis menurut. 

"Awak nak buat apa , Alya?" soalnya. 

"Bukak eye lens hitam awak tu" dia tidak menjawab  soalan Louis. Dia sudah lambat. Sekarang dah pukul 6.45 petang. Dia kena pulang awal dengan membawa Loius sekali. Sepatutnya dia bawa Loius pulang..... semalam bukan hari ni. Entah macam mana dia boleh pengsan semalam.

"Dah" ujar Louis pendek. 

"Lepas tu??" soal Louis. Dia hanya menurut sahaja arahan. Dia tak tahu macam mana gadis itu tahu banyak perkara tentangnya. Lycia menoleh ke arah Louis. Terlihat mata biru itu. Dia tertegun sebentar. Sama. Benar-benar serupa. 

"Kenapa? Ada apa-apa yang pelik kat saya?" tanya Louis. 

"Tak...." Lycia menggeleng. 

"Ummm......baring" pintanya. Louis menurut. " Awak nak buat apa?" tanya Louis. 

Lycia mengendahkan pertanyaannya lalu mula membasahi rambut Louis perlahan-lahan menggunakan shower, peralatan kedai gunting rambut itu. "Nak basuh rambut awaklah. Awak baru dye rambut awak pagi tadi, eh?" apabila warna hitam yang digunakan luntur dengan senang. 

"Haah..." jawab Louis sambil memejam mata.

Air sejuk dirasai. Sejuknya. 

"Tak baik tau kalau asyik warna rambut. Nanti rambut rosak" nasihat Lycia sambil membasahkan rambut milik Arief. Warna hitam hilang dengan sekali lalu air. Nampaknya Arief tidak menggunakan pewarna rambut yang permenant. 

Warna sebenar rambut, blonde terserlah

 Kemudian dia mengambil shampoo rambut yang berada di atas tray itu. Di letakkan sedikit pada tangannya. Lalu diramaskan pada rambutnya milik Arief. Biar wangi sikit. 

Kemudian dibilasnya setelah selesai membasuh rambut Louis. 

"Tada. Dah siap" ujarnya setelah mengeringkan rambut Louis menggunakan pengering rambut. Arief bangun dari pembaringannya. Melihat bayangannya di cermin yang disediakan.  "Apa awak dah buat, Alya?" tanya dia sambil menilik wajahnya.

The Rejected Princess : (Meet Her Royal Twin)Where stories live. Discover now