Di malam sunyi lagikan sepi ,kelihatan seorang wanita yang memiliki rambut beralun dan berwarna hitam serta mata yang berwarna coklat gelap itu berjalan di sebatang lorong yang gelap , hanya cahaya dari lubang-lubang retakan sahaja yang menjadi sumber cahaya di situ. Wanita itu kelihatan seperti muram dan serabut.
*Flashback
"Rossy , disebab awak selalu masuk kerja lambat , saya terpaksa pecat awak. Ni gaji terakhir awak." Muka bosnya kelihatan bengis dan suaranya terdengar kasar.
"Maafkan saya, Tuan Kairul. Saya ada kecemasan tadi. Sebab itu saya masuk kerja lambat. Tolong..jangan pecat saya, saya perlukan pekerjaan ini untuk menyara kehidupan adik-adik saya." Jelas Rossy sambil melihat wajah bosnya. Berharap akan ada pengampunan darinya ,namun disebaliknya.
"Enough Rossy. No more sorry. Just go away. You're fired. Take this." Kata Tuan Kairul sambil menghulurkan envelope kecil berwarna coklat yang mempunyai isi iaitu duit gajinya yang terakhir buat bulan ini. Dengan berat hati , dia mengambil jua duit tersebut lalu melangkah pergi dari situ.
Keluhan kecil keluar dari mulut gadis itu. "What can I do now? Mana cukup gaji 3 ribu setengah ini untuk kos rawatan Rose." Kata Rossy dengan kusutnya sambil meneruskan perjalanannya menyusuri lorong tersebut walaupun merasakan tidak selesa dengan pemandangan orang yang berada dilorong itu. Terdapat pelacur dan juga pelanggannya yang memandang dirinya. Jijik yang dirasakan Rossy.
Penting sangat ke duit sehingga sanggup mengadai maruah diri?
Ada juga yang memandang dirinya dengan pandangan mata yang jahat seperti mahukan sesuatu darinya dan pasti itu adalah perkara buruk.
Selepas beberapa minit dia berjalan, dia merasakan ada yang sedang mengikuti dirinya. Dia menghentikan langkahnya tanpa memutarkan badannya untuk melihat orang yang sedang mengikutinya itu.
"Kusut nampak? Any problem hm?" Soal seorang wanita yang berada tepat dibelakangnya. Rossy sudah menggigil sedikit. Bahunya ditepuk perlahan oleh wanita itu sebelum dia berkata lagi. "Tell me , girl."
Rossy membalikkan badannya lalu berhadapan dengan wanita itu dan memandangi wajahnya lalu bertanya. "Siapa Cik?"
"Nama aku Sally. Aku pembantu dekat kedai dekat-dekat sini. Aku berjalan disini pun sebab ingin mencari pekerja baru and then aku nampak kau yang tengah serabut. Aku syak kau tengah tertekan sebab gaji right?" Jelas Sally dengan senyuman yang misteri.
"Kerja..? Kerja apa?" Soal Rossy laju. Sally pula menilainya dari atas ke bawah. Senyuman senget mulai diukir di wajahnya.
"Waiter." Balas Sally dengan selamba. Dia memerhatikan gadis yang sedang berfikir itu.
"Just a waiter right? Ambil order ,hantar air je right?" Dia hanya menyangka bahawa Sally berkerja di kedai makan.
Pakaian yang dipakai Sally sangat menonjol. Pakaian tersebut merupakan tight dress yang berwarna merah dan itu membuatkan segala rupa bentuk badan Sally kelihatan.
"Yes..want this job ,girl?" Rossy berfikir buat seketika.
'Kalau aku ambil kerja ini , kemungkinan aku masih dapat tampung perbelanjaan Roxxane dengan Rose buat sementara aku cari pekerjaan lain.' Kata Rossy di dalam hatinya. Dia memandang wajah Sally semula sebelum mengutarakan soalan yang terbuku dihati.
"Gaji..? Berapa?"
"Bergantung kepada usaha kau. Kalau kau berusaha lebih dapatkan banyak pesanan , lagi banyaklah duit kau dapat." Kata Sally dengan senyuman jahatnya yang penuh makna sebelum dia menarik tangan Rossy kuat lalu berlari sekuat hati.
Rossy yang tidak bersedia akan dengan perkara itu terkejut. Dia mencuba untuk menarik semula tangannya namun usahanya gagal akibat tenaganya yang berkurangan.
Rossy mengikuti wanita walaupun firasat dia menyatakan bahawa akan terjadinya perkara buruk kepada dirinya jika dia masih mengikuti wanita itu.
******
"Sampai." Kata Sally selepas beberapa minit mereka berlari. Dia memandang ke arah Rossy yang sedang mencangkung dan tercungap-cungap di sebelahnya akibat kepenatan. Dengan perlahan , dia mendongakkan kepalanya untuk melihat nama tempat tersebut.
Axe Club
"Axe..Club? Ni ke tempatnya?" Dia tidak mempercayai akan perkara itu. Rossy bangun dari cangkungnya lalu memandang ke arah Sally.
"Yes. Jom masuk!" Ajak Sally sambil menarik tangan gadis itu semula namun gadis itu menarik semula tangannya.
"Aku tak kata pun yang aku mahukan kerja ini. Aku cuma tanya kerja apa dan gaji berapa saja." Sally mulai mendiamkan diri.
Rossy hanya memerhatikan wanita itu sambil tidak mengatakan apa-apa lalu dia mengorak langkah untuk pergi selepas beberapa minit mereka mendiamkan diri.
Tiba-tiba..
"Too late." Bisik Sally lalu mulut dan hidung gadis itu ditutupnya menggunakan sehelai kain kecil. Rossy cuba memberontak namun perlahan-lahan matanya mulai kabur setelah itu dia tidak menyedarkan diri.
Umm second story..hehe.
YOU ARE READING
Rossy
RomancePertemuan tidak diduga namun terbitnya cinta di dada. "Name?" Alex "Rossy Amelia." Rossy "I'm Alex." Permulaan membingungkan namun berakhir dengan kebahagiaan atau..kesedihan? "Aku bagi cara lain nak bayar." Alex "Apa itu, Tuan?" "Kahwin dengan a...
