PROLOG

9 0 0
                                    

PROLOG


KEBAHAGIAAN adalah impian semua makhluk yang bergelar manusia. Setelah mencari dan terus mencari, tiada satu pun yang melekat sebagai Suami dan Isteri. Antara perjodohan atau mencari sendiri, pasti pilihan kedua menjadi igauan semua manusia. Sama juga dengan kisah pasangan ini, dahulunya hanya sekadar kenalan secara jauh namun akhirnya menjadi sepasang suami isteri. Paling tidak disangka apabila suaminya bukanlah sekadar anak angkat namun sebaliknya.

Dek kerana umur sudah lanjut, ahli keluarga turut mendesak untuk mencari pasangan membuatkan kepala berpusing setiap kali bertemu. Pelbagai Alasan yang dicipta sehinggakan pelbagai spekulasi yang terbit dari mulut-mulut si busuk hati. Namun sedikitpun tidak dihiraukan ayat-ayat negative yang diperkatakan oleh manusia-manusia itu sehinggakan pertemuan pertama kali mereka berdua.

Pertemuan itu mengundang senyum simpul dari keluarga dek penangan mereka yang menjadi pengapit di majlis perkahwinan sepupu si Wanita. Bukan kerana tidak pernah bertemu tetapi kerana keserasian mereka yang terpesona di majlis itu. Pengantin juga kalah dengan kemanisan mereka berdua.

Mata bertentang mata namun masih tiada rasa antara mereka. Janggal juga bila banyak mata memandang dan banyak mulut berbunyi tentang mereka tetapi jujur, tiada apa yang berlaku diantara mereka.

Bila Difikirkan, acara itu hanya berkekalan sehari dan hari-hari seterusnya mereka berdua tidak akan diincar mulut ahli keluarga lagi tapi telahannya meleset jauh sekali. Hampir setiap hari mereka dipertemukan sama ada oleh keluarga sendiri dan juga pertemuan tanpa sengaja.

Hari demi hari berlalu Bersama namun hati masih tidak tahu sama ada cinta dan kebahagiaan milik mereka ataupun hanya cinta tanpa kebahagiaan.

Namun, adakah mereka akan kuat menghadapi liku-liku kehidupan berdua? Ataupun akan terbelah di pertengahan?  

[E-BOOK]   SEMPURNAKAN KITA ( Short Story )Where stories live. Discover now