"Betul-betul lah Adam" edlan mendengus seketika

Orang nak jawapan betul-betul tapi dia ni boleh pula bawa main-main. Tak nak kawan nanti baru tahu

"Oklah, kakak aku pernah rasa perasaan yang sama macam kau rasa sekarang ni" Adam kembali menghadapnya

Terhenti tindakan edlan untuk terus merajuk itu. Kalau Adam tak faham mungkin kakaknya faham perasaan nya

"Kakak aku cakap perasaan berdegup kencang tu jadi bila kita ada suka seseorang tu" terang Adam lantas menyambung kembali melakukan kerja sekolah matematiknya

Edlan terdiam seketika. Suka? Fitriyah? Cinta? Ishh takkanlah

Takkanlah Edlan sukakan Fitriyah.. kan?

~•~•~•~•~•

Luqman banyak kali menggeluh apabila melakukan latihan ulasan yang diberikan oleh cikgu Rozi nya itu

Luqman memanglah tak menyukai mata pelajaran bahasa melayu ini. Dahlah tak suka lepastu ada pula ulasan dan karangan yang panjang berjela-jela itu

Lagilah dirinya ini naik pusing dengan bahasa melayu. Tangan nya pula sudah mulai sakit apabila menulis sahaja sepanjang masa

"Banyak nya menggeluh, rilekslah wei berbuka takdelah lama mana" Ahmad menepuk bahu Luqman itu, kesian tengok member asyik menggeluh sahaja

"Aku menggeluh bukan pasal tu" Luqman menggeluh lagi, dahlah bahasa melayu ni memenatkan otak dan tangan nya

"Dahtu, kau fikir pasal apa?" Ahmad menggaru kepalanya, Luqman ni tak pernah-pernah macam ni tapi kenapa sekarang macam lain sahaja

"Aku fikir pasal adik aku, Zaheen tu"

"Kenapa dengan dia?" Secara tiba-tiba boleh pula nasuha yang berada di hadapan tempat duduk pusing dan menghadap ke arah Luqman

Nasuha memang laju kalau bab-bab macam ni, biasalah perempuan kan

Terkejut Luqman jadinya tapi nak buat macam mana kan sebab dia dan nasuha ni memang dah lama kawan dah. Sama macam Ahmad ni

"Semalam lepas buka, aku baru perasan ada luka dekat siku dia lepastu bila ditanya katanya terjatuh"

Nasuha mula mengganguk perlahan, nampak macam dia faham sahaja apa yang dimaksudkan oleh Luqman itu

"Adik kau kan lelaki jadi mestilah dia lasak sikit. Sekadar terjatuh tu apalah sangat" Ahmad berkerut, dia ada dua orang adik lelaki

Dan setiap seorang dari mereka tu mesti kalau balik je ada yang terluka lah, terkopek lah, berdarah lah

Dah maklum sangat

"Itu aku tahu, tapi Zaheen dia manja tau jadi dia selalunya kalau sakit sikit ke apa ke mesti dia bagitahu mama aku terus, nak minta dibelai lah tu"

Selalunya Zaheen tu dia manja nya memang terlebih. Kalau demam sikit ke apa ke mesti terus diadu nya, minta dibelai lah tu

"Adik kau 6 tahun kan?" Tanya nasuha, dia seakan tahu sahaja apa yang berlaku

Luqman mengganguk "kenapa?"

"Haaa... Aku rasa adik kau kena buli"

"Haa, buli" ucap Luqman dan Ahmad serentak, seram pula bunyi nya tu

Nasuha mengganguk laju "adik perempuan aku pun umur 6 tahun juga, dia cakap ada seorang pelajar lelaki tu nama dia Omar tau. Dia memang suka kacau budak-budak lelaki dekat situ"

Puasa Oh Puasa ( Completed 🎈)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora