Bab 5

20 13 0
                                    

08 March 1968.

Sehari sebelum datangnya 09 March, ada apa?

Eleanie perasan ramai seperti tidak menghirau kan dia.. "Erm abang..?" Eleanie cuba menyapa abangnya tetapi abang nya hanya membuat kerja nya sendiri.

Siapa lagi yang selalu ada disisinya selain Alendreas kan? Dia pergi ke Alendreas "awak..?" Sama sahaja, tetapi walaupun dia tidak mengendahkan Eleanie, dia masih memerhatikannya secara rahsia.

Eleanie putuskan untuk mengambil angin diluar, mentang mentang di ketepi kan.. Kan?

Alendreas ikut sahaja dibelakang Eleanie, tetapi didalam diam dia tersenyum.

"Ayah, kesana sikit" Cailian mengarahkan Lioderic tentang sesuatu, apa dia? Hiasan? Belon? Apa semua ni? "Ibunda, janganlah pam kuat sangat belon tu, nanti pecah" charlianne Tergelak "eh haah lah lupa pulak"

Cailian berfikir sesuatu, "ayah, ada gambar Eleanie tak? Cailian nak pergi buat something"

Cailian buat apa? Dia menempah sekumpulan company yang membuat cake yang top tier lah boleh dikatakan.

Rupa rupanya, mereka semua sengaja tidak mengendahkan Eleanie kerana mereka telah rancang untuk menyambut hari ulang tahunnya yang ke 18 esok iaitu pada 09 March 1968.

Sekarang, kerja Alendreas adalah untuk mengambil perhatian Eleanie daripada balik ke Istana sebelum malam.

"Alendreas, jom teman saya pergi ke pekan?" Alendreas angguk tetapi dia dengan segera keluarkan sehelai kain dan letak pada kepala Eleanie, apabila Alendreas buat itu, Eleanie sudah pun dapat teka apa yang dimaksudkan oleh Alendreas, Eleanie perlu ditutup kerana pada zaman mereka, ramai akan anggap orang yang berlainan dari mereka itu adalah seorang raksasa ataupun senang dikatakan ahli sihir. Tidak kira muda atau tua.

Kain diikat untuk menutup rambut putih Eleanie. "Okay jom" Eleanie mula berjalan pergi ke pekan yang tidak berapa jauh dari laman Istana.

Sampai sahaja di pekan, mestilah Alendreas memerhatikan Eleanie dengan lebih ketat, tangan dipegangnya. Eleanie terkedu "eh? Kenapa..?"

"Untuk keselamatan Princess lah.." Alendreas tersenyum. Masalahnya Eleanie ni dah angau! "Er tak apa, saya ada dekat je ni.. Tak jauh."

Terdapat suatu kedai yang menarik perhatian Eleanie, kedai orang yang menjual buku penuh puisi. "Jom, masuk kedai ni?"

"Apa sahaja yang Princess nak, patik ikut sahaja" Eleanie tarik lengan baju Alendreas dan segera masuk kedalam.

Bau bau aroma kedai itu pun penuh aroma bau buku buku baru. Sedap.

Eleanie menarik satu buku puisi, tebal. Ia menarik perhatian.

Satu per satu muka surat diselak Eleanie.

Salah satu puisi dibaca Eleanie.
"Katakanlah jika kamu mencintai seseorang, adakah kamu mencintai mereka sepenuh hati? Dan tidak lupa juga, adakah cinta itu bertepuk semula sebelah bahu?"

"Jikalau ada bunga, tidak mekarlah jika tiada cahaya matahari dan air untuk menyiramnya. Begitu lah juga dengan sebuah cinta, mati lupus. tidak akan kekal jika kedua dua hati tidak mencintai satu sama lain."

Eleanie tersenyum membacanya. "Indah.."

Alendreas menyampuk "indah seperti orang yang membacanya". Telinga Alendreas dicubit Eleanie, "menggatal"

"patik cakap benda betul lah hehe"

Eleanie memeluk buku puisi itu dan pergi ke kaunter pembayaran. "Ya? Nak beli ini ya?" Soal penjual itu "yep betul"

𝖑𝖆 𝕸𝖆𝖑𝖊𝖉𝖊𝖙𝖙𝖆 𝕻𝖗𝖎𝖓𝖈𝖊𝖘𝖘 | OGUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum