𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 5

489 22 1
                                    

Telefon berdering. "Yana! Ni ada kawan Yana call!" kata Puan Jasmin sedikit kuat lalu mengambil telefon itu dan pergi ke arah Alissa.

"Siapa?" Alissa mengambil telefonnya dari tangan Puan Jasmin

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

"Siapa?" Alissa mengambil telefonnya dari tangan Puan Jasmin. "Helo, kenapa call aku ni?"

"Waalaikumsalam" kata Alysha dihujung talian. Eish perempuan ni, dia ingat aku tak tahu ke yang dia tengah sindir aku sebab tak beri salam? "Apa?" Soal Alissa malas.

"Kau dapat tak pesanan dari Encik Khairul?" dahinya berkerut. Orang tua tu ade pesan ape-ape ke?

Otak Alissa ligat memikirkan sama ada Encik Khairul ada memberikan apa-apa pesanan. Tiada.

"Tak ada pulak. Kenapa?"

"Dia suruh kau jumpa dia kat Restaurant Lavender." ujar Alysha.

"Bila?" Soal Alissa. "Malam ni." Jawab Alysha.

"Hm ye lah." setelah memberi salam dia terus meletakkan panggilan. Pelik bin ajaib. Kenapa Encik Khairul nak jumpa dia?

"Mama, malam ni Yana keluar kejap tau." kata Alissa kepada ibunya. "Pergi mana?" tanya Puan Jasmin. "Boss nak jumpa" Jawab Alissa. Puan Jasmin hanya menganguk tanda membenarkan.

"Yana, boleh tak jap lagi kamu pergi ambik Lina dengan Aiman?" Tanya Puan Jasmin yang sedang mengemas dapur.

"Boleh je, pukul 12:30 kan?" Kata Alissa. "Ha'ah." Jawab Puan Jasmin. "Alright Boss!"

Tadika Mawar

"Eish, mana budak ni, lama betul. Dah 10 minit aku tunggu ni." Omel Alissa. Dah lah panas kat luar ni.

"Hai akak!" sapa Aiman girang.

"Kau pergi mana ha? Lama betul, mana si Lina ni?" marah Alissa. Aiman toleh ke belakang "Tu." Jari telunjuk ditujukan ke arah Alina. Biar betik?! Ternganga Alissa buatnya.

Alina dengan seorang budak lelaki berpegangan tangan. Alissa terus berjalan ke arah Alina. "Korang buat apa ni ha? Sampai pegang-pegang, tahu tak haram?" Alina menjeling adiknya tajam.

"Lina kecil lagi, tak dapat dosa pun." selamba Alina membalas. Bagaikan perkara itu adalah perkara biasa.

"Wuish, suka hati kau je cakap tak dosa. Lina memang lah tak dapat dosa tapi siapa yang tanggung? Mama papa juga yang tanggung ish ish." panjang lebar Alissa membebel. Alissa menggenggam pergelangan Alina lalu pergi ke arah keretanya. "Dah masuk."

Laju sahaja keretanya meluncur keluar dari tempat itu. "Nanti akak bagitahu mama." Kata Alissa dengan nada menyakat.

Membulat mata Alina apabila kakaknya mengugutnya. Tak boleh! "Kakak janganlah bagitahu mama please..." Pujuk Alina sambil menggoncangkan kuat bahu kakaknya yang sedang memandu.

"Woi! Jangan goncang, kau nak mati awal ke?" marah Alissa. Alina sandarkan badannya kebelakang lalu kedua tangannya terletak di dada. "Habislah kau, Alina heheheh" Aiman ketawa mengekek.

Psycho Husband: His Obsession (OG)Onde histórias criam vida. Descubra agora