special chapter

92 6 5
                                    

Tubuh kecil bayi yang berada di atas tempat duduk bayi itu diambil oleh Eijaz manakala Farhad yang berada disebelah tempat duduk bayi itu dipimpin keluar dari dalam keretanya. Wajah comel bayi itu di kucup lembut.

"Sweetie..Jom," lembut suaranya memanggil isterinya yang sudah berdiri tepat di sebelah kirinya. Sofea memimpin tangan anak lelakinya menuju ke arah perkuburan Islam yang menempatkan kuburan arwah Eidul, Lashiera, Puan Alea dan encik Mustapha.

Encik Mustapha,Puan Inayah dan Marsya terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa hendak pulang ke Sabah sebaik sahaja mendengar berita tentang kematian mendadak Eidul dan anak mereka. Nasib menyebelahi Puan Inayah dan Marsya. Mereka berdua selamat dari kemalangan yang menimpa mereka dan hanya mendapat cedera ringan namun tidak dengan Encik Mustapha.

"Assalamualaikum Shiera..Abang ipar. Sofea minta maaf sebab tak bawa Little angel jenguk korang" serak suara Sofea. Terbayang wajah cantik dan ceria sang sahabat, suara merdu milik Lashiera bagai berbisik halus di telinganya.

"Sofea..kalau ada apa-apa yang berlaku pada aku..Aku minta tolong pada kau untuk jaga dan sayang anak aku macam mana aku sayang pada kau dan Farhad. Aku amanah kan kau untuk jaga anak aku. Semua yang aku usahakan dulu aku serahkan pada kau dan yang lain,"

Dia menghela nafas berat. Amanah dari arwah sahabatnya perlu dilakukan. Dia dah janji pada sahabatnya.

"Aku akan pegang janji aku pada kau Shiera,"Suara serak Sofea jelas terdengar oleh Eijaz dan Farhad. Eijaz mengenggam lembut tangan isterinya memberikan kekuatan.

"Adik..Abang dah tunaikan janji abang pada adik untuk besarkan Little angel kita dengan penuh kasih sayang. Abang harap adik dan adik ipar abang ni bahagia dekat sana.."Perlahan sahaja suara Eijaz ketika itu.

"Papa Arsh..Mama Dhia..Farhad dah janji akan jaga adik Farhad sampai Farhad besar. Adik adalah keutamaan Farhad sekarang. Siapapun yang sakitkan hati adik Farhad akan hukum dia. Bagi Farhad menyakitkan hati adik sama saja dengan menyakiti diri Farhad..Farhad sayang mama Dhia..Papa Arsh."Ujar Farhad dengan tenang. Rasa sebak mengusai dirinya..perlahan-lahan air matanya mengalir membasahi pipinya.

20 tahun kemudian

"Irdina..Irdina..Bangun sayang dah subuh ni..Little angel masih nak tidur ke?"lembut suara Sofea membangunkan anak gadis itu yang masih lena dibuai mimpi.

"Kenapa ni mama?"soal Farhad yang sudah berpakaian kemas. Kemeja berwarna putih yang dilipat sehingga ke siku dan kain sarung terlilit elok dipingang lelaki itu. Titisan air dari rambutnya menunjukkan dia baru sahaja mengambil air wudhu.

"Adik belum bangun lagi..Dari tadi mama kejutkan"ucap Sofea dengan lembut.

"Tak apa biar Farhad yang kejutkan adik..Mama pergi lah bersiap nanti mama lambat pula..Papa dah tunggu dekat bawa,"lembut suara Farhad.

Dia masuk ke dalam bilik air. Gayung yang berisi setengah air di bawa mendekati katil adiknya. Dia membaca ayat kursi lalu merenjis sedikit air ke arah wajah adiknya yang masih lena diulit mimpi.

Irdina mengerutkan dahi sebaik sahaja terkena renjisan air. Mata dicelik perlahan. Terkejut dia melihat kehadiran Farhad di dalam biliknya. Lelaki itu siap memegang gayung yang berisi air mulutnya terkumat-kamit membaca ayat Kursi.

"Ya Allah..Apa abang buat kat dalam bilik adik,"ucap Irdina perlahan. Wajahnya ditekup pada patung beruang miliknya. Malu pula bila dia dikejutkan oleh abangnya.

"Adik..Pergi mandi cepat. Mama dan papa dah tunggu adik kat bawah. Abang bagi masa pada adik selama 15 minit pastikan adik dah siap. Abang tak nak kita lambat pergi masjid,"Lembut suara Farhad namun terselit ketegasan sedikit.

"Ai ai ai..Captain Farhad..Sekarang captain kena keluar..Nanti adik lambat bersiap jangan salah kan adik,"Ujar Irdina sebelum ketawa halus terlepas dari mulutnya.

"Hmmm.."Farhad menggelengkan kepala. Walaupun adiknya itu sudah menjadi tunang orang namun perangai kebudak-budakan Irdina tak pernah hilang.Ada-ada sahaja perangai adiknya. Dia segera keluar dari bilik adiknya.

Kini Farhad berusia 23 tahun manakala Irdina berusia 20 tahun.Farhad memiliki personaliti yang sopan dan lembut manakala Irdina memilik personaliti yang menarik dan ceria.

Irdina merupakan seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Islam manakala Farhad seorang ustaz yang mengajar di Madrasah Al-Idrus.

The Poison Of Us(In Editing)Where stories live. Discover now