THE TRUTH (PART 1)

21 4 6
                                    

DI RUMAH
7.00 A.M

"ADRIAN JANGAN KAU LARI DARI AKU. AKU TAKKAN PERNAH LUPAKAN KAUU....." suara seorang lelaki yang tidak dikenali.

"Jangan...jangan...aku tak bersalah. Ini semua bukan salah akuuu" kata Adrian.

Kemudian Adrian terdengar suara seorang perempuan memanggil dia tetapi suara tersebut tidak jelas.

"Bang...bangun bang...bangunlah"
Suara seorang perempuan memanggilnya.

Lama kelamaan suara tersebut semakin jelas.

"BANG BANGUNNN" suara perempuan tersebut semakin jelas didengari.

"HAHH...YAAA" jawab Adrian dengan terkejut.

"Bang dah lambat ni nak pergi kerja. Bangun cepat" kata perempuan itu.

Rupa-rupanya Adrian hanya bermimpi. Suara wanita yang memanggilnya itu adalah isterinya sendiri iaitu Dahlia.

"Bang mimpi buruk lagi ke? Dah 3 hari berturut-turut ni. Tanak jumpa doktor ke?" Soal Dahlia.

"Eh abang okay je ni. Buat apa nak jumpa doktor kalau abang sendiri doktor" jawab Adrian.

Adrian adalah seorang doktor physiatrist yang bekerja di sebuah hospital swasta bernama Hospital Clover manakala isterinya Dahlia bekerja sebagai seorang akauntan.

*Physiatrist - doktor pakar yang membantu badan pesakit supaya berfungsi semula secara normal selepas trauma seperti strok atau pembedahan.

"Yelah, memang awak doktor tapi awak tu physiatrist. Maksud saya pergilah jumpa psychologist" kata Dahlia.

"Ha yelah, nanti abang gi jumpa.
Anak kita dah bangun ke?"

"Iya dia dah bangun. Saya kejutkan dia tadi. Ha pergi mandi nanti lewat pulak masuk kerja"

"Okay sayang. Love you"

"Love you too"

Selepas itu mereka pun bersiap-siap untuk pergi kerja. Anak mereka Erina berusia 8 tahun. Adrian dan Dahlia pergi ke tempat kerja menaiki kereta berlainan. Adrian dan Dahlia bergilir-gilir menghantar anak mereka pergi ke sekolah.

"Bye mommy. Hati- hati pergi kerja" kata Erina dengan suara yang comel.

"Iya sayang. Belajar rajin-rajin"

Kemudian, mereka pun keluar daripada rumah dan pergi ke tempat kerja. Sementara itu, Adrian akan menghantar Erina untuk pergi ke sekolah terlebih dahulu.

*****

DALAM KERETA

"Mommy dah bagi kan duit belanja tadi" soal Adrian.

"Iya dah Daddy" balas Erina.

"Good"

Tengah Adrian memandu kereta tiba-tiba seorang lelaki melintas di hadapan keretanya. Adrian pun memberhentikan keretanya secara terkejut.

"Ya Allah. Erina okay tak ni??" Soal Adrian dengan perasaan risau.

"Ha okay je Daddy" jawab Erina.

"Kejap eh Daddy keluar" Adrian pun keluar daripada keretanya dengan muka yang risau.

"Dik...dik okay tak ni. Ada pape tercedera ke?" Soal Adrian kepada budak lelaki itu.

Kemudian budak lelaki itu pun berpaling ke arah Adrian.

"Saya okay" kata budak lelaki itu dengan suara yang perlahan.

"Betul ke ni? Kejap tunggu saya call ambulans" kata Adria.

GHOST STORIES: Shhh...Where stories live. Discover now