Bab 1 Helanguria

29 1 0
                                        

   Susana malam yang riuh rendah di Istana Helanguria apabila mereka telah diserang oleh pihak musuh yang tidak diketahui, tentera diraja seolah-olah berlawan dengan bayang-bayang mereka sendiri. Semua di dalam istana telah dibunuh dengan tragis sekali, tiada seorang pun yang masih bernyawa.

   "Kita pergi serang kediaman panglima perang pula" ujar Lang Hetam iaitu ketua pemberontakkan yang sedang berlaku ini. Beliau merupakan pembunuh upahan yang sangat digeruni di Helanguria.

   Seramai seratus bala tentera berpakaian serba hitam mula menuju ke kediaman Jeneral Bahamin.

"Sayang, mari kita larikan diri cepat" bisik isteri panglima perang itu apabila burung helang miliknya membisikkan sesuatu. Tanpa berfikir panjang, Jeneral Bahamin turuti kata-kata isterinya kerana dia juga percaya pada burung peliharaan isterinya.

"Mereka dah dekat!" ujar isteri beliau sambil mengambil empat anak lelaki mereka ke pintu belakang kediaman dan mereka berlari ke hutan belakang  bersama 25 orang tentera pengawal kediaman mereka.

"Tu kapal lanun yang disita semalam, kita naik kapal tu dulu" ujar Jeneral Bahamin apabila mereka tiba di jeti Helanguria.

"Cis! Mereka dah lari, tak guna!" ujar Lang Hetam dengan nada yang marah sambil mengambil obor api dan membakar kediaman panglima perang diraja Helanguria.

"Jom kita ambil alih kerajaan Helanguria dulu, keluarga ini akan aku buru sampai dapat" ujar Lang Hetam kepada bala tenteranya.

  Kini negara Helanguria telah menjadi huru hara kerana tiada pentadbiran dan Lang Hetam membiarkan rakyat membuat sesuka hati kerana misi beliau ingin mendapatkan keluarga panglima perang. Rakyat berpendapat Lang Hetam berdendam dengan Jeneral Bahamin dan keluarga diraja.

"Kita nak ke mana ni ayah?" ujar anak sulung Jeneral Bahamin yang berumur 16 tahun yang agak keliru apa yang berlaku kepada mereka.

"Ayah nak teroka tempat baru, di seberang sana ada sebuah pulau yang terbiar, kita akan menetap di sana selepas ni" ujar Jeneral Bahamin sambil memberi senyuman kepada isterinya merangkap Leftenan Jeneral diraja Helanguria.

"Tu Lang dah balik!" jerit anak kedua Jeneral Bahamin pula yang melihat burung helang peliharaan ibu mereka kembali dari pulau terbiar itu.

"Keadaan pulau tu selamat" ujar Leftenan Jeneral Izzara kepada suaminya apabila burung peliharaannya membisikkan di telinga isteri Jeneral Bahamin.

   Kapal mereka pun berlabuh di pantai pulau tersebut dan tentera-tentera pengawal mereka diarahkan pergi meninjau seluruh pulau ini dan mencari sumber makanan serta sumber-sumber yang boleh untuk membina kampung untuk mereka mendiami.

Warisan Empayar: 4 Bersaudara (Imperial Legacy: 4 Brother's)Stories to obsess over. Discover now