WWW.DIE.COM(Part 1)

30 5 5
                                    

DALAM KELAS

7.30 A.M

"Yanaaaa!!!" Jerit Yaya sambil berlari masuk ke dalam kelas pergi ke arah Yana.

"Ha kenapa kau ni terjerit-jerit" balas Yana.

"Ni ha poster pertandingan 'A day with me' dah keluar. Tempat pertama dapat Rm1500 tau. Jom kita join" kata Yaya kepada Yana.

"Wuuu macam menarik. Tapi aku rasa lagi ramai join lagi meriah" balas Yana

"Hmmm sape lagi nak join kita?"

"Assalamualaikum guys and good morning!!!" Ucap Qash dan Amz kepada mereka berdua.

"Waalaikumsalam. Ha! Good timing korang sampai. Guys jom join pertandingan ni. Tempat pertama dapat Rm1500 tau" kata Yaya kepada Qash dan Amz.

"Wuish tanak aku. Aku ni dahlah pemalu. Nak suruh join benda-benda macam ni pulak. Tanak aku" kata Qash kepada mereka berdua.

"Alahh bukan selalu do kita ada peluang macam ni. Sape nak bagi kita Rm1500 do just untuk buat video" balas Yaya kepada Qash.

"Betul tu Qash. Jumlah join. Bukan selalu kita join pertandingan macam ni. Kalau ada rezeki menang lah kita" kata Amz.

"Haish yelah-yelah aku join"

"So kita nak buat video apa ni?" Soal Yana kepada ahli kumpulaannya.

"Ha aku dah ada idea nak buat apa. Apa kata kita buat video record diri sendiri dari pagi nak pergi ke sekolah sampailah malam. So video ni macam 24 hours with me lah. Ha macam mana. Okay tak idea ni?" Kata Yaya kepada ahli kumpulannya.

"Ha aku okay je" jawab Qash.

"Aku pun okay" kata Amz.

"Wah setuju-setuju. Nampak menarik" balas Yana.

"Kalau macam tu. Esok petang lepas habis waktu sekolah kita kumpul sesama okay? Any soalan boleh bincang dalam group kita" Kata Yaya kepada mereka bertiga.

"Okayyy" jawab mereka bertiga.

*****

DI RUMAH YANA

10.00 P.M

Sedang Yana bersiap sedia untuk tidur, tiba-tiba notification telefon Yana berbunyi.

"Ting" Bunyi mesej masuk.

"Hurm sape chat ni?" Soal Yana yang berada di atas katil sambil menghulurkan tangannya untuk mengambil fon di atas meja.

"Ouh ada orang send email rupanya" kata Yana di dalam hati.

Kemudian, tanpa berfikir panjang Yana pun segera membuka emailnya. Setelah dia membuka email tersebut, terdapat sebuah link website yang tertulis www.die.com dihantar kepadanya.

"Eh ape benda pulak website ni" kata Yana di dalam hatinya sambil merasa curious.

Ketika Yana melihat telefonnya, tiba-tiba ada suara yang halus berbisik di sebelah telinga kanannya.

"Buka cepat!" kata suara yang berbisik itu.

Yana pun menoleh ke sebelah kanannya sambil terkejut. Dengan mukanya yang terpinga pinga dan takut, dia terus menutup telefonnya. Dia terus baring di atas katil, menarik selimutnya dan terus tidur kerana tidak mahu memikirkan hal tadi.

*****

DI SEKOLAH

8.00 AM

"Hye good morning semua" kata Qash kepada semua rakan kelasnya.

GHOST STORIES: Shhh...Where stories live. Discover now