AIREEN ANDIKA | 02

211 18 4
                                    

Encik Affan menatap Puan Mariam yang berada di belakang pada cermin pandang belakang. Kening terjungkit sedikit sebelum dia menoleh memandang anaknya disebelah.

"Aireen." Aireen diam tidak menjawab. Dia hanya merenung jalan raya yang gelap itu.

Mereka baru sahaja pulang dari rumah keluarga Aireen untuk mengambil semua barang milik gadis itu.

"Mulai hari ini, aku haramkan kau jejak kaki dekat rumah ni."

Aireen menyeka lembut air matanya, ayat yang diungkapkan oleh ibunya itu benar-benar membuat dia sedih.

Ayah dan ibunya betul-betul telah membuang dirinya.

"Aireen okay?" Aireen mengangguk perlahan. Dia memusingkan kepala memandang Puan Mariam.

"Aireen minta maaf atas apa yang dah jadi. Aireen minta maaf kalau kehadiran Aireen ni akan menyusahkan semua orang." Aireen berkata dengan suara seraknya.

Mata tepat memandang Puan Mariam disebelahnya.

"Encik Andika, Tuan dan Puan tak perlu susahkan diri untuk jaga Aireen. Aireen boleh jaga diri sendiri." Ujar Aireen lagi.

"Awak dah jadi tanggungjawab saya, Aireen." Ujar Andika lembut. Walaupun semua ini bukan kehendaknya, namun dia perlu melaluinya. Lagi pula dia kesian kepada Aireen selepas melihat apa yang telah kedua orang tuanya lakukan terhadapnya.

"Kita dah jadi keluarga, Aireen. Jadi jangan fikir yang Aireen dah susahkan kami. Keluarga kena tolong keluarga kan." Terus berkaca mata Aireen tatkala mendengar ayat itu.

Kenapa mereka semua terlalu baik terhadapnya. Orang yang baru sahaja mereka kenal beberapa jam yang lalu.

Sedangkan ibu bapa kandungnya sendiri tidak pernah melayan dirinya baik seperti itu.

"Kenapa semua layan Aireen baik macam ni?" Soal Aireen. Sedikit tersentuh dengan layanan keluarga itu.

"Kami tak kenal Aireen, tapi kami yakin Aireen budak baik." Jawab Puan Mariam. Kepala Aireen yang dibaluti selendang hitam diusap lembut.

Badan kecil itu ditarik masuk ke dalam pelukannya. Belakang badan Aireen diusap sayang.

"Lupakan apa yang jadi tadi, lupakan apa yang diorang cakap. Mama tak nak tengok Aireen sedih dah." Aireen menyembamkan wajahnya pada bahu wanita itu. Air matanya makin laju mengalir.

"Janji dengan mama, papa dan Andika yang Aireen akan senyum je selalu." Aireen menggeleng. Dia tidak mampu.

Sepanjang hidupnya, hanya dipenuhi air mata. Dia hanya tahu menangis sehingga lupa apa itu bahagia.

"Aireen cuba ya sayang. Mama tahu Aireen boleh."

"Ni bilik kita

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ni bilik kita. Awak okay ke kalau kita kongsi katil?" Aireen menatap kekok Andika dihadapannya. Kepala diangguk perlahan.

"Saya tahu benda ni tiba-tiba dan mungkin kita berdua tak bersedia lagi. Tapi kita dah jadi suami isteri yang sah. Berdosa kalau kita berdua tidur asing." Ujar Andika perlahan.

Dia melabuhkan punggung pada birai katil. Butang baju dibuka sebelum bajunya dicabut dari tubuh. Kepala diangkat memandang Aireen yang masih tercegat di hadapan pintu.

"Aireen, sini." Andika menepuk tempat disebelahnya, menggamit Aireen agar duduk di situ.

Aireen teragak-agak ingin mendekati suaminya. Kaki perlahan-lahan melangkah membuatkan Andika mengeluh perlahan sebelum dia sendiri bangun dan menarik tangan halus itu duduk disitu.

"Encik nak apa?" Soal suara lembut itu. Kepala ditunduk, tidak berani menatap wajah lelaki itu.

"Saya nak berkenalan dengan awak, tapi dah malam sangat, awak pun mesti dah penat kan." Andika bersuara. Dia merenung sahaja isterinya itu dari sisi.

"Tu tandas. Pergi mandi. Lepastu rehat lah. Esok kita berbual lagi."

"Dan lagi satu, jangan panggil saya encik. Saya dah jadi suami awak." Aireen angguk perlahan mendengar arahan. Dia mengangkat kepala memandang Andika yang dekat dengan dirinya.

"Boleh Aireen tanya?" Soal Aireen teragak-agak dan mendapat anggukan dari suaminya. Dia merenung lama wajah kacak Andika.

"Andika memang sentuh Aireen ke?" Soal Aireen perlahan. Wajah yang berona merah itu ditahan. Agak malu dengan soalan yang dilontarkan olehnya itu.

"Agak susah untuk saya mengaku benda tu. Tapi kita dua-dua nampak ada darah dekat cadar tu. And Aireen sendiri yang cakap yang tempat tu sakit." Ujar Andika lancar. Langsung tidak bertapis membuatkan gadis itu mengangguk perlahan.

"Semua yang jadi di luar jangkaan, Aireen. Tapi saya dah janji kan yang saya akan bertanggungjawab." Ujar Andika.

"Anggap semua ini takdir untuk kita."

"Kalau Aireen mengandung, macam mana?" Andika diam seketika. Dia menatap wajah gusar Aireen sebelum tersenyum. Kepala gadis itu diusap lembut.

"Macam yang saya cakap, saya akan bertanggungjawab atas apa yang jadi."

"Kenapa senang sangat Andika terima Aireen." Soal Aireen tidak faham. Mereka langsung tidak kenal, bercinta apa tah lagi. Tapi bagaimana Andika boleh menerimanya dengan senang.

"Macam mana papa dan mama boleh terima Aireen, macam tu lah juga saya. Dan saya anggap semua ni ujian untuk saya dan Aireen."

"Terima kasih. Sebab layan Aireen baik walaupun kita baru kenal." Tergamam Andika tatkala melihat senyuman manis gadis itu. Untuk pertama kali. Sangat cantik.

Dia menunduk memandang tangan Aireen yang dihulur kepadanya.

"Apa ni?"

"Aireen cuma nak salam. Selalu orang lepas kahwin akan salam suami dia, tapi tadi kita tak buat." Andika senyum nipis. Tangannya menyambut huluran tangan Aireen.

Gadis itu tunduk untuk mencium tangan kasar milik suaminya. Kepala gadis itu dipegang lembut oleh Andika.

"Saya minta maaf sebab kita kena kahwin koboi. Tak ada cincin semua. Tapi saya janji nanti kita buat majlis untuk perkahwinan kita." Andika berkata. Tangan masih menggenggam tangan halus itu.

"Lagipun benda ni untuk elak fitnah juga."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cinta Kiriman Tuhan Where stories live. Discover now