Bab 28

30 3 1
                                    

Selepas kejadian semalam, di mana mereka menangis bersama-sama. Cristy menjadi kekok untuk bersua muka dengan Dez. Jam dah menginjak pukul sembilan pagi dan dia tak ada niat nak turun bawah.

Tok! Tok! Tok!

"Madam, open the door please. You need to let me talk to you." Pinta suara garau yang tidak dikenalinya.

"Siapa?" Sahut Cristy mengigil takut.

"Anak buah Dez, Adam."

Cristy kerut dahi. Nama itu rasanya familiar dengan mesej yang dia baca semalam.

Aku Adam selaku anak buah Dez. Aku terpaksa hack telefon Tuan Dez atas sebab tertentu.

Oh? Yang ini!

Cristy beranikan diri buka pintu keluar dari bilik. Dia berdehem kecil menatap lelaki di depannya.

"Kenapa datang sini?"

Adam angkat alis. Selanjutnya dia angkat kaki turun ke dapur tanpa menjawab soalan dari Cristy.

"Mana Dez?" Soal Cristy aneh apabila manusia pertama yang dia bertemu muka di awal pagi ini adalah Adam. Kenapa tidak Dez bukan?

Langkah kaki Adam diekori sehingga mereka betul-betul ada di dapur.

"Dez terpaksa ke Italy atas sebab tertentu. Mungkin beberapa hari ke depan baru balik Malaysia."

Adam melabuhkan duduk di atas kerusi dapur diikuti Cristy di depannya.

"Dez memang tak kasihan dekat diri sendiri ke? Sakit macam tu pun nak pergi Italy?" Soal Cristy kasar terselit caring dari lantunan suara itu.

Walaupun sedang marah, tetap masakan yang sudah siap tersedia itu dijamahnya.

"Asal pulak kau nak emosi ni?"

Kunyahan Cristy makin perlahan. Dia menatap tajam lelaki di depannya itu. Macam tadi, lelaki itu angkat alis saja seperti bertanya, 'Kenapa?'.

"Apa penyebab utama Dez pergi sana?"

"Aku explain dekat kau pun, kau takkan faham."

Cristy buat muka menyampah. Makanan dihabisi nya sehingga licin. Usai siap makan, Cristy kemas apa yang patut di atas meja.

"Siapa masak?"

"Suami kau."

Cristy angguk. Air mineral di dalam peti sejuk diambilnya lalu diminum dengan bibir tersenyum.

'Dia still ingat dekat aku kan?' monolog Cristy sendiri.

"Dez cakap dekat aku, satu hari nanti kalau kau jadi milik dia. Dia akan tinggalkan dunia Mafia tapi disebabkan Dev, Dez masih tersekat dengan title Mafia nya. Dev setiap hari nak serang Dez. Dez selalu mengalah, sebab dia dah takde siapa dalam dunia ni selain Dev." Adam mula bercerita.

Cristy tersedak air liur. Mereka adik-beradik tapi mengapa Dev berdendam? Apa yang terjadi sebenarnya?

"Mana family yang lain?"

"Mereka dah meninggal dunia kerana beberapa kumpulan mafia bersepakat menyerbu rumah keluarga Dez. Dez dan Dev terselamat atas sebab ketika itu mereka ada latihan penerbangan." Jelas Adam panjang.

Kedua bahu Cristy mengendur turun, turut merasa sedih dengan cerita keluarga Dez.

"Dez ceritakan semuanya dekat awak?"

"Boleh dikatakan, semua mengenai Dez, aku tahu." Ungkap Adam memasukkan kedua tangannya ke dalam poket.

"Maksudnya, awak tahu jugak di mana Krystal sekarang?"

"Tahu." Balas Adam ringkas dan padat.

Cristy mengemam bibirnya. Dia menatap tunak anak mata Adam seakan meminta dari lelaki itu agar bawanya bertemu Krystal.

"Aku tahu di mana Krystal berada tapi aku tak boleh bawak kau jumpa dia sebab yang pegang kunci adalah Dez bukannya aku." Jujur Adam tanpa bersembunyi langsung.

"Sebelum kau nak fikir bukan-bukan, aku akan bagitau kau dulu apa yang terjadi. Krystal diculik selepas kau hilang. Sebab utama Dez culik demi nak balas dendam. Itu aje. Sampai sekarang dia tak lepaskan Krystal. Mungkin selamanya dia akan biarkan Krystal dalam basement tu." Tambah Adam lagi.

Sayangnya, cerita Adam disalah ertikan oleh Cristy sehingga bibir itu mengukir senyum sinis.

"Mungkin Dez masih cintakan Krystal kan? Siapa aje tak suka orang cantik macam Krystal berbanding orang buta macam saya kan?" Tempelak Cristy sinis.

"Apa maksud kau?" Soal Adam kebingungan.

"Maksud saya, Dez masih sayangkan Krystal kan?" Teka Cristy tanpa apa-apa bukti.

"Dez dah tak sayangkan Krystal. Hati dia untuk kau aje. Semenjak kejadian dulu, Dez dah buang Krystal selama-lamanya dalam hidup dia. Apa guna dia cari kau sekarang kalau betul dia masih cintakan Krystal?"

"Betul ke?" Tanya Cristy masih was-was.

Adam angkat bahu.

"Dahlah kau, malas aku bercakap dengan kau. Disebabkan kau, perut aku dah lapar. Banyak masalah bila cakap dengan kau. Salah satunya, kau tak nak percaya. Yang kedua, kau memang tak nak percaya. Asyik nak menangkan diri kau aje. Macamlah kau kenal sangat si Dez tu." Bebel Adam tapi tidak habis sampai di situ. Gatal aje bibir dia nak bebel lagi banyak untuk Cristy.

"Kau sepatutnya bersyukur orang kaya macam Dez cinta dekat kau! Ramai perempuan yang suka Dez tapi dia menolak atas sebab kau. Siap pakej, kalau perempuan cuba nak mengorat. Dia tunjuk cincin yang dia pakai and cakap 'I'm married'. Aku tak reka cerita eh? Kau tak percaya? Kau cubalah suruh kawan-kawan kau try mengorat dapat atau tak."

Hambik!

Panjang lebar bebel macam mak-mak. Cristy mengangguk. Sepertinya sedikit setuju dengan idea yang Adam bagi.

"Okay, boleh tahan." Komen Cristy jujur.

Adam selamba badak ambil nasi dalam periuk nasi. Lauk pauk pun tak terkecuali. Macam orang yang dah lama stay dalam rumah itu, dia makan sampai habis licin nasi. Cristy mampu menggeleng aje.

"Untuk harini, kau tak boleh pergi mana-mana. Dez arahkan aku untuk jaga kau dalam rumah ni. Kalau bosan, cakap je nak apa. Anak buah Dez yang lain boleh tolong belikan."

"Kenapa Dez buat sampai macam ni sekali?"

"Kau isteri dia. Tak salah kan? Lagipun dah lama Dez buat macam ni. Dari dulu lagi, Dez selalu awasi kau. Hari-hari Dez mintak update dari anak buah demi keselamatan kau. Kau aje tak tahu." Jawab Adam lancar.

"Kenapa Dez nak susahkan diri awasi saya? Saya bukannya baby." Tempelak Cristy seakan benci dengan keprihatinan itu.

"Dez anggap kau macam permaisuri tapi sayang, raja tetap takkan diterima oleh permaisuri. Kan?" Soal Adam selamba tapi mengapa ya, Cristy merasakan lelaki itu sedang mengejeknya?

Bibir itu juga sedikit tersungging senyum mengejek.

"Awak cuba untuk menaikkan kemarahan saya?" Adam tergelak kecil.

"Makan cili ke?" Cristy menggeleng

"Kalau tak makan cili, kenapa kau rasa pedas?" Cristy menggempal penumbuk geram.

Boleh tahan sakit jugak hati. Rasanya nak ditumbuk-tumbuk muka tampan itu. Bernasib baik dia masih waras untuk kekal berdiri tanpa buat apa-apa. Benci sungguh dekat lelaki bernama Adam ni. Huh!

"Rileklah, kau tak perlu marah pun kalau apa yang aku cakap tak betul. Kau tak payahlah jadi permaisuri Dez. Kau tak layak! Lagipun, kau bukannya suka Dez kan?" Seakan menambah taburan lada, Cristy merasa sakit untuk kali kedua.

"Saya tak ada cakap saya tak suka Dez." Akui Cristy satu nafas.

"Ouh? Jadi kau suka Dez?"

Ops! Terperangkap!

Adam kemam rapat bibirnya menahan ketawa. Muka Cristy terlihat semburat merah kerana malu. Belumpun menjawab soalan dari Adam, Cristy dah melarikan diri ke tingkat atas. Tergeleng kepala Adam.

'Itulah, bila cinta tak nak mengaku. Sekarang kan dah terkantoi suka.'

The Dez (COMPLETE) ✅Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum