sungguh dia berasa gembira ketika itu. sudah lama dia menantikan saat ini sejak 6 tahun yang lalu. waktu itu, dia masih berumur 17 tahun.

"wah, dah semua orang nak kahwin. aku bila lagi?" sampuk Iman.

gadis itu serta - merta merebahkan tubuhnya keatas lantai. siling berwarna putih polos itu dipandang kosong.

"aku ini lagilah. bercinta pun tak pernah." gumam Marissa. kini gadis itu turut berbaring disamping Iman.

sontak semua mata tertumpu kearah Marissa. wajah tidak puas hati diberikan kepada gadis berambut paras bahu itu.

"apa?" soal Marissa bingung.

"kau itu dah sepuluh kali bercinta, sepuluh kali putus. apa yang tak pernah bercintanya?" suara Dayana kedengaran tidak puas hati.

"munafik betul akak Siti kita ini, ya." ujar Dianah pula.

"Marissa dah boleh join Fariesha left group. munafik semua ini." ujar Irisy tidak puas hati.

Fariesha merupakan salah seorang housemate mereka. terdapat beberapa perkara yang berlaku diantara mereka sehinggakan gadis itu memilih untuk keluar.

namun, kehilangan gadis itu langsung tidak mengusik kelima - lima mereka. malahan mereka lebih selesa menjalani hari - hari tanpa adanya gadis itu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

LANGKAHNYA DIATUR keluar daripada pintu utama fakulti kesihatan. senyuman kecil terukir pada Dayana.

Ziyad sudah pun menunggunya diluar. tidak perlulah dia berpanas untuk berdiri sementara menunggu ketibaan lelaki itu.

langkahnya diatur laju kearah kereta Ziyad. namun pergelangan tangannya direntap kasar daripada belakang. terdorong sedikit tubuh Dayana itu.

Dayana menoleh. si pelaku dipandang tajam olehnya, "apa kau nak Naira?"

"oh, aku tak mahu apa - apa. cuma mahu bertanya tentang lelaki yang disana itu." ujar Naira. jarinya ditundingkan kearah Ziyad.

"apa yang kau nak tanya? aku perlu cepat." dalih Dayana.

"apa hubungan kau dengan dia? dia abang kau? semalam aku terdengar kau memanggilnya, abang." soal Naira terus. tiada tapis - tapis.

"dia──"

"sayang, lama lagi ke? kata nak pergi fitting baju kahwin." sapa satu suara garau.

serentak dengan itu, kesemua mata mula tertumpu kepada lelaki yang berdiri dibelakang Dayana. dapat dilihat wajah cuak Naira apabila lelaki itu tiba disitu.

entah sejak bila Ziyad berjalan menghampiri mereka pun dia tidak tahu.

"oh, ha. dah selesai dah. kita berbual di lain masa ya, Naira?" ujar Dayana. gadis itu menundukkan sedikit tubuhnya sebelum dia mengundurkan diri.

Ziyad terlebih dahulu berjalan sebelum Dayana. gadis itu sempat menoleh kearah Naira. wajah cemberut gadis itu dipandang senang.

terhegeh - hegeh. macamlah Ziyad itu mahukan kau. kelutuk hatinya.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ GADIS ITU membelek - belek telefon pintar yang berada ditangannya. Ziyad pula sudah pun masuk ke dalam ruangan ganti pakaian.

dia sebenarnya malas mahu mencuba baju kahwin hari ini. akan tetapi Puan Aida beria - ia meminta kedua - dua mereka pergi mencuba baju kahwin.

bunyi derapan kaki menerjah telinga Dayana. terus wajahnya diangkat buat melihat wajah Ziyad. lelaki itu sudah pun berdiri dihadapan Dayana.

senyuman kecil terukir pada wajah Dayana. lelaki itu sentiasa kelihatan kacak. bila aja Ziyad tidak kacak? setiap masa lelaki itu kacak dan bergaya.

"okay tak? ke saya nampak pelik? kenapa awak pandang saya macam itu? saya nampak tak bagus ke? Dayanaaa." soal Ziyad bertalu - talu.

lama sangat Dayana tenungnya. buruk sangat ke dia apabila mengenakan suit?

"tak adalah. kau nampak bagus dengan suit." jujur Dayana. segaris senyuman dikuntumkan buat Ziyad.

"betul ini? awak cakap betul betul betul. nanti ada yang saya kena gelak dengan abang Aidan dan Abang Raiz." lirih Ziyad.

"iyaa, kau nampak bagus. beranilah Aidan dengan Raiz itu mahu gelakkan kau."

"baguslah kalau macam itu. saya nak pergi tukar baju semula. kejap lagi, awak pula pergi fitting baju."

Dayana mengangguk. selepas sahaja menerima kebenaran untuk mengundur semula ke dalam fitting room, Ziyad terus melangkah pergi.

gadis itu kembali duduk berseorangan disitu. telefon pintarnya kembali dikeluarkan. masih berbaki dua minggu lagi.

tipulah kalau dia tidak gugup dan takut.

kalau boleh diundurkan semula masa, dia tidak mahu menyebut nama Ziyad dalam pertelingkahan dia dan mama.

dia hanya terbawa emosi dan kini, emosinya memakan diri semula.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

ᶻ 𝗓 𐰁 : jae kebuntuan, help  ; — ;

Bintangku जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें