AuryHavern

41 4 2
                                    

Havern seorang yang dilahirkan dengan penuh kekurangan di dalam diri. Namun, disebalik kekurangan tersebut, dia amat bersyukur walaupun terpaksa hadap segala cacian dan makian orang sekeliling.

"Havern anak umi yang baik. Anak umi yang kuat. Tiada cacat cela pun yang boleh menutupi anak umi yang sempurna di mata umi." Kata uminya.

Itulah yang sering dikatakan oleh uminya sewaktu dia masih kecil. Namun, selepas uminya meninggal dunia, dia telah hilang sumber kekuatan tersebut. Dia cuba untuk menjadi manusia yang kuat dalam kehidupan.

"Havern, ada seorang perempuan ni, dia nak belajar warna batik. Tapi kita kekurangan staff. Boleh tak awak tolong ajar dia?" Kata seorang lelaki yang memakai apron.

"Eh? Kenapa Havern? Kak Iara kan ada?" Katanya dengan riak wajah terkejut.

Lelaki tersebut hanya tersenyum dengan riak wajah Havern. Bukannya dia tidak tahu yang sebenarnya dia segan nak berjumpa dengan orang.

"Mana lah nak tau. Cuba Havern tanya dia." Havern mengeluh kecil. Dia bukannya tidak mahu tetapi dia malu.

Malu nak berhadapan dengan sesiapa disebabkan kondisi dia yang tidak sempurna sifatnya. Takut dipandang hina oleh mereka.

"Ala Encik Nan, Havern segan ni. Encik Nan teman Havern eh?" Pintanya seperti anak kecil.

Lelaki yang dipanggil Encik Nan itu hanya mengangguk sahaja dengan permintaan Havern. Melayan keranahnya yang seperti anak kecil.

Setibanya mereka di tempat mewarna batik, mereka di sapa oleh seorang gadis yang manis wajahnya dengan senyuman. Havern tergamam sebentar apabila melihat gadis tersebut.

"Cik, ini orang yang akan menguruskan cik pada hari ini. Dia orang kami yang paling kreatif." Terang Encik Nan kepada gadis tersebut.

"Hi! Saya Auryshah Maisarah. Selamat berkenalan." Sapa gadis tersebut.

Havern tersipu malu apabila mendengarkan suara gadis tersebut. Dia menjadi 'insecure' tentang diri sendiri. Gadis itu sempurna manakala dia tidak sempurna sifatnya.

Ya, dia dilahirkan sebagai orang kurang upaya dari segi fizikal. Jadi disebabkan itu dia kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang melainkan ada yang menemani dirinya.

Namun, dia minat terhadap seni. Dan dia tidak nampak itu sebagai penghalang untuknya menjadi seorang pelukis batik.

"H... Hai. Saya Havern Isaac. Orang yang akan membantu awak untuk bengkel hari ni." Katanya dengan gugup.

Auryshah tersenyum. Dia sudah buat kajian mengenai kedai batik tersebut. Dan dia juga ingin mempelajari batik dengan Havern dan bukannya dengan orang lain. Jadi niat dia sudah tercapai.

"Uh, jom kita ke bilik cantingan batik dulu. Dekat situ saya akan ajar awak cara untuk canting batik kemudian baru warna batik." Katanya lagi.

Auryshah hanya mengganguk dan mengikuti langkah Havern ke bilik tersebut. Encik Nan hanya tersenyum sahaja apa bila melihat kerenah Havern. Dia tahu Havern sebenarnya segan. Namun itulah yang terbaik buat dirinya.

Setibanya mereka di bilik cantingan, Auryshah kagum dengan apa yang dilihatnya. Bilik tersebut tidak mempunyai apa-apa tapi yang ada hanyalah meja yang berukuran sederhana rendah sahaja.

"Maaflah, ini cara saya mencanting batik. Saya tak boleh nak berdiri jadi hanya ada meja sahaja." Auryshah kagum.

Dia melihat Havern sebagai inspirasi dia. Walaupun bekerja menggunakan kerusi roda, namun dia dapat merasakan aura yang positif di dalam diri jejaka tersebut.

Dia sendiri tidak menyangka sebenarnya yang dia bakal mempelajari batik dari orang seperti Havern. Seorang yang mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi.

"Saya kagum dengan encik." Pujiannya membuatkan Havern tersipu malu. Dia pernah mendapat pujian sebegini tapi dari kalangan pekerja sahaja.

"Saya ni biasa je orangnya. Hasil pun biasa. Yang menjadikan benda tu luar biasa ialah kesabaran yang ada dalam diri." Hujah Havern.

Havern merendah diri. Dia sedar dia hanyalah insan biasa yang mempunyai kekurangan diri. Namun, Auryshah berfikir sebaliknya. Dia berpendapat bahawa Havern Isaac merupakan seorang yang hebat walaupun dengan keadaan dirinya itu.

"Awak sebenarnya orang hebat. Sebab awak tak mengeluh pun dengan kekurangan yang awak ada. Malah awak gunakan kekurangan awak tu sebagai satu semangat dalam meneruskan kehidupan." Kata Auryshah dengan nada yang kagum.

Havern terkedu dan terkesima. Sungguh, dia terharu dengan kata-kata gadis tersebut. Dia teringat dengan arwah uminya yang dulu selalu memberikan kata-kata semangat padanya.

"Awak, nak canting batik tak? Saya panaskan lilin dulu." Dia cuba mengubah topik. Tidak mahu mengenang masa lalu.

"Boleh! Nak saya tolong?" Kata gadis tersebut dengan senyuman di wajah.

Havern menggeleng dengan senyuman. Dia tahu niat gadis itu baik tapi cumanya dia sudah selesa buat semua benda sendiri.

Auryshah hanya memerhati segala benda yang dilakukan oleh Havern. Dari mencairkan lilin, sehinggalah menyediakan kain kanvas untuk batik.

Dia kagum dengan kesungguhan yang ditunjuk oleh Havern. Walaupun tiada tangan yang membantu, kakinya cekap dengan semua benda.

"Cik Aury nak cuba mencanting?" Pelawa jejaka tersebut.

"Boleh! Ada tema apa-apa ke untuk batik kita?" Havern menggelengkan kepalanya menidakkan.

Auryshah menangguk lalu memulaikan cantingan tersebut dalam keadaan duduk. Havern berasa kasihan melihatnya lalu meminta tolong Encik Nan untuk mengambilkan meja yang tinggi sedikit.

"Eh, saya ok je guna meja rendah. Teringin nak ikut cara Encik Havern yang unik ni. Selalu saya nampak yang berdiri je." Katanya dengan lemah lembut.

Havern dan Encik Nan berpandangan sesama sendiri. Tidak sangka bahawa ada yang sanggup merasai kepayahan yang dialami oleh Havern Isaac. Dan serta merta, air mata bertakung di kelopak mata jejaka tersebut.

"Kalau macam tu, saya akan ajar awak dengan segala kemampuan yang saya ada." Terbit senyuman di wajahnya.

Encik Nan turut tersenyum dan berbangga dengan apa yang dicapai oleh Havern. Kerana dia tahu bagaimana susahnya Havern dahulu untuk diterima dalam industri seni ini. Namun sekarang, semuanya mulai berubah.

Setelah beberapa jam mencanting di atas kanvas, akhirnya, Auryshah berjaya menyiapkann cantingan bersama Havern.

"Cantinya! Terima kasih awak ajar saya. Lepas ni kita kena warnakan pula kan?" Katanya seperti anak kecil.

Havern tersenyum apabila melihat kerenah Auryshah itu. Tidak tahu mengapa tetapi hatinya melonjak kegembiraan.

"Untuk mewarna pula, esok saya akan ajar awak. Pukul 9:00 pagi." Kata Havern menyebabkan Auryshah melonjak kegembiraan.

Havern tidak pernah rasa sebahagia ini. Sebelum ini dia takut untuk berhadapan dengan manusia namun entah mengapa dia kembali rasa seronok apabila becerita dan bercakap.

Itulah apa yang orang selalu kata. Kalau tidak mencuba mana nak tahu berjaya atau tidak. Dan tidak salah mencuba untuk mencari pengalaman yang baharu. Nampaknya, Havern belajar sesuatu yang baharu lagi.

Kehidupan hanyalah sementara. Jadi apa salahnya kalua berdamai dengan apa yang jadi dan tidak menyalahkan takdir.

Havern tersenyum dan pergi meninggalkan bengkelnya untuk dibuka semula keesokan harinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 13 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝓟𝓮𝓪𝓬𝓮 𝓤𝓹𝓸𝓷 𝓞𝓷 𝓨𝓸𝓾 [VSU]Where stories live. Discover now