𝐏𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆

16.3K 548 25
                                    

Trigerred warning!



。・゚゚・🧸


PRANG!

"Isyq! Ya Allah! Bawa bertenang Isyq! Jangan macam ni. Jangan lukakan diri sendiri." Tengku Iman melangkah penuh berhati-hati mendekati anak sulungnya itu. Air matanya juga menitis lebat melepasi pipi jatuh ke lantai.

Encik Iyad yang baru pulang bersama dua lagi anak lelakinya segera berlari masuk ke dapur bila telinganya menangkap bunyi hempasan kaca jatuh ke lantai.

"Kenapa ni?!" Silih berganti Encik Iyad memandang kaca kaca lut sinar itu dengan wajah mendung anak lelakinya.

"Mummy, daddy...tolong kembalikan Nur. Pulangkan tunang Isyq mummy. Isyq nak Nur mummy." Serpihan kaca yang sudah bertebaran sepah di atas lantai dipandang dengan mata berkaca.

"Mummy, Isyq tengah bermimpi ke mummy? Kalau ya, to-tolong sedarkan Isyq. Tolong sedarkan Isyq demi Nur. Nur tak apa-apa kan? Nur ada dengan Isyq? Isyq nak Nur..." Pipi kiri dan kanan ditampar kuat. Berulang-ulang kali tangannya melekat rapat pada pipi.

Hauzan dan Hulaif menunduk. Tidak sanggup melihat keadaan celaru yang melanda si abang sulung mereka.

Tengku Iman pegang lengan itu. Menghentikan tindakan yang sungguh menyakitkan hati seorang ibu. "Isyq..."

Anak lelakinya dipeluk erat.

"Nur selalu ada dengan Isyq. Forever with you son. Kita doakan semoga semuanya baik baik sahaja ya. Kita usaha sama sama untuk kembalikan tunang Isyq." Tengku Iman mengusap belakang tubuh kekar itu.

Encik Iyad mengarah dua lagi anak lelakinya untuk mengemas kesemua kaca yang berselerak di atas lantai. Isteri dan anak sulungnya itu dirapati.

Dua tubuh itu masuk ke dalam dakapan hangatnya. Melihat keadaan huru-hara insan yang selama ini kuat di hadapannya, air mata Encik Iyad juga jatuh menimpa bahu Harraz.

Kehidupan anak lelakinya jadi porak-peranda selepas insiden tragis itu berlaku. Semuanya sudah berubah.

"Isyq, daddy tahu Isyq kuat untuk ujian sebesar ini. Daddy, mummy, akan selalu ada di belakang Isyq. Everything take times Isyq." Encik Iyad mengemam bibir. Tak mampu untuk teruskan apa-apa lagi. Dia sebak.

Sakit anak lelakinya, sakit juga dia sebagai bapa yang melihatnya.

Harraz jatuh melorot. Terketap bibir menahan getaran tangisan. Dua mata terpejam rapat.

Sisi rambut dicengkam tak lepas. "Semua salah Isyq daddy...Isyq tak sepatutnya biarkan Nur pergi sendiri. Semuanya jadi terlalu pantas. Depan mata Isyq sendiri, I lost her. I lost her mummy."

"You're not Isyq. Isyq tak kehilangan Nur. Kita semua tak kehilangan Nur. Kita cuba sama-sama ya. Kita cuba pulihkan Nur. Kita bantu untuk kembalikan Nur yang dulu." Tengku Iman memujuk lembut.




















。・゚゚・🧸



"Kenapa dia tak mati! Argh!!!" gadis itu menumbuk dinding batu dengan buku lima yang sudah berdarah-darah. Tak cukup dengan itu, dia tikam pula tangan sendiri dengan gunting besi.

Tengku Naaifah menepis laju gunting besi di pegangan anak perempuannya. Berombak tak sekata dadanya menebar mata memandang darah merah pekat yang sudah mencemari dinding putih itu. Hanyir!

"Kau berambus! Berambuslah sial!" Leher Tengku Naaifah dicekik. Menjenggil tajam mata hitamnya.

"Le-lepaskan mu-mummy. Lepaskan mummy..."

"Argh!!! Hey perempuan! Kau pun patut matilah betina!" Belitan leher dilepaskan kasar.

Gunting yang jatuh terhempas di lantai mozek tadi diambil semula dan tanpa amaran, hujung mata gunting itu dibawa toreh ke seluruh wajahnya. Ditekan dalam pada daging pipi. Tarik ke bawah dan kemudian ditolak ke atas semula.

Tengku Naaifah kelu kata. Bangun dari lantai. Tangan kanan bergerak mahu menghalang.

"Kau berhenti! Jangan halang aku! Aku bunuh kau nanti!" Pisau di sebelah tangan lagi diangkat separa kepala Tengku Naaifah.

"Please stop." Terpejam-pejam mata sendiri. Tak sanggup melihat isi pipi muka yang hampir separuh terkeluar dari tempatnya.

Gadis itu tak mendengar kata. Air muka langsung tak menunjukkan yang dia sedang sakit sekarang.

"Kau memang pekak!"

PANG!

Tamparan gadis itu mencium kasar sisi wajah Tengku Naaifah.

Gunting dibaling ke dinding. Pisau ditekan pada leher Tengku Naaifah. Dalam hingga menitis dua tiga titik darah dari situ.

Gadis itu tersengih lebar. Depan bibir digigit hingga terkoyak kulit.

Tengku Naaifah teguk liur. Rasa payah sekali. Dia diam tak bergerak. Terlalu takut dek pandangan menyinis gadis itu.

Rambut hitam likat Tengku Naaifah dibelai turun naik. "Macam ni baru mummy aku!"

Sekali hentakan, Tengku Naaifah pengsan tak sedarkan diri. Ada darah yang mengalir keluar dari belakang kepala. Bertakung di lantai putih.

Gadis itu panik. Kaki menyepak tubuh kaku Tengku Naaifah.

"Bu-bukan aku yang buat. Bu-bukan aku!" Kepala digeleng-geleng. Pisau terlepas dari tangan.

Pintu bilik air ditendang lalu pili air dibuka segera. Tangan ditonyoh dengan sabun. Seluruh muka yang sudah bermandian dengan cecair merah dijirus dengan pancutan air hujan.

Keluar bilik air, laci bertingkat di penjuru dinding bilik tidurya dirapati. Satu keping mask muka berwarna hitam diambil dan disarung menutupi cacat cela di wajah sendiri.

Bagasi di bawah katil ditarik keluar. Berat. Semua sudah terisi dengan pakaian.

Passport merah di atas katil disumbat masuk ke dalam beg galasnya.

Dia harus lari. Dia tak boleh terus berada di sini.




















- I'm here guys -
don't forget to vote :)

SOULMATE [C]Where stories live. Discover now