Justin tersengih malu .

"Oh ye eh ? Mana lah aku tahu , lain kali cakap tu biar terus terang jangan berkias bagai ." Kata Justin .

Daniel memandang Justin .

"Kau masih sayangkan Syifa Justin ?" Tanya Daniel .

Justin terdiam seketika selepas mendengar pertanyaan daripada Daniel itu .

Daniel dan Arjuna memandang Justin , meminta jawapan .

Justin menghembuskan nafas berat .

"Ya , aku masih sayangkan dia sebab tu aku lepaskan dia ." Jawab Justin dengan tenang .

"Kenapa kau tak berterus-terang je dengan dia ?" Tanya Arjuna .

"Dah terlambat , dia dah jumpa penganti aku and dah siap jadi tunang orang dah pun ." Jawab Justin .

"Baru tunang , bukan bini lagi . Kau masih ada peluang ." Kata Arjuna selamba .

Justin memandang Arjuna .

"Apa perasaan kau kalau ada orang lain ambil Shazana dari kau ?" Tanya Justin .

"Memang aku cincang orang tu ." Jawab Arjuna .

"Kau faham kan apa yang aku cuba sampaikan ?" Tanya Justin .

"Ala , Justin . Situation kau ni lain ." Kata Arjuna .

"Apa yang lain ? Sama je lah . Dah lah , anggap je aku dengan dia tu memang tiada jodoh ." Kata Justin .

Daniel dan Arjuna hanya angkur dengan kata-kata Justin itu .

----------------------------------------------------------

Syifa kini berada di butik pengantin bersama dengan Rykarl .

Ya , Rykarl merupakan tunang kepada Syifa .

Mereka ingin mencuba pakaian pengantin yang telah di tempah oleh Puan Suraya untuk mereka .

Pekerja butik itu memberikan pakaian kepada mereka untuk mereka cuba .

( baju Syifa )

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


( baju Syifa )

( baju Syifa )

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
aku , kamu dan tuhan [ pjw ff ] Where stories live. Discover now