"Umi dengan walid tak ada , dia orang keluar . Abang Syafiq ada kat dalam bilik dia ." Jawab Syifa .

"Mika minta diri dulu lah , Anna jaga diri elok-elok kat rumah orang ni tau ." Pesan Arjuna .

Shazana mengangguk kepalanya .

"Drive elok-elok ." Pesan Shazana .

"Baik sayangku . Syifa , aku gerak dulu ." Arjuna meminta diri .

Syifa hanya mengangguk .

Kemudian Arjuna masuk ke dalam kereta dan memandu pergi dari situ .

"Jom lah kita ." Ajak Syifa .

Shazana mengangguk kemudian dia mengambil beg pakaiannya dan ikut Syifa masuk ke dalam .

"Kau plan nak duduk sini berapa lama Shazana ?" Tanya Syifa .

"Sampai aku kahwin dengan Arjuna ." Jawab Shazana dengan muka selambanya .

Syifa terkejut .

Eh minah ni , gatal betul ye .

"Bila plan nak kahwinnya ?" Tanya Syifa .

"Secepat yang mungkin ." Jawab Shazana .

Sekali lagi , Syifa terkejut .

"Kau ni , biar betul ?" Tanya Syifa .

Shazana memandang Syifa .

"Kau tengok muka aku ni , ada nampak macam aku tengah main-main ke ? Tak kan ." Kata Shazana .

"Wow , dapat makan nasi minyak ." Kata Syifa .

"Nasi minyak sape ?" Tanya Syafiq yang baru turun dari biliknya .

Syifa dan Shazana memandang Syafiq .

Syafiq memandang Shazana .

"Sejak bila beruk ni ada kat rumah kita dik ?" Tanya Syafiq .

Shazana memandang Syafiq tajam .

"Excuse me bro , muka aku yang cantik macam ni kau panggil beruk ? Kau ni rabun ke bang ?" Kata Shazana .

"Cantik celah mana ? Macam makcik kantin je aku tengok ." Balas Syafiq .

Shazana menjenggilkan matanya .

Eh mamat ni , ada juga yang aku ketuk kepala nanti .

Syifa sudah menggelengkan kepalanya sambil tertawa kecil .

Shazana memandang Syifa .

"Eh Syifa , abang kau ni ada masalah apa eh ? Masalah jiwa ke ?" Tanya Shazana .

Syifa hanya mengangkat bahunya .

"Tak , yang kau menyemak kat sini apa hal ? Dengan tak menutup auratnya , buat tambah dosa aku je astaghfirullah ." Kata Syafiq .

Shazana semakin geram .

"Ada aku suruh kau tengok aku ke ? Tak ada akan ? Ha , tak payahlah tengok aku kalau tak nak tambah dosa ." Balas Syifa .

"Dah kau menyemak kat sini macam mana aku tak tengok ?" Kata Syafiq kemudian dia berlalu pergi dari situ .

Shazana menarik nafas dalam-dalam sebelum dihembuskan kembali .

Sabar Shazana sabar .

Syifa tertawa kecil .

"Dah , jom kita naik atas ." Ajak Syifa .

"Jom lah , panas pulak kat bawah ni ." Kata Shazana .

Kemudian mereka naik ke atas bersama-sama .

-----------------------------------------------------------

Arjuna membuka pintu rumah mereka itu .

"Assalamualaikum ." Arjuna memberi salam .

"Waalaikumussalam ." Jawab Daniel dan Justin yang bermain chess di ruang tamu rumah mereka itu .

Arjuna melabuhkan punggungnya di atas sofa .

"Dah balik kau Arjuna ?" Tanya Daniel yang masih fokus bermain .

"Eh tak lah , aku baru nak keluar ni . Kau tak nampak ke ? Perli Arjuna .

Justin tertawa kecil .

Dia orang ni kalau tak bergaduh tak sah .

Arjuna melihat mereka bermain .

"Eh Justin , kau cakap kau ada hal nak cakap dengan kitaorang . Apa hal tu ?" Tanya Daniel .

Arjuna memandang Justin .

"Hal apa pulak ni ?" Tanya Arjuna .

Justin berhenti bermain .

Dia memandang Daniel dan Arjuna .

"Okay , macam ni . Papa Kevin ada datang jumpa aku haritu ." Kata Justin .

Daniel dan Arjuna mengerutkan dahi mereka .

"Kenapa papa Kevin datang jumpa kau ?" Tanya Daniel .

"Macam ni , kan Kevin satu-satunya anak dia and pewaris syarikat dia ." Jawab Justin .

Daniel dan Arjuna hanya fokus mendengar .

"So tujuan dia datang jumpa aku sebab dia nak minta aku ambik tempat Kevin sebagai pewaris syarikat dia tapi aku kan kena kerja kat syarikat bapaknya so sekarang ni korang je yang boleh tolong papa Kevin untuk jadi pewaris syarikat dia tu ." Terang Justin .

Daniel dan Arjuna mengangguk faham .

"Jadi sebab tu dia datang jumpa kau ?" Tanya Arjuna .

Justin hanya mengangguk .

"Tapi kitaorang tak tahu apa-apa pasal uruskan syarikat ." Kata Arjuna .

"Jangan risau , nanti korang akan di ajar ." Kata Justin .

"Baiklah kalau macam tu ." Kata Daniel .

Justin tersenyum kecil .

"Btw , korang ni plan nak kahwin bila ?" Tanya Justin .

Daniel dan Arjuna saling berpandangan .

"Aku dengan Dania dah bincang , kitaorang nak kahwin bulan depan ." Jawab Daniel .

Justin mengangguk faham .

Daniel memandang Arjuna .

"Kau Arjuna macam mana ? Jadi ke nak naik pelamin sekali dengan aku ?" Tanya Daniel .

Arjuna menggaru belakang lehernya .

"Nanti aku cakap dengan Anna . Kalau dia setuju , aku on je ." Jawab Arjuna .

"Ha , baguslah . Cepat sikit aku dapat anak buah kan ." Kata Justin , sedikit mengusik .

Daniel dan Arjuna memandang Justin .

"Kau bila lagi Justin ? Tak nak naik pelamin dengan kitaorang ?" Tanya Daniel .

Justin hanya tersenyum .

"Haah , kau dah cakap dengan Syifa ke pasal hal tu ?" Tanya Arjuna .

Justin hanya menggelengkan kepalanya .

"Nanti lah aku cakap , aku tak ready lagi ." Kata Justin .

aku , kamu dan tuhan [ pjw ff ] Where stories live. Discover now