PROLOG

337 22 2
                                    

Alunan bacaan Yassin kedengaran bergema di segenap ruang rumah ini. Ramai yang datang bagi menjalankan majlis tahlil malam ini. Pagi tadi telah selesai urusan pengebumian 2 jenazah pasangan suami isteri dan 1 jenazah seorang lelaki. Tangisan dan raungan yang cukup hening pagi tadi kini semakin reda.

Budak lelaki itu hanya termenung saja dengan wajah yang muram dan juga sisa air mata yang tidak dihapuskan. Dunianya terasa kosong. Walaupun keadaan sekarang ini bising tetapi didalam dunianya yang sunyi. Matanya hanya melihat fugira manusia manusia bergerak bercakap tetapi tiada suara.

Bingkai gambar ditangannya diperhatikan. Gambar sepasang suami isteri yang tersenyum manis seolah-olah memandang ke arahnya.

Dushh!! Dush!!

Bunyi tembakan malam tadi masih segar diingatan dan masih jelas kedengaran ditelingannya.

Dia menyaksikan bagaimana ayah dan bondanya di tembak dihadapan matanya.

Ingin dia menolong tetapi khudrat budak lelaki umur 5 tahun tidaklah kuat. Dia hanya mampu menyorokkan diri dan menyaksikana saja kejadian itu.

Dia tidak pasti siapa pembunuh ayah dan bondanya. Yang hanya dia sempat lihat pada tubuh pembunuh itu yalah ada sebuah lukisan naga yang mengelilingi pergelangan tangan kiri lelaki tersebut.

Dia bangun dari duduknya lalu berjalan menaiki tangga. Dia ingin berehat. Tenangkan diri.

Sedang ingin menuju ke arah biliknya dia terlihat cahaya lampu yang terang menerusi pintu bilik tokma nya. Mungkin TokMa ada di dalam?

Terus saja dia menggerakkan kakinya ke bilik TokMa. Sampai saja di pintu bilik TokMa langkah kakinya terhenti apabila mendengar suara asing.

Terus dia membatalkan niat ingin masok ke dalam. Dia mengambil keputusan untuk memasang telinga mendengar perbualan itu.

"TokMa mereka sudah melampaui batas. Apa patut kita buat?" Suara asing itu berbicara.

"Apa yang patut kita buat? Kita tak dapat buat apa-apa selain menunggu hari untuk membalas dendam."

"Kenapa TokMa tak arahkan budak-budak untuk serang mereka?" Tanya suara asing itu lagi.

"SERANG KAU CAKAP? Ferhat masing budak lagi. Kalau kita serang mereka akan serang kita lagi. Aku tak nak hilang cucu aku. Cukup aku hilang anak dan menantu menantu aku."

"Kalau macam itu apa yang kita kena buat sekarang?" Tanya suara asing itu lagi.

"Kita kena bersembuny. Hilanhkan diri. Kita akan kembali untuk tuntut pembelaan atas kematian anak menantu menantu aku."

Maksudnya TokMa tahu siapa yang bunuh ayah bonda dan Pakcik Emran.

"Shazlanbey. Aku akan tuntut pembelaan atas keluarga aku suatu hari nanti."

Dia terus melangkah beberapa tapak kebelakang sebelum masuk jalan masuk ke dalam biliknya.

Shazlanbey.

Itukah nama pembunuh ayah bondanya?

Shazlanbey.

Shazlanbey.

Shazlanbey.

Sebuah rumah agam kayu terbina megah dihadpannya. Dikelilingi oleh hutan hutan. ToKMa yang memegang tangannya itu dipandangnya.

Menginginkan penjelasan. TokMa menghadiahkan senyuman padanya lalu menggendongnya.

"Ini rumah baru kita." Ucap TokMa padanya.

"Rumah baru?" Tanya dia kehairanan. TokMa hanya menganggukkan kepalanya.

"Rumah lama macam mana?" Tanya dia lagi.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz