Chapter 14

60 10 0
                                    

" Peramah juga si Hazziq tu" ujar Sofea.

"Bagi kau tapi bagi aku dia lebih kepada penyibuk dan menjengkelkan", ujar Lashiera dengan wajah datarnya.

Sofea hanya menganggukkan kepalanya, seperti biasa sahabatnya yang satu ni memang tak peramah pada lelaki.

"Kau nak baju macam mana, aku nak buat design khas untuk wedding kau"  soal Lashiera yang sedang fokus memandu.

"Aku nak yang simple je,  ala ala muslimah macam tu" ujar Sofea.

"Okay nanti aku siapkan design baju kau", ujar Lashiera.

"Kau nak singgah mana-mana tak", soal Lashiera.

"Aku nak singgah dekat Uncle Bob kejap", ujar Sofea.

Lashiera segera memberhentikan keretanya di depan kedai makan yang disebut Sofea.

"Cepat sikit tau", ujar Lashiera setelah melihat Sofea turun dari keretanya.

Hampir setengah jam juga lah dia menunggu di dalam kereta sebelum melihat kelibat Sofea yang keluar dari kedai Uncle Bob.

"Dah jom", ujar Sofea setelah masuk ke dalam perut kereta.

Sampai saja di dalam butik, Sofea meletakkan plastik beg yang berisi makanan di atas kaunter.

"Rossa, Xaviera", panggil Lashiera apabila melihat butiknya kosong tiada yang jaga.

"Mana diorang ni", ujar Sofea pula sambil mata melilau mencari kelibat mereka berdua.

"Bila korang sampai", soal Rossa dari pintu hadapan.

"Baru je, kau dari mana, mana Xaviera?", soal Lashiera bertubi-tubi.

"Aku kat luar tadi ada orang tak sengaja terpecah kan lukisan kau ",ujar Rossa.

"Habis tu, apa jadi",soal Sofea sedangkan Lashiera hanya mendengar sahaja.

"Dia bayar ganti rugi lah tapi aku tak ambil, kau tak marah kan?", soal Rossa yang memerhati Lashiera.

"Tak apa lah benda dah jadi", ujar Lashiera.

Xaviera yang baru keluar dari bilik stor melangkah ke arah mereka.

"Apa dalam plastik tu?" Soal Xaviera.

"Burger ", ujar Sofea singkat.

"Macam tahu je aku tengah lapar", ujar Xaviera sambil mengeluarkan makanan dalam plastik beg.

Masing-masing mengambil makanan mereka kecuali Lashiera yang sudah berdiri menuju ke arah bilik kerjanya.

"Kau tak makan?" Soal Rossa.

"Tak apa korang makan lah aku tak lapar",ujar Lashiera sebelum menghilang masuk ke dalam bilik kerjanya.

Eidul sedang meeting bersama stafnya. Semua mata fokus ke arah Eidul yang sedang menerangkan tentang buku-buku yang akan diterbitkan oleh syarikatnya.

"Jibrael, aku nak kau fokus pada karya "Sekuntum Tulip" sebab tinggal 4 chapter je lagi, so boleh lah aku keluarkan novel dalam bentuk fizikal",ujar Eidul.

"Boleh tak kau bagi aku masa sikit sebab aku nak ubah ending cerita ni", ujar Jibrael.

"Bukan kau dah siap tulis ke untuk 4 bab terakhir tu, takkan kau nak tukar lagi", ujar Eidul.

"Memanglah dah siap tinggal taip je, tapi aku rasa aku nak perbaiki sikit bahagian ending sebab senang sangat pembaca nak dapat teka plot cerita ni",ujar Jibrael.

"Mana-mana kau lah janji kau siapkan manuskrip tu", ujar Eidul.

"So, yang lain macam biasa sebelum manuskrip novel yang aku dah bagi tu dibukukan, makesure tak ada spelling error atau apa-apa yang berkaitan dengan penulisan yang boleh merosakkan daya tarikan pada pembaca" ujar Eidul kepada staffnya.

"Okay bos", ujar mereka lalu masing-masing keluar dari bilik meeting itu.

"Dul, kau jadikan ikut pergi Sabah esok?", soal Jibrael.

"Haah, jadi je", ujar Eidul.

"Eh, aku lupa pula. Asal kau tak bagitahu aku yang kau ni sebenarnya calon  adik ipar aku?", Soal Jibrael dengan geram.

"Bukan tak nak bagitau, aku sendiri pun baru tahu aku nak kahwin", ujar Eidul.

"Jib, aku ada benda nak jujur dengan kau", ujar Eidul lalu matanya memandang tepat ke dalam anak mata hazel milik Jibrael.

"Kau nak cakap apa, seram lah kau tengok aku macam nak telan", ujar Jibrael sambil tersenyum.

"Aku tengah serius, kau jangan main-main boleh tak", ujar Eidul.

"Cepatlah cakap", ujar Jibrael pula.

"Tapi janji kau jangan marah tau", ujar Eidul lagi.

"In Shaa Allah, aku tak marah. Dah tu cepat lah lapar ni", ujar Jibrael.

"Sebenarnya lima tahun lalu waktu aku jadi cikgu adik kau.Dia pernah confess kat aku banyak kali. Aku dapat banyak surat cinta dari adik kau tapi satu pun aku tak balas malah surat-surat tu aku koyak depan dia. Pernah juga dia nyanyikan aku lagu sempena hari guru dan lagu tu dia tulis khas untuk aku, tapi kau tahu tak aku buat apa. Aku tinggalkan dia berdiri di atas pentas sendiri lepas dia confess kat aku depan semua orang sampai dia malu dengan tindakan aku. Benda last dia buat kat aku, kalau tak silap dekat kantin sekolah dia cakap depan semua pelajar dan guru yang aku ni bakal suami dia. Waktu tu aku marah sangat sampai aku tak sedar tindakan aku betul-betul sakitkan hati dia. Aku sengaja bertindak kasar pada dia semata-mata aku nak dia berhenti jatuh cinta pada aku, kalau boleh aku nak dia benci kat aku. Tapi aku tak sangkah pula lepas sahaja kejadian tu dia dah tak pernah muncul kan diri dia depan aku and dia menghilang jauh dari aku", ujar Eidul dengan keluhan berat.

"Ouh jadi kau lah lelaki yang dah tolak cinta adik aku sampai dia dah tak nak buka hati dia untuk lelaki lain", ujar Jibrael sambil tergelak sehingga mengeluarkan air mata.

The Poison Of Us(In Editing)Where stories live. Discover now