chapter 4

84 18 1
                                    

Sejak dia berjumpa dengan Jibrael tadi, hatinya sudah tidak tenang. Dia perlu segera berjumpa dengan Lashiera untuk memohon maaf seandainya dia perlu melutut sekalipun dia sanggup asal mendapat kemaafan dari gadis itu.

Namun dia tahu mesti tak mudah untuk dia mendapatkan kemaafan dari gadis yang pernah mencintainya dengan begitu tulus.

Disaat dia sedang mundar-mandir di bilik guru itu, entah kenapa dia tiba-tiba teringat kembali kenangan antara dia dan Lashiera.

"Sir tengah cari saya ke?" soal Lashiera dengan sopan dan tak lupa senyuman lembut diberikan kepada Eidul.

"Sir nak minta tolong boleh?" soal Eidul sambil melihat ke arah Lashiera.

Wajah gadis itu ditenung lama. Dia merenung tajam  penampilan gadis di hadapannya, memakai baju pengawas berwarna biru, tudung labuh dan kemas. Baginya penampilan gadis ini sangat kemas dan perfect untuk imej pelajar berwibawa.

"Sir nak saya tolong apa?" soal Lashiera sedikit gugup apabila dipandang sedemikian. Sir ni macam nak telan orang je. Boleh tembus aku dipandang macam tu monolog Lashiera.

"Tolong kumpulkan semua tugasan kawan-kawan kamu hari ni sebelum pulang saya nak semua ada di atas meja saya tanpa terkecuali, faham kan?" Ujar Eidul pada gadis di hadapannya.

"Faham Sir, so ada apa-apa lagi Sir nak pesan sebelum keluar?" soal Lashiera.

Tiada, kmu boleh balik semula ke kelas. Ujar Eidul.

Begitulah kejadian setiap hari yang berlaku antara dia dan Lashiera sebelum semuanya berubah apabila dia mendapat tahu Lashiera memilik perasaan padanya.

Setiap hari dia akan mendapat surat dan pernyataan cinta secara lisan dari gadis itu. Namun dia tetap dengan pendiriannya, dia tidak akan pernah jatuh cinta pada Lashiera.

Sehingga suatu hari di mana dia tidak mampu mengawal perasaan marahnya menyebabkan dia menyakiti hati gadis itu dengan kata-kata kejam yang dia lontarkan berulang kali kepada Lashiera.

Setiap hari juga lah dia bersikap kejam kepada Lashiera kerana gadis itu tidak pernah berputus asa untuk mengejarnya.

Suatu hari selepas kejadian di mana dia menakut-nakutkan Lashiera. Gadis itu tak pernah lagi  muncul dalam hidupnya dan  menghilangkan diri.

"Eidul kau boleh tak duduk diam-diam?" Ujar Eijaz yang dari tadi sudah terpacak di dalam bilik pejabat adiknya.

Eidul terkejut apabila ada suara garau  yang menerpa masuk ke dalam gegendang telinganya. Laju dia menoleh ke arah suara garau itu.

"Eh sejak bila kau masuk?" soal Eidul sambil menjungkitkan keningnya buat beberapa kali.

"Lama dah aku dekat sini. Kau tu je yang tak perasan. Aku siap ketuk dan bagi salam pun kau still tak dengar". Ujar Eijaz.

"Sorry abang. Fikiran aku serabut sikit tu sampai tak perasan kau dekat situ". Ujar Eidul.

"Kau ada masalah ke?" soal Eijaz sebab dia pun perasan beberapa hari ni adik dia nampak serabut.

Kadang Eidul suka termenung. Orang ajak berbual pun dia tak fokus. Lain yang ditanya lain pula dia jawab.

"Tak ada apa-apa lah. Kau jangan risau aku masih boleh  handle masalah aku" Ujar Eidul. Dia tidak mahu abangnya tahu masalah peribadinya.

"Kenapa abang datang sini?" soal Eidul sengaja mengubah topik.

"Ayah dan ummi suruh adik balik rumah hari ni. Ayah cakap ada benda penting dia nak bincang dengan kau" ujar Eijaz.

"Hmm..Tengok lah macam mana." Ujar Eidul.

Malas pula di nak balik mesti nak bincang pasal perjodohan. Sudah lah dia calon pun tiada, bukan tiada lebih tepatnya dia yang terlepas sebab ego setinggi langit kan dah menyesal. Bisik nya di dalam hati.

The Poison Of Us(In Editing)Where stories live. Discover now