Dengan lafaz bismillah , dia membuka pintu bilik Dania .

Dania terkejut melihat Shazana yang membuka pintu biliknya .

Dia baru sahaja selesai mandi , masih bertuala .

Shazana tersengih .

"Sorry main terjah je bilik kau . Aku terdengar bunyi tadi itu yang aku terus buka , tak tahu pulak yang kau dah balik ."

"Tak apa ." Kata Dania .

Shazana mengangguk kemudian dia nenutup kembali pintu bilik Dania dan pergi ke biliknya .

Dania dengan segera memakai baju kemudian dia pergi ke dapur .

Dia meneguk segelas air .

Shazana juga turut ke dapur kerana perutnya terasa lapar .

Dia melihat Dania .

"Awal kau balik Dania ."

"Saja balik awal , serabut aku lama-lama dekat rumah family aku ." Kata Dania .

Shazana mengangguk faham .

Dia tahu bahawa Dania mempunyai masalah dengan keluarganya .

"Yang kau pulak dah kenapa balik ni ?" Tanya Dania .

Shazana tersengih .

"Saja , aku bosan dekat rumah maklumlah family aku busy kerja so tinggal lah aku sorang-sorang . Lebih baik aku balik sini ."

Dania tersenyum sinis .

"Eleh , balik sini pun mesti sebab nak jumpa Arjuna beta kau tu kan ." Perli Dania .

Shazana sekali lagi tersengih .

"Itu pun salah satu sebab kenapa aku balik awal jugak hehe ."

Dania tertawa kecil .

Haih , Shazana dengan Arjuna ni memang tak boleh di pisahkan ye . Dah macam magnet .

---------------------------------------------------------

Daniel dan Arjuna melangkah masuk ke dalam rumah mereka atau lebih tepat lagi rumah Justin .

Ya , mereka tinggal bersama Justin atas permintaan Justin sendiri . Katanya bosan tinggal bersendirian di rumah .

Mereka hanya mengikuti permintaan Justin itu . Ye la , jimat duit sebab dah tak payah susah-susah nak bayar sewa rumah bagai .

Daniel dan Arjuna merehatkan diri di atas sofa .

"Pergh , penat siot ." Keluh Arjuna .

Daniel memandang Arjuna .

"Kau penat buat apa ? Aku rasa kau membuta je dalam train tadi ." Perli Daniel .

Arjuna memandang Daniel tajam .

Eii mamat ni kalau sehari tak menyakitkan hati memang tak sah eh ?

"Korang ni memang tak ada kerja lain eh selain bergaduh ?" Tegur seseorang .

Orang itu adalah Justin .

Daniel dan Arjuna memandang Justin .

Bila masa mamat ni balik ?

"Dah kenapa korang pandang aku macam tu ? Aku tahu aku handsome tapi tak payahlah sampai pandang aku macam tu ." Sambung Justin .

Daniel dan Arjuna membuang muka .

Mamat ni memang suka perah santan (perasan) eh ?

"Bila masa kau balik ?" Tanya Daniel .

"Dah lama , lepas hantar Syifa balik haritu aku terus balik sini ." Jawab Justin .

"Kau buat apa sorang-sorang kat sini ?" Kini Arjuna pula bertanya .

"Tak , sekarang ni dah kenapa korang soal siasat aku macam polis ni ? Suka hati aku lah nak balik bila pun , ini kan rumah aku ." Kata Justin .

"Ye lah ye lah , suka hati kau lah ." Kata Arjuna .

Justin duduk si sofa .

"Kau ada jumpa keluarga Syifa ke Justin ?" Tanya Daniel .

Justin hanya mengangguk .

"Diaorang okay dengan kau ?" Tanya Arjuna .

"Okay je , diaorang layan aku baik sangat . Umi siap suruh aku tido situ lagi ." Jawab Justin , sedikit tersenyum .

"Baguslah kalau diaorang okay dengan kau ." Kata Daniel .

Justin mengeluh .

"Cuma diaorang tak tahu pasal aku dengan Syifa . Syifa hanya kenalkan aku sebagai kawan dia je bukan sebagai kekasih . Syifa minta aku rahsiakan hubungan ni dari keluarga dia ." Terang Justin .

Ya , Syifa ada meminta Justin untuk merahsiakan hubungan mereka maklumlah keluarga dia tu kuat agama jadi dia takut umi dah walid akan menentang hubungan mereka .

"Aku dah pernah pesan dulu Justin , hubungan korang ni susah ." Kata Daniel .

"Aku tahu tapi aku akan tetap berjuang demi cinta aku dan Syifa ." Kata Justin sambil tersenyum kecil .

Arjuna menepuk bahu Justin .

"Don't give up bro ."

Justin tersenyum .

"I won't give up ."

aku , kamu dan tuhan [ pjw ff ] Where stories live. Discover now