HAUSA RANIA

 Penguasa terakhir iaitu daripada keluarga Rania mereka penguasa bahagian selatan Nila, mereka menguasai Semenanjung Utama, Semenanjung Nila dan daerah Ziba.Pusat pemerintahan hausa ini berada di Kota Semenanjung Utama, terkenal dengan pelabuhannya yang besar, menjadi nadi kepada Nila bagi meneruskan survival dalam mentadbir Nila. Hausa Rania diketuai oleh seorang lodra yang bernama Lodra Akma,Hausa Rania, mempunyai keistimewaan yang tersendiri di mana hausa ini sangat berkebolehan dalam mencipta dan membina senjata perang yang mematikan. Kebanyakan kelengkapan perang yang disediakan kepada Nila Empayar berasal daripada keluarga ini.

BULAN- BULAN DUNIA AURORA 

Kanun Sani- bulan 1 

Shabad- bulan 2 

Azar- bulan 3

 Nissan - bulan 4 

Ayar - bulan 5 

Haziran – bulan 6 

Tamuz - bulan 7 

Abun - bulan 8 

Ailul- bulan 9 

Tashrin awal- bulan 10 

Tashrin sani- bulan 11 

Kanun awal- bulan 12 


Maka bermulalah sebuah kisah..................................................................... 

Pada hening subuh sunyi. Bunyi burung-burung berkicauan di sekitar hutan yang mengelilingi Kota Nila. Burung-burung saling sahut menyahut kicauannya seakanakan menandakan keamanan yang meliputi seluruh Nila. Tiba-tiba, bunyi kicauan burung itu dipecahkan oleh suara derapan kuda yang sangat keras bunyinya.

 "BUKAKAN PINTU ITU, UTUSAN DARI ISTANA VERESTA TELAH TIBA" jerit seorang pengawal kota kepada pengawal yang lain. 

 Seorang penunggang kuda terus laju memecut kudanya menghala ke arah istana Kota Nila. Setelah beberapa minit melalui jalan menghala ke arah istana, penunggang itu turun dari kudanya bagi memperkenalkan diri kepada pengawal istana.

 "Siapa kamu orang muda? Apa hajat kamu kemari?" 

"Aku bernama Mirza dari istana Veresta dan aku utusan daripada Lodra Armana. Hajatku kemari ingin menghantar sepucuk surat kepada baginda Padishah Alam Buana." Kata Mirza sambil menunjukkan cop mohor Kota Veresta. 

 Selepas itu, pintu istana dibukakan seluas-luasnya dan dibenarkan menghadap Padishah.


.......................................................................................................... 


Bilik peribadi Padishah 

"Tuanku-tuanku, utusan dari Veresta telah tiba." Kata seorang pegawai istana 

"Aaaa, sampai pun, sudah lama beta tunggu utusan itu. Beta ingat utusan itu tersesat jalan, hahahahaha."Kata padishah sambil tersenyum dan ketawa. 

Padishah Alam Buana merupakan seorang raja yang murah senyumanya, tetapi berjiwa satria. Baginda sangat suka bergaul dengan rakyat bawahannya. Sehingga seluruh empayar sangat mudah bergaul dan mendekati paduka baginda. Begitula Hausa Musthafa dididik supaya tidak terlampau menyombong ke langit dan tidak terlampau merendah ke tanah.

"Pasya, sediakan makanan, minuman dan tempat tidur serta sambut utusan itu dengan sambutan sangat menyenangkan dan aturkan pertemuan bersama beta." kata Padishah kepada menterinya.

Padishah i : PADISHAHWhere stories live. Discover now