Kucing Siapakah?

205 5 1
                                    

"Ginger, Ginger. Orang kesayangan mu sudah berada di rumah." Syazwana memanggil Ginger, tetapi tiada suara 'meow meow meow' yang berlari datang ke Syazwana. Syazwana sangat pelik."Hm, nanti dia baliklah." Syazwana pergi ke biliknya. Dia mencampak beg di atas sofa biliknya. Dia juga tidak lupa untuk membuka pintu biliknya bagi Ginger masuk. Syazwana terfikir fasal Pertandingan Haiwan. "Esok aku kena daftar dekat Pn. Suriati. Tapi pukul berapa eh? Esok nak datang awal lah." Syazwana menoleh kepalanya ke arah pintu biliknya. Dia ternampak satu kucing. Tetapi bukan Ginger. Bulu Ginger oren cair, bulu kucing itu kelabu berbelang belang. Syazwana rasa dia pernah nampak kucing itu. Syazwana turun ke bawah dan terus berfikir.

"Itu kawan Ginger ke?"
"Aku macam pernah nampak kucing ni."
"Hai, baik aku jaga dia."

Banyak ayat yang tertulis di fikirannya. Syazwana dukung kucing itu. Dia ternampak rantai kucing itu. Rantai itu bertulis

MARBLE
CALL MUMMY (Malina): 000-0000-000

Syazwana berlari ke atas untuk ambil Iphonenya. Dia terus dial nombor yang ditulis di rantai kucing bernama Marble.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

"Assalammualaikum Puan Malina."

"Ya, Waalaikummusalam."

"Kucing puan nama Marble kan?"

"Ya, kenapa dengan kucing saya?"

"Oh, dia tersesat di rumah saya. Puan boleh bagi alamat untuk hantar Marble ke rumah puan?"

"Oh, Nanti saya Whatsapp awak ya. Apa nama?"

"Nama saya Puteri Nur Syazwana. Boleh panggil Syazwana saja."

"Okey, tunggu saya whatsapp ya, terima kasih. Assalammualaikum."

"Waalaikummusalam."

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Syazwana menamatkan call itu.


Keesokkannya, Syazwana terasa semacam. Dia bangun awal? Ginger? Syazwana mandi dan memakai baju hitam serta kardigen hitam juga. Syazwana juga memakai kain panjang, labuh berwarna hitam. Dia mengambil begnya seperti biasa dan dia tidak lupa untuk mencari Ginger di bawah. Ginger sudah berada di dapur. Syazwana beri Ginger makan ikan yang direbus dan makanan friskies kucing. Dia beritahu Ginger, "Ginger, hari ni Syaz nak daftarkan Ginger dalam Pertandingan Haiwan. Ginger kena datang tau." Syazwana peluk Ginger setelah kucing itu sudah habis makan. Syazwana memakai kasut Nike, Roshe. Dia terus masuk ke dalam kereta.

Semasa Syazwana memandu, dia teringat kucing bernama Marble semalam. Dia terfikir fasal Ginger juga. Tiba tiba, ada perempuan melintas jalan dan..

BOOM! PONNNNN!

Bersambung...

Assalammualaikum dan Hello! Sebelum korang baca part 'Kucing Siapakah?' ni, korang kena baca juga part 'Pertandingan Haiwan?' okey! Baru syok. Okey kalau best, ini step yang korang kena buat okey?

Scroll sampai bawah sikit lagi then komen dan vote fanfic ni.

Okey terima kasih dan Semoga Terhibur!

Kucing.Where stories live. Discover now