Prolog.

2.8K 45 0
                                    

Kisah ini bermula semasa Mikayla berumur 7 tahun Dan bertemu dengan seorang budak lelaki di Taman perumahannya. Nama budak lelaki itu ialah Tengku Adrian Arasyah atau dikenali juga sebagai Tengku Adrian. Mikayla berkawan baik dengan dia sehingga sekolah menengah. Selalu rehat bersama, bermain permainan bersama, buat kerja sekolah Sama - sama tapi semua itu berubah sekelip Mata apabila Mikayla mengetahui bahawa crushnya itu tahu Yang Mikayla suka padanya. Mikayla terkejut lalu mengsyak bahawa Tengku Adrian Yang memberitahu crushnya itu bahawa Mikayla suka pada crushnya atau dikenal juga sebagai kawan rapat Tengku Adrian.

" Woi Tengku! Asal kau bagitahu kawan kau Yang Luthfi tu Aku suka dia haa?!" Kata Mikayla dengan perasaan marah apabila berjumpa dengan Tengku Adrian.

"Ha? Mana ade Aku bagitahu dia." Balas Tengku Adrian apabila Mikayla menuduhnya begitu.

"Jangan tipu la!" Kata Mikayla dengan nada Yang agak kuat.

"Mana ade Aku tipu!" Balas Tengku Adrian dengan nada Yang kuat sedikit.

Selepas Dari perbualan itu, Mikayla keluar Dari kelas dengan perasaan marah Dan mereka tidak lagi bertegur sapa.

Beberapa tahun kemudian, Mikayla telah menuntut pelajarannya di UITM. Mikayla mengambil bidang Sains Komputer kerana dia minat dengan subject itu. Sekarang, Mikayla tengah cuti sem selama 3 bulan untuk menunggu semester Yang baru.

"Hm...bosanla duduk rumah.." kata Mikayla sambil bermain telefonnya itu.

"Hm...ajak kawan lepakla!" Kata Mikayla dengan perasaan teruja.

Lalu,Mikayla menelefon kawannya itu untuk mengajak lepak. Kawannya bernama Alice Sofia iaitu kawannya dari sekolah menengah lagi.

-oncall-

"Hello?.. Wei Jom keluar. Aku bosanla duduk rumah." Kata Mikayla kepada kawannya.

"Oh...boleh je, kau nak lepak mana?" Balas Alice.

"Kita lepak mamak la, dah lama tak borak dengan kau. Rinduuu.." balas Mikayla dengan nada Yang manja.

"Ye ye je kau, haa cepat la siap. Aku tunggu dekat mamak Yang selalu Kita Lepak waktu sekolah dulu." Balas Alice dengan perasaan menyampah.

"Okeyyy" balas Mikayla lalu dia menamatkan panggilan itu.

Dia bergegas pergi ke biliknya Dan menukar bajunya itu. kemudian, dia pergi ke ruang tamu Dan bertemu dengan ibu bapanya Yang sedang menengok TV sambil gelak ketawa.

Mr Obsession: Tengku Adrian Arasyah Where stories live. Discover now