"Dah berapa lama kita buat CPR?" Soal Dr Aliff dalam kekalutan itu.

"Dah tiga puluh minit Dr Aliff.."

Suhaila sempat mengerling ke arah telefon bimbitnya yang sudah disetkan pemasa.

"Check semula pulse patient," arah Dr Aliff kepada houseman yang baru selesai melakukan tekanan dada kepada Puan Asmah.

"Not palpable, boss.."

Dr Aliff mengangguk perlahan. Dia menoleh ke arah mesin Cardiac monitor yang sudah menunjukkan garis lurus.

"Time of death 9.35 pm.." Berat hati Dr Aliff menuturkan. Walaupun kerjaya mereka ini boleh dikatakan setiap hari akan menyaksikan sebuah kematian, namun hati masih terkilan kerana tidak mampu menyelamatkan nyawa pesakit.

"Dah call family members?" Dr Aliff berpaling kepada Dayana yang sedang mencabut alatan-alatan perubatan yang telah dipasangkan ke tubuh Puan Asmah.

"Dah Dr Aliff. Diorang dah on the way," jawab Dayana perlahan. Dia pun turut terkilan. Baru sahaja tadi Puan Asmah sempat bergurau dengannya walaupun wanita itu dalam keadaan lemah. Tidak sangka itu adalah senyuman terakhir yang dilemparkan oleh wanita itu kepadanya.

"Okay. Nanti saya akan pronounce death to family members. Staff nurse boleh buat LO (last office) dulu. 

*Last office - menguruskan jenazah/mayat di wad mengikut SOP yang telah ditetapkan

"Okay, Dr Aliff.." Dayana, Suhaila dan Farah serentak.

Dr Aliff hanya mengangguk perlahan sebelum melangkah meninggalkan kubikel tersebut. Ingin memberi ruang kepada jururawat untuk menguruskan jenazah sebelum di hantar ke Jabatan Forensik.

"Yana, Yana pergilah siapkan report Yana. Kak Su dengan Kak Jas boleh buat LO ni berdua.." Suhaila sudah memandang ke arah Dayana.

"Tak apa ke Kak Su?"

"Tak apa.. Pergi siapkan report Dayana tu. Nanti nak kena buat report kematian lagi..Pukul berapa nanti boleh balik," tambah Suhaila lagi. Dia kesian sebenarnya dengan Dayana. Sudahlah satu shift tadi Dayana tidak menang tangan. Makan pun tak sempat. Dia hanya dapat tolong yang mana mampu sahaja kerana dia pun agak sibuk petang tadi. Tapi tidak sesibuk Dayana yang menjaga kubikel pesakit yang kritikal.

"Terima kasih Kak Su, Kak Jas..Jasa akak berdua tak mampu Yana balas.. " Dayana sudah tayang muka terharu. Laju dia melangkah ke kaunter jururawat. Mahu menyiapkan laporan yang belum siap.

***************************************

"Kak Yana balik dulu ya, Farah. Esok akak cuti. Kalau ada silap apa-apa dengan death report tu nanti bagitau lah. Berdesup Kak Yana datang hospital untuk baiki.."

Farah melepaskan tawa kecil. Sempat lagi wanita itu bergurau walaupun raut wajahnya nampak penat.

"Okay Kak Yana. Kak Yana hati-hati tau.. Bahaya malam-malam macam ni"

Dayana hanya ukir senyum nipis. Mata sempat mengerling jam di dinding wad itu. Sudah pukul 11.30 malam. Jarang-jarang berlaku dia balik lambat macam ni. Biasanya paling lambat pun pukul 10.00 malam.

"InsyaAllah.. Thanks Farah sebab tolong akak tadi.." ujar Dayana sambil mengatur langkah longlai menuju ke pantry. Tenaganya sudah habis harini. Nasib baiklah esok dia cuti. Dapatlah dia berehat sepuas-puasnya.

"Eh! Kenapa Kak Su dengan Kak Jas tak balik lagi?"

Dayana sudah menekup mulut saat pintu pantry itu sudah terkuak. Terkejut apabila melihat Suhaila dan Jasmin yang masih belum pulang.

INDAH CINTAKU (TERBIT)Where stories live. Discover now