BAB 2

10 0 0
                                    


"Imani, dapat kerja tak?" Tanya Kak Yani pada aku, aku tersenyum gembira.

"alhamdulillah kak, rezeki Arsyad saya dapat kerja hari ini" Imani tersenyum melihat Arsyad yang nyenyak tidur di pangkuannya

"bilanya kamu mula kerja ni?" Tanya Kak Yani lagi, "esok kak, haa Kak ni saya nak tanya. Akak nak saya bayar berapa setiap bulan untuk upah jaga Arsyad?" Soal aku pada Kak Yani.

"ish kamu ni Imani, Akak ni dah anggap Arsyad macam anak Akak dah. Tak perlulah kamu bayar, lagipun Akak ni tak ada anak bila jaga Arsyad ni terasa riuh sikit rumah ni" aku jadi sebersalah pula, yelah dalam dunia ni mana ada benda free.

"saya pun ikhlas Kak, lagipun sekarang ni barang semua dah mahal" Kata aku padanya, "terpulang pada kamulah, ikut kemampuan kamu" aku mengangguk faham.

************

Imani memakai uniform kerja yang baru diberikan kepadanya "uniform tea lady pun cantik" puji aku dalam hati, sungguh cantik uniform yang tersarung di tubuh Imani itu tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

"Imani kan?" Tanya salah seorang staff Yang berpakaian lebih kurang dengannya tetapi warna baju sahaja lain. "Haah saya Imani" kata aku padanya

"Nama akak Salina, kamu panggil Kak Sal sahaja" aku mengangguk Faham. "Kamu tahukan scop kerja kamu macam mana?" Soal Kak Sal pada aku, "tahukan, saya kena uruskan bilik CEO syarikat dan saya seorang sahaja yang boleh kemas bilik CEO tu" Kak Sal mengangguk sambil tersenyum kepada aku.

"Baguslah kamu dah tahu, ini salah satu keselamatan juga Imani. Tolong jangan pas pas kerja kamu dekat orang lain kalau barang barang penting hilang dekat bilik CEO tu kamu yang kena tanggung" terang Kak Sal, "bilik CEO tak ada cctv, sebab tu hanya orang tertentu sahaja boleh masuk" Terang Kak Sal Lagi, aku mengangguk faham.

Aku melihat Kak Sal memandang aku atas bawah atas bawah. "Kenapa akak tengok saya macam tu?" Soal aku ingin tahu. "cantiklah kamu ni Imani, kenapalah kamu pilih nak jadi tea lady, kenapa tak jadi model ke, pramugari kan kena tu. tinggi pun tinggi, lawa pulak tu perfect lah muka kamu ni" melambung Kak Sal puji aku.

"mana ada kak saya ni tak layak pun jadi semua tu, pelajaran pun tak tinggi mana takat SPM jer kak" kata aku, aku sedar diri aku siapa."haa yelah, kamu naik atas kemas bilik bos buat kopi semua tu, takut kejap lagi dia sampai tak ada kopi atas meja mahu satu bengunan ni bergegar di sebabkan jeritan dia tu" aku sedikit gerun mendengar cerita Kak Sal itu

"garang sangat ke, bos tu Kak?" Tanya aku pada Kak Sal "Kejap lagi akak cerita, kamu cuma tinggal lagi 30 minit jer untuk kemas bilik dia, kamu pergi siapkan kerja kamu dulu ye" kata Kak Sal, aku mengangguk faham."oky kak"

Imani sangat berpuas hati setelah selesai mengemas dan kopi pun sudah disediakan, "macam manalah rupa CEO ni kan, mesti segak macam Remy Ishak hihihi, sekali CEO ni orang tua hahahaha" aku mula teringin nak jumpa dengan CEO syarikat ini, maklumlah nak tau jugak singa jadian tu rupanya macam mana.

Zaril Zafran masuk ke dalam bangunan Syarikat dan menuju ke arah lift, banyak mata yang memandang dan mengucap selamat pagi. staff staff wanita tidak lepas memandang wajah tampan CEO muda itu.

Zafran masuk kedalam ruang pejabatnya, matanya melihat keadaan pejabatnya yang kemas lalu ia memandang ke arah meja kerjanya ada secawan kopi di atas meja. "good" itulah yang keluar dari mulutnya, ia duduk di kerusi CEO lalu Zafran merasa kopi yang terhidang di mejanya itu, "sedap" terbit senyum di bibir Zaril Zafran.

"Farah masuk bilik I sekarang" arah Zafran, pintu pejabatnya di buka"yee Boss" Farah adalah PA Zafran yang ke 7 dan paling lama bertahan  dengan perangai Zafran itu, "dah jumpa PA tea lady aku ke???" Soal Zafran pada PAnya itu.

YES IM YOUR BOSS (EBOOK)Where stories live. Discover now