Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.

PART 1

21 2 0
                                        

SEORANG lelaki dewasa bertubuh kurus kering sedang berlari dengan begitu pantas sekali menelusuri hutan. Keadaan di sekelilingnya sangat gelap, hitam dan sungguh menakutkan. Cahaya bulan di langit pun tidak mampu untuk menerangi kawasan hutan tersebut saat ini. Deruan angin juga terasa sangat berbisa dan tajam seakanakan mampu menyiat kulit manusia saja lagaknya. Suara binatang mendengus kedengaran menjamah telinga, seolaholah berada sangat hampir dengan dirinya. 

"Kawan-kawan aku dah mati... Dia orang dah mati. Giliran aku pula ke lepas ni? Mana aku nak lari ni?" Monolog lelaki itu, termengah-mengah. 

Lelaki itu sudah buntu, tidak tahu ke mana hala tujuannya. Langkah kakinya mati di tengah-tengah hutan belantara yang gelita. Dia mulai panik. Matanya meliar memerhati keliling. Jantungnya berdegup kuat seiring dengan bukaan langkah yang semakin melaju.

Dia kembali berlari. Sesekali, dia menoleh ke belakang untuk melihat adakah dia masih dikejar atau pun tidak.

Adakah dia sudah berjaya melarikan diri daripada makhluk itu?

Masih adakah harapannya untuk hidup lagi?

Air liur lelaki itu juga sudah mula berjejesan keluar dari mulutnya. Dia mula kepenatan, kelelahan. Tubuh badannya terhidrasi. Tekak mula terasa kering perit, mungkin sudah luka barangkali. Dia sedar, badannya sudah kehabisan tenaga. Larian mula diperlahankan dan akhirnya langkah kaki dihentikan untuk mengambil nafas semula. Lelaki dewasa itu tertunduk kepenatan. Perutnya terasa senak seperti ditendang kuda. Lima saat kemudian, dia termuntah. Namun tiada apa yang keluar, hanya angin saja. Hembusan nafasnya mula tidak keruan. Pandangannya semakin kabur. Dia hampir pitam. Hampir rebah ke tanah.

Selang beberapa ketika, kelihatan bayang-bayang haiwan berkaki empat memunculkan diri. Lelaki dewasa itu tersentak, membulat matanya melihat apa yang ada di hadapan.

Tubuhnya yang sudah kelelahan, langsung tidak berdaya, terus terlentang. Dengan sisa tenaga yang masihberbaki, dia hanya mampu menyeret badannya ke belakang, cubaan untuk melarikan diri.

"Tolong... Tolong... Aku tak sanggup lagi... Ini semua gila..." Lelaki itu merayu, dengan suara yang sangat lemah, sambil mendongak melihat empunya bayang-bayang.Terpacak gagah, seekor serigala berkepala tiga sebesar kuda. 

Serigala itu perlahan-lahan menghampiri lelaki dewasa tersebut sambil memperlihatkan taringnya yang cukup tajam. Dengan muka yang bengis, lirikan mata yang membunuh, serigala itu melolong kuat hingga merinding bulu roma. 

Apabila melihat serigala yang sudah bersiap sedia untuk menyerangnya, lelaki itu cuba menguatkan diri untuk bangkit semula. Dia harus berjuang sehabis daya walaupun dia tahu, nyawanya menjadi taruhan.

 "Baiklah, aku akan cuba untuk menggunakan kuasa ini sekali lagi." Lelaki itu mula memberikan tumpuan seratus peratus kepada serigala berkepala tiga itu, dan memulakan langkahnya. Perlahan-lahan, suatu kuasa disalurkan ke matanya hingga sepasang mata itu bertukar menjadi merah terang, menyala-nyala. 

Namun tidak lama, warna merah memudar dan terkelip-kelip umpama lampu kehabisan bateri.Lelaki itu menggeleng laju. Dengan tenaga di hujunghujung, dia perlu memberikan sepenuh tumpuan. Dia tidak boleh berputus asa. Dia perlu berusaha untuk melawan walaupun kali yang ke seratus. Jika tidak, dia akan mati dikerjakan serigala berkepala tiga ini. 

"Aku akan bunuh kau!" Jerit lelaki dewasa itu sekuat hatinya.

 Serentak dengan itu matanya kembali bernyala merah, malah kali ini lebih pekat warnanya. Urat-urat di seluruh badannya mula timbul, juga berwarna merah pekat. 

 Kemudian, tubuhnya mula menggila, menggigil dengan sangat kuat dan asap mula keluar dari kepala dan telinga. Sesaat selepas itu, puff!!!Kepala lelaki itu meletup, hancur berkecai. Habis bersepai segala isinya ke semua arah dan tempat itu dipenuhi percikan darah.

BERSAMBUNG...

PIDANAStories to obsess over. Discover now