١

6 1 0
                                        

Oktober 2022.

KRING KRING !

" Hello khala? " seorang gadis menjawab panggilan makciknya.

" Khala nak sampai dah ni. Adik tunggu kat lobi boleh? Salam babah ni and bawakkan khala punya charger sekali, " jawab si pemanggil.

pst pstt, meh nak bagitahu. Khala is aunty and babah is nenek atau nenek sedara in arabic. Itu je hihi. Sila sambung.

" Okay boleh. Adik siap kejap, " terus si gadis bangun dari duduknya.

Dia mencapai tudung sarung dan hoodienya. Simple. Turun bawah saja. Cepat - cepat dia melangkah ke arah pintu dan turun ke bawah.

Dia menghampiri kereta Proton Saga berwarna merah milik uminya. Khala menurunkan tingkap.

" Nah khala. Charger, " hulur si gadis kepada khalanya .

" Thanks dik. Salam babah. Lepas ni, khala nak hantar babah dengan ami balik. Nanti khala balik rumah ea? " jelas khala.

" Okay, " si gadis segera salam tangan babah sebelum menoleh kearah seat belakang.

Ada seorang lelaki sedang memandang kearahnya sambil tersenyum. Si gadis membalas senyuman lelaki itu.

' Inikah ami? Macam dah berubah. ' fikir si gadis.

Note : Ami is uncle. 

" Kitaorang gerak dulu, dik. Lambat dah ni. Nak gelap dah, " ujar khala.

" Okay khala, take care, " jawab si gadis.

Dia hanya memerhati kereta itu bergerak sambil melambaikan tangan. Segera dia naik kerumah apabila kereta itu sudah hilang dari pandangan.

Masuk saja ke dalam rumah. Umi memanggil dia.

" Adik, come here. Umi nak spill tea ni, " panggil umi.

Adik atau nama sebenarnya, Falisha melangkah ke arah uminya.

" Yes, umi? " tanya Falisha.

" Tadi adik jumpa ami tak? " tanya umi.

Umi baru balik dari keluar dengan mereka juga tadi. Tapi umi naik kerumah dulu , barulah Falisha turun kebawah. Jadi, umi tidak tahu apa yang berlaku dibawah tadi.

" Nampak sekilas je, dia duduk seat belakang, " jawab Falisha.

" Oh, tak tegur? " tanya umi lagi.

" Cakap hai je, "

" Oh, tadi dia ada tanya pasal adik kat umi, " beritahu umi.

Ternaik kening Falisha mendengar kata-kata uminya.

" Tanya apa? "

" Dia tak tunjuk sangat lah yang dia nak tanya pasal adik. Dia ada tanya pasal abang dulu. Tapi dia tanya pasal abang tu sikit je, pasal adik pulak dia banyak tanya, " jelas umi.

" Dia siap ada cakap yang dulu adik rapat dengan dia. Time adik kecik, " sambung umi.

Berkerut dahi Falisha.

" Aik, pulak? Adik tak ingat pula yang adik rapat dengan dia dulu. Adik ingat abang Ahmad je, " ujar Falisha. Dia mengaru keningnya.

" Taktahu la pulak umi. Dah dia yang cakap macam tu, " jawab umi.

" Biar jelah, " Falisha malas nak ambil kisah.

" Tapi umi rasa dia macam suka adik, "

" Dah kenapa pulak difikir begitu, umi? " pening Falisha dibuatnya.

" Takde lah, kenapa pasal adik, dia tanya macam-macam. Tapi takde pulak tanya pasal orang lain sangat, " jelas umi .

" Ala dia teringat je kot, " balas Falisha.

170523

wait , WHO ?Stories to obsess over. Discover now