-wad Fakhri-

Fakhri sekarang ni baru je nak rehat tapi niatnya terhenti apabila pintu wad nya dibuka dan dia melihat Naim masuk.

"Naim..kau ada jumpa Alisa?"

"Ada."

"Kau ada bagitahu tak yang-"

"Dia tak nak..dia tak nak jumpa kau and maafkan kau..dia kata kalau dia maafkan kau pun tak ada function..sebab semua benda yang dah berlaku takkan pulih macam sedia kala..and luka yang kau bagi dekat hati dia takkan hilang pun kalau dia maafkan kau.."

"Naim bawak aku jumpa Alisa..please.."

"Kau tak faham bahasa ke sial! Dia kata dia tak nak jumpa kau! Eh kalau kau jumpa dia pun kau yakin ke yang dia akan maafkan kau? Kau yakin ke sial!" Naim meninggi kan suara kearah Fakhri.

Fakhri hanya terdiam dan menangis..dia rasa betul-betul menyesal atas apa yang dia buat..dia yakin kalau dia tak ikut plan Marsha..mungkin semua benda ni tak berlaku..mungkin dia tak lumpuh dan mungkin Hakeem tak koma..mungkin juga Alisa akan maafkan dia..banyak kemungkinan akan terjadi kalau Fakhri tak ikut plan Marsha..

-wad Hakeem-

Alisa berjalan menuju ke wad Hakeem dan masuk ke dalam dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat Hakeem yang sedang duduk bersandar di katilnya dan memandang Alisa sambil tersenyum.

"H-Hakeem? Wait ni bukan mimpi kan?" Alisa berjalan mendekati Hakeem dengan air mata yang mengalir.

Hakeem hanya tersenyum dan mendepakan tangan nya. Alisa dengan perasaan yang gembira pun berlari dan memeluk Hakeem dengan erat seperti tak mahu dilepaskan. Tapi akhirnya Alisa lepaskan juga selepas mendengar suara Hakeem..

"Aduh!"

"Ya Allah awak sorry..mana yang sakit? Kejap saya panggil doktor.." Alisa ingin pergi tapi tangannya ditahan oleh Hakeem dan Hakeem hanya menggelengkan kepalanya.

"Tapi awak macam sakit je.."

"Tak pe..sakit sikit je.." Hakeem berkata dengan suara yang serak..yelah sebulan lebih kau tak minum tak makan..memang serak lah suara..

"Awak nak apa-apa tak?saya boleh ambilkan."

Hakeem tak bersuara tapi dia menunjuk kearah air mineral yang Alisa beli tadi..

"Nak air?"

Hakeem mengangguk.

"Kejap eh saya ambilkan." Alisa pergi ke meja kecil itu dan menuangkan air untuk Hakeem.

Alisa memberikan air itu kepada hakeem dan Hakeem mengambilnya dan terus minum.

"Pelan-pelan..tersedak nanti."

Hakeem selesai minum air dan Alisa mengambil gelas tadi lalu meletakkan ke atas meja kecil.

"Awak tunggu sini kejap eh..saya pergi panggil doktor..biar doktor check awak dulu.."

Hakeem hanya mengangguk. Alisa keluar dari wad Hakeem dan mencari doktor yang selalu handle Hakeem sepanjang tempoh Hakeem koma. Selepas Alisa dah cari doktor..dia dan doktor tersebut kembali ke wad Hakeem dan Alisa menunggu diluar supaya tak mengganggu kerja doktor tersebut. Sambil-sambil menunggu tu Alisa menelefon Kahar dan memberitahu tentang keadaan Hakeem sekarang ni dan menyuruh Kahar membawa yang lain untuk datang sekali. Beberapa minit kemudian doktor pun keluar.

"Doktor macam mana? Ada apa-apa yang serious ke?"

"Alhamdulillah tiada apa-apa yang serious..kawasan yang cedera pun tak ada jangkitan kuman dan disebabkan encik Hakeem punya keadaan cepat membaik walaupun baru sedar dari koma..encik Hakeem boleh discharge esok pada waktu petang."

PROJEK:HIGH COUNCIL (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now